Thursday, March 4, 2010

Wajib sampaikan ilmu

Assalamualaikum,
Cuba kita lihat ketetapan Allah (a.w) tentang tanggungjawab menyampaikan ilmu. Kita rujuk beberapa potong ayat al-Quran sebagai panduan kita.

Orang Berilmu Dilarang Sembunyi Ilmu

Di dalam hadith-hadith di atas tadi kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa hendaklah kita menuntut ilmu itu dengan ikhlas dan kerana Allah (a.w) semata-mata dan ditujukan semata-mata kerana mentaati dan mengikuti perintah Allah (a.w) dan demi ugamanya. Dan, janganlah ilmu itu digunakan kerana pertimbangan-pertimbangan peribadi atau keduniaan, maka besar dosanya disampaikan kerana tujuan selain dari tujuan kerana Allah (a.w) dan kerana Islam.

Di bawah ini kita juga diperingatkanOleh Rasulallah (s.a.w) supaya tidak menyembunyikan ilmu yang kita pelajari dari pengetahuan orang Islam lain. Kita tidak sekali-kali dibenarkan kedekutkan ilmu. Kita disuruh sebarkan ilmu itu. Malah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyuruh sampaikan ilmu yang kita tahu itu walaupun satu ayat al-Quran sekalipun.

Hadith-hadith berikut memperingatkan kita betapa besar dosanya menyembunyikan ilmu uga Islam itu:

(1) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Tidak dari seseorang lelaki hafal ilmu maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]

Hadith di atas menjelaskan adalah menjadi tanggung jawab utama mereka yang memiliki ilmu itu menyampaikannya kepada orang lain. Jika tidak disampaikannya atau disembunyikannya kerana bakhil dia akan ilmunya atau tidak mahu dia ramai orang lain berilmu, atau mendatangkan kesuahan kepadanya kerana menyampaikan ilmu tanpa imbuhan, atau disampaikannya hanya dengan upah atau bayaran, maka balasannya jelas dalam hadith itu dan hadith-hadith berikutnya, iaitu masuk neraka dengan kedua tangannya digari (diikat) dengan gari yang diperbuat daripada api neraka. Oleh kerana itu wajib menyampaikan ilmu itu. Maka dengan itulah Abu Hurairah (r.a) berkata, disampaikan olehnya hadith-hadith Rasulallah (s.a.w) bukan dengan tujuan peribadi atau selain dari mengikuti perintah Allah (a.w) seperti yang tersebut dalam dua ayat Surah al-Baqarah tersebut.

(2) Diriwayatkan hadith daripada Abdil Rahman bin Hurmuza ‘Araj (r.a): ‘Bahawasanya aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: ‘Demi Allah (a.w)! Seandainya dua ayat di dalam kitab Allah (al-Quran) (itu tidak memerintahkan) tidak menceritakan aku darinya (yakni, dari Nabi (s.a.w), yakni hadith-hadith Nabi (s.a.w)) sesuatu selama-lamanya. Andainya tidak berfirman Allah (a.w): [Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah: (Innal-lazina yaktumuna ma anzalallahu minal Kitabi’ …) (hingga ke akhir kedua-dua ayat tersebut) …’ [Maksud ayat: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang Allah (a.w) turunkan dari Kitab (Yakni, al-Quran)… (hingga ke akhir hayat) …’) [Hadith sahih Ibnu Majah]

Di dalam hadith ini diceritakan sebab musabah Abu Hurairah (r.a) terpaksa menyampaikan dan menyebarkan Ilmu al-Hadith itu, kerana mematuhi perintah Allah (a.w) di dalam Ayat 174 dan 175, Surah al-Baqarah Allah (a.w) melarang supaya sesiapa yang ada ilmu yang datangnya dari al-Quran dan as-Sunnah itu tidak disimpan atau disembunyikan. Wajib disampaikan dan disebarkan ilmu. Maka dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam ‘sampaikan dariku walaupun sepotong ayat’.



Nota: Ayat 174, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Sungguh-sungguh orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah (a.w), iaitu Kitab (i.e. al-Quran), dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka hanya menelan api neraka dalam perutnya (i.e. makan dan minum yg dihasilkan dari menjual ayat-ayat yg diturunkan Allah (a.w), menyebabkan mereka masuk dalam neraka).’ Ayat 175, Surah al-Baqarah: (Bermaksud) ‘Mereka itulah yg membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!’ Yakni, Allah (a.w) memberitahu pasti mereka masuk neraka dan mereka sungguh berani walaupun diberitahu pasti masuk neraka, kerana kekal melakukannya setelah ditegah atau dilarang. Larangan yg serupa juga terpakai terhadap as-Sunnah atau al-Hadith.]

Jazakallahu hairah


No comments:

Post a Comment