Monday, March 1, 2010

Salam: Salutation sesama orang Islam dan Iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Islam juga menyuruh kita supaya memberi 'salam' ketika meninggalkan suatu majlis dan masuk ke dalam suatu majlis.

Memberi Salam Masuk dan Keluar Majlis

Hadith di bawah ini menjelaskan peradaban terhadap seseorang yang baru datang ke suatu majlis yang diahadhir oleh orang ramai), maka memberi ‘salam’ dia. Apabila keluar majlis maka memberi ‘salam’ orang yang keluar:

1. Diriwayatkan hadith daripada Al-Makburi (r.a) berkata hadith ini dari Said bin Abi Said al-Makburiu hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika datang salah seorang dari kamu ke tempat duduk (yakni, suatu majlis), maka memberi ‘salam’ kamu (yang baru datang), dan ketika mengkehendaki bahawa berdiri (yakni, keluar atau beredar dari majlis itu), maka memberi ‘salam’ kamu (kepada mereka yang tinggal) maka tidak lain yang lebih utama dengan haq dari orang lain (yang akhir)(yakni, orang yang tinggal berhaq mendapat ucapan ‘salam’ itu).’ [Hadith sahih Abu Daud]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment