Tuesday, March 16, 2010

Solat: Peringatan ...

Assalamualaikum,
Sudahkah saudara mengerjakan solat menepati ketetapan as-Sunnah, khususnya menepati sabda Rasulallah (s.a.w) : 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.]? Kerana, jika solat kita tidak menepati as-Sunnah, maka sia-sia sajalah kita bersolat! Jika, solat kita pula dinodai oleh sesuatu yg bercorak atau bersifat bid'ah, maka bertambah rugilah kita, kerana bid'ah membatalkan segala amalan serta mendatangkan dosa yg besar serta membatalkan keIslaman kita, i.e. kita menjadi kafir tanpa kita sedari! Wal iyazubillah.
Kita telahpun lihat panduan solat (sama ada wajib atau sunat) sama saja dalam post yg lalu. Kita juga telah teliti dalam post tersebut beberapa amalan yg diajarkan kepada kita oleh tok guru dan ibubapa atau nenekmoyang kita yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Perlakuan - Rukun Qalbi (niat dan iktikad), Rukun Fe'li (perlakuan dan pergerakan) dan Rukun Qauli (ucapan dan bacaan) - ygkita buat yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah atau yg tidak dibuat atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah semuanya tergolong sebagai bid'ah! Oleh itu berwaspadalah. janganlah saudara ikut cakap-cakap orang -ulama' atau ilmuwan mahupun orang biasa - tentang 'bid'ah hasanah' apabila melakukan sesuatu yg bersifat tambahan atau sesuatu yg tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w)! Yg rugi kita, bukan mereka. Ingatlah di akhirat kelak yg untung dan yg rugi kita, bukan orang yg menyuruh kita buat itu dan ini, tanpa sandaran as-Sunnah.
Kita ulangi secara rengkas kelakuan bersolat mengikut as-Sunnah:
1. Kita sudah berwudu' menepati wudu' cara Rasulallah (s.a.w) (lihat peringatan sebelum post ini). dan kita sudahpun berpakaian yg menutup aurat dan sopan serta bersih pakain kita;
2. Berdiri di tikar atau sejadah atau apa saja lapik dan berada di tempat yg bersih (walaupun atas pasir atau tanah atau simen), mengadap kiblat;
3. Berniat dalam hati untuk solat apa tanpa menzahirkan niat seperti menyebut 'Usalli fardal ... atau sunnatal ... lillahi ta'ala' atau seumpamanya, kerana kalimah sedemikian tidak dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) dan tiada sandaran al-Quran mahupun as-Sunnah;
4. Mengangkat kedua tangan ke atas sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar) iaitu Takbiratul Ikhram dan kedua-dua tangan dengan jari-jari terbuka itu sampai ke paras kedua bahu ATAU ke paras kedua cuping telinga;
5. Membaca Doa Iftitah (yg paling rengkas dan memadai adalah 'Allahu akbar kabirau wal-hamdulillah kathirau wa-subhanallahi bukratau wa-asila'), kemudian membaca al-Fatihah atau Ummul Kitab dan kemudian membaca satu surah atau beberapa ayat al-Quran;
6. Selesai membaca surah/ayat-ayat al-Quran, kita Rukuk sambil bertakbir dan meletakkan kedua-dua tangan ke atas atas bahagian kedua-dua lutut dan membaca Tasbih Rukuk (Subhanarabbial 'azim' 3x sahaja);
7. Bangkit dari Rukuk untuk Iktidal dengan mengangkat kedua-dua tangan kita sampai ke paras kedua bahu ATAU cuping telingan sambil menyebut' Samiallahu liman hamidah' (sekali) dan disambung dengan 'Rabbana lakal hamdu' ketika sudah tegak berdiri, kemudian menjatuhkan kedua tangan lurus dengan tubuh kita (dan, kita bersolat secara berjema'ah, Imam sebut 'Samiallahu liman hamidah' maka makmum sebut 'Rabbana lakal hamdu' sahaja);
8. Turun membongkok untuk Sujud sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar), terus Sujud, dengan meletakkan kedua-dua tangan ke atas tempat Sujud, kemudian kedua lutut dan kemudian dahi dan hidung terkena pada tempat Sujud (tikar atau sejadah), kedua-dua tangan bersetentangan dengan kedua-dua cuping telinga, dan membaca Tasbih Sujud ('Subhana rabbial 'ala' (3 kali) sahaja;
9. Bangun dari Sujud untuk Duduk antara Dua Sujud dengan menyebut Takbir tanpa mengangkat tangan, dan setelah tetap tegak duduk bacalah Tasbibnya, yg terpendek dan memadai adalah 'Rabbighfirli, rabbighfirli' dan lazimnya 'Rabbighfirli, warhami ... waqfuanni';
10. Sujud semula sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar) dan membaca Tasbihnya (Rukuk 8 di atas) dengan meletakkan kedua tangan ke paras kedua-dua cuping telinga;
11. Selesai Sujud kedua, bangun dengan mengangkat kedua-dua lutut, kemudian kepala dan kedua tangan dan berdiri sambil bertakbir (Allahu Akbar) untuk rakaat kedua, dan demikianlah seterusnya;
12. Pada rakaat kedua, ketika Sujud kedua hendaklah duduk iftirasy - tegakkan jari kaki kanan, lipatkan kaki kiri dan duduk i.e. ponggong di atas telapak kaki kiri, sambil membaca Tahiyat Awal, selesai Tahiyat Awal bangun semula dengan mengangkat kedua tangan sampai ke paras kedua bahu ATAU ke paras cupping telinga sebagaimana memulakan solat;
13. Pada rakaat kedua dalam Solat Subuh atau Solat Sunat dua rakaat, dibaca Tahiyat Akhir dan tidak membaca Tahiyat Awal, dan bagi solat empat rakaat dibaca Tahiyat Akhir ketika Sujud kedua dalam rakaat keempat; dan
14. memberi 'Salam' dengan menyebut 'Assalamualaikum warahmatullah' sambil menoleh ke kiri dan sekali lagi sambil menoleh ke kanan, maka selesailah solat kita.
Justeru itu, solat itu bermula ketika membaca Takbir pertama dan selesai setelah memberi salam. Dalam tempoh itu kita tidak dibolehkan berkata-kata atau berbuat sesuatu yg tiada dalam rukun solat tadi.
Selepas selesai solat apa nak buat? Rasulallah (s.a.w) mendemokan perlakuan selepas solat itu seperti berikut:
1. Membaca 'Allahu antas salam, wa-minka salam, tabarakta zal-jalali wal-ikram' sahaja;
2. Berwirid dengan membaca 'Subhanallah' 'Walhamdulillah' 'Wallahu akbar' dan 'wala ilaha illalah' - (10 kali setiap satu) atau (33 kali setiap satu kecuali Lailaha illalah' sekali);
3. Membaca lain-lain zikir;
4. Berdoa (Apabila berdoa hendaklah akur dengan tiga perkara: pertama, memulakan dengan membesar atau mengagngkan Allah (a.w) dan menyatakan kesyukuran kepadaNya; kedua, berselawat ke atas Nabi (s.a.w); ketiga, mendoakan saudara Islam yg lain; dan keempat, barulah mendoakan apa saja untuk diri dan keluarga kita.
Jika kita bersolat secara berjema'ah, tiada dalam amalan Islam berdoa secara berjema'ah. Imam dan makmum mebaca doa masing-masing, bukan Imam baca doa dan makmum mengaminkannya (kecuali jika dalam kaedah mengajarkan doa). Doa adalah permintaan peribadi seseorang kepada Allah (a.w) untuk agenda persendiriannya!
Demikianlah, kaedah dan cara bersolat mengikut as-Sunnah. janganlah bersolat ikut cara lama, nanti sia-sia segala ibadah solat kita.

Jazakallahu khairah.



No comments:

Post a Comment