Assalamualaikum,
Apakah pahala berjihad pada jalan Allah (a.w) (i.e. membela Islam)? Inilah dimensi jihad yg sering tidak diberi penekanan oleh orang Islam, selain dari kejahilan mereka tentang apa dia yg dimaksudkan 'jihad' itu. Umumnya, kita berjihad dengan diri (i.e. nyawa) kita dan harta kita. Tidak ada jihad hanya dengan harta, ie.e. seumpama kita berikan wang ringgit atau harta kepada orang yg berperang dalam perang sabil, misalnya, tanpa pergi bersama turut berperang! Jihad hendaklah didahului dengan diri i.e. mempertaruhkan nyawa kita kemudian baru harta atau kedua-duanya sekali.
Jihad memerangi musuh Islam sudah tiada lagi zaman maya ini. Yg tinggal hanyalah jihad mempertahankan negara, negeri atau harta kita yg hendak dicerobohi oleh musuh, atau meruah diri dan keluarga, yg hendak dicerobohi oleh musuh. Contohnya, Orang Palestin berhak berjihad melawan musuh-musuh mereka kerana negara mereka yg asa telah dicabuli - mula-mula selepas perang dunia ke-2, negara barat, atau kuasa besar barat, telah membuat keputusan memecahkan tanah Palestin untuk dibentuk sebuah negara asing, iaitu Israil. Maka semenjak itu, wilayah tersebut akan bertgolak, selagi pendatang baru pada orang Palestine tidak diusir keluar atau kekal dikawasan tersebut.Sampai kiamat dunia, tidak akan tenteram, dan tidak mungkin tenteram. Akhirnya,ketika hampir kiamat dan hampir turunnya Dajjal, Islam akan berperang dengan orang kafir, dan akan mengalahkan orang kafir, sehinggalah yg Islam menjadi kufur dan kafir pula, barulah turunnya Dajjal. Apabila turun Dajjal, taubat tidak lagi diterima Allah (a.w). Contoh kedua, tuan rumah berhak berjihad menjaga keselamatan harta benda dan keluarganya dengan dirinya dan hartanya. Maka dengan itu di dalam Islam sesiapa yg menceroboh rumah atau kediaman seseorang Islam, penghuni rumah itu berhak mempertahankan diri, malah berhak membunuh orang yg menceroboh rumahnya atau harta miliknya, jika perlu. Dalam kes ini, membunuh penceroboh tidak berdosa dalam Islam. Jika dia, dalam cubaan mempertahankan rumah, harta dan keluarganya itu, mati, maka dia dikira mati syahid (i.e. mati syahid masuk syurga secara otomatis). Maka dengan itu, sesiapa yg menceroboh rumah atau tanah atau negeri atau negara orang Islam, orang Islam berhak berjihad mempertahankan rumah atau tanah atau negeri atau negaranya, dan berhak membunh penceroboh tersebut.
Zaman ini, tiada lagi jihad untuk menegakkan Islam secara kekerasan. Tetapi, jika ada orang bukan Islam membuat sesuatu yg mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat Islam atau negara Islam atau menodai ugama Islam, wajib umat Islam berjihad memerangi mereka tersebut. Jika, orang Islam (terutama yg bermestautin di negara orang bukan Islam) diberi ruang tampa dianianyai, tiadalah keperluan berjihad dalam konteks memerangi orang bukan Islam. Malangnya, di Malaysia hari ini ada banyak percakapan dan perbuatan orang yg tidak Islam dalam mencabar Islam dan umatnya. Ini amat bahaya. Ditakuti nanti perlakuan atau perbuatan sedemikian itu ditafsirkan sebagai usaha pihak-pihak tertentu mengancam Islam dan umatnya atau mencemari marwah Islam dan uamatnya... after effects provokasi sedemikian itu amat bahaya. Maka dengan itu, wajarlah orang Islam dan orang bukan Islam fahami 'jihad' ini, supaya tidak termungkinlah berlaku apa-apa yg tidak diingini.
Apabila berlaku, berbunuhan tidak merugikan orang Islam. Kerana, orang Islam yg mati berjihad mendapat syurga dengan pasti, manakala orang bukan Islam yg mati dalam proses tersebut, tidak akan mendapat pembelaan di akhirat! Mereka kalau tidak dibunhpun akan mati dan masuk neraka secara pasti. Kerana, orang yg berhak mendapat syurga hanyalah orang Islam yg beriman. Mereka akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi rugi di akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment