Sunday, March 21, 2010

Solat: Peringatan ...

Assalamualaikum,
Saudara, seseorang itu benar-benar Islam dan beriman apabila dia mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Kewajipan menunaikan ibadah solat itu disebutkan dalam Ayat 103, Surah an-Nisa', iaitu:
Firman Allah (a.w): 'Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yg ditentutkan atas seseorang yg beriman yg ditentukan waktunya.' [Ayat 103, Surah an-Nisa'].
Semua kita yg Islam dalamzaman maya ini telah diberitahu waktu-waktunya. Contoh: di muka depan akhbar berbahasa Melayu terdapat satu ruang yg memberitahu kita waktu-waktu solat fardu itu, seperti di muka depan Utusan Malaysia (dulu, Utusan Melayu). Namun, hari ini kita lihat begitu ramainya orang yg mengakui dirinya Islam dan beriman tidak bersolat, terutama Solat Subuh, Solat 'Asar dan Solat Maghrib, dan mungkin sekali bagi mereka yg dikatakan 'socially active' tidak mengerjakan Solat Isya' pula, kerana keletihan setelah menghabiskan masa berjaga dalam aktiviti sosial mereka di luar. Kita lihat berapa ramaikah orang Melayu yg meniru perabdan orang bukan Islam apabila bangun lewat pagi-pagi, maka tertinggal Solat Subuh. Ketika petang pula sibuk atau disibukkan oleh pelbagai aktiviti ketikakemuncak tugas-tugas pejabat, tertinggal Solat 'Asar, dan ketika petang pula balik ke rumah menghadapi kesesakan lalu lintas, maka tertinggal Solat 'Asar, jika tidak disolatkan sebelum pulang ke rumah, dan pasti pula tertinggal Solat Maghrib, kerana berada di jalanraya ketika Maghrib.
Ramai pula orang yg terlepas Solat 'Asar dan Solat Maghribnya, apakala mereka berniaga ula di psar-pasar malam. Kerana kita tidak melihat eorangpun yg berniaga di pasar malam itu membentang sejadah dan bersolat di tempat jualan mereka. Mereka yg tertinggal solat-solat tersebut, tidak merasa apa-apa seolah-olah sama saja, dia solat ataupun tidak solat! Di waktu Maghrib kita akan melihat begitu ramai orang Islam, terutama muda mudi, yg berkeliaran di pasar-pasar raya atau compleks seperti The Pavilion, One Utama, Mid-Valley, Star Hills, Sungai Wang dan sebagainya, tidak terasa apa apakala hari sudah senja, waktu Maghrib sudah masuk, dan mereka tidak bersolat. Memang ada disediakan oleh pemilik kompleks tersebut surau untuk bersolat, tapi berapa ramai yg bersolat? Mungkin 1 dalam 100 orang?
Demikianlah keadaannya di akhir zaman. Terkadang kita rasakan bahawa orang Islam dan orang tidak Islam itu sama saja, yg membezakan namanya! Itupun, semakin pupus kerana kini begitu ramai kaum muda yg berumah tangga dapat anak menamakan anak-anaknya dengan nama-nama yg seumpama nama-nama orang bukan Islam pula.
Allah berfirman (dalam hadith qudsi): 'Seungguhnya Aku (Allah (a.w) mewajibkan solat lima waktu atas umatmu (Muhammad (s.a.w)) dan Aku (allah (a.w)) berjanji dengan sungguh-sungguh pada diriKu bahawasanya sesiapa yg datang dengan menjaga solat lima waktunya pada waktunya, maka Aku (Allah (a.w) memasukkannya ke dalam syurga, dan barangsiapa yg tidak menjaga solat lima waktunya, tidak ada janjiKu baginya.' [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Apakah mesej hadith qudsi ini? Pertama, Allah (a.w) memberitahu Rasulallah (s.a.w) supaya memberitahu umat beliau, bahawa solat yg lima itu telah diwajibkan atas mereka (i.e. kita) - wajib bererti tidak boleh tidak hendaklah dikerjakan; dan kedua, Allah (a.w) berjanji bahawa sesiapa yg mengerjakan solat lima waktunya dalam waktunya, maka dia akan dimasukkan Allah (a.w) ke dalam syurga, dan jika tidak dikerjakannya, maka tiada janji tersebut. Sama ada dia akhirnya dapat syurga atau tidak terpulanglah kepada budibicara Allah (a.w) atas rahmatNya.
Mungkin ada yg berkata, kalau tinggal satu satu atau dua waktu sahaja, bagaimana? Atau, ada yg berkata solat itu boleh diqada'kan., mengikut cakap para ulama' dan ilmuwan Islam atau tok-tok guru. Jadi, bila disolat qada'kan, masa kelima-lima solat itu telah disempurnakan?
Saudara, di dalam Islam bersandarkan ketetapan al-Quran dan al-Hadith, tidak ada sandaran nas dan dalil keduanya bahawa solat yg tertinggal boleh diqada'kan! Yg ada adalah ketetapan bahawa jika terlupa suatu solat fardu, maka hendaklah disolatkan solat tersebut apakala atau sebaik sahaja teringat akan dia. Atau, ada ketetapan bahawa jika satu solat itu tertinggal kerana kita tertidur, maka sebaik sahaja kita bangun dari tidur atau terjaga dari tidur wajib kita solatkan. dalam kedua-dua kes itu, hendaklah solat yg tertinggal itu disolatkan walaupun waktunya sudah terlepas. Contoh: Katalah kita tertidur selepas Zohor, kemudian apabila kita bangun kita dapati sudah masuk waktu Maghrib. Maka hendaklah kita berwudu' dan solatkan Solat 'Asar dahulu, kemudian brulah kita solatkan Solat Maghrib. Begitulah juga kalau kita kerana sebab-sebab tertentu dalam kesibukan kerja, kita terlupa Solat 'Asar, setelah luput waktu 'Asar, kita baru ingat, dan ketika itu sudah tiba waktu haram solat (i.e. ketika matahari hendak terbenam), maka ketika masuk waktu Maghrib, hendaklah kita solatkan Solat 'Asar dahulu, barulah kita solatkan Solat Maghrib. Kes-kes sedemikian ini ada sandaran nas dan dalil hadith. Mengqada'kan solat sewenang-wenangnya tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.
Kita akan smabung dalam post akan datang insya Allah, isu ini dan apakah ketetapan Islam terhadap kita yg meremehkan atau meninggalkan solat fardu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment