Doa Apabila Mendengar Azan
Atau, kita ikuti panduan hadith berikut pula. Kedua-dua panduan itu boleh kita ikuti dan mengikutinya kita mendapat ganjaran pahala sunnah dan pahala menetapi atau akur dengan perintah Allah (a.w) dan RasulNya.
(2) Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Munkadiri dari Jabir (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berkata (yakni, menyebut sahutan) ketika mendengar panggilan Azan (dengan kalimah-kalimah berikut, selepas selesai azan): 'Allahumma raba hazihid da’watat tammati was solatil qaimati aati Muhammadan nilwasilata wal fadilata wab’athhul maqamal mahmudal lazi w’adtahu’, [Maksud: Ya Allah ya Tuhanku! Inilah panggilan yang sempurna, dan solat yang akan didirikan, telah didatangkan Muhammad (s.a.w) dengan wasilah (yakni, perolongan atau pengantara dan penyelamat) dan fadhilat (yakni, keuntungan atau keberkatan), dan bangkitkanlah baginya maqam (tempat) yang terpuji yang Engkau janjikan], kecuali halal baginya syafaat (yakni, pertolonganku) pada hari qiamat (kelak).’ [Hadith an-Nasa’i]
Sesiapa yg menyebut kalimah-kalimah tersebut ketika mendengar azan, setelah selesai azan, maka dia berhak mendapat syafaat Rasulallah (s.aw) di akhirat kelak. Syafaat adalah pertolongan Rasulallah (s.a.w) dalam suasan yg kita perlukan pertolongan di akhirat. Di akhirat tiada siapa boleh menolong dalam kesusahan yg kita hadapi di akhirat - ketika matahari dihampirkan atas kepala kita ketika bumi terhampar dijadikan dari tembaga yg dipanaskan oleh matahari, ketika kehausan dan kelaparan menunggu selama 50 tahun di padang makhsyar (setiap sehari di sana sama dengan lamanya 1,000 tahun waktu dunia)! Wajarlah kita ikuti ketetapan ini dijadikan kelaziman kita,insya Allah.
(3) Diriwayatkan hadith daripada Said bin Abi Waqas (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w) sesungguhnya telah bersabda Nabi (s.a.w)’; ‘Barangsiapa berkata ketika mendengar muazzin azan ‘Waana asyhadualla ilaha ilallah wahdahu la syarikalahu, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu warasuluhu, raditu billahi rabba, wabil Islami diina, wabi Muhammadin nabia’ [Maksud: Dan, bahawasanya aku naik saksi tiada tuhan kecuali Allah (a.w), Dia yg Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, dan sesungguhnya aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah hambaNya dan Pesuruh Nya; Ridha aku terhadap Tuhanku, dan ridha aku dengan Islam ugamaku dan ridha aku dengan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Nabiku.], diampunkan dosanya oleh Allah (a.w).’ [Hadith Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas, kita diberitahu betapa tingginya kafdhalan kita membaca doa yg disebutkan dalam hadith itu: iaitu diampun oleh Allah (a.w) dosa-dosa kita. Doa ini boleh kita baca selepas selesai solat kita - solat fardu ataupun sunat. Eloklah dihafalkan.
(4) Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berkata (i.e. berdoa) ketika mendengar azan (dengan kalimah-kalimah doa berikut) 'Allahumma rabba hazihid da’watat tammati wal qaimati, ati Muhammadal wasi-lata wal-fadilata, wab’athhu makama mahmudal lazi wa’adtah', melainkan wajib baginya syafaatku (yakni Nabi (s.a.w)) pada hari Qiamat.’ [Hadith Ibnu Majah]
Dalam hadith di atas itu pula, kita diberikan satu lagi versi doa yg dianjurkan kita baca ketika mendengar azan (i.e. selepas azan tamat dilaungkan). Doa ini mengandungi 3 ayat sahaja. [Nota: Yg dibacakan dalam radio dan TV mengandungi 4 ayat. jangan ikuti].
Dengan membaca doa tersebut Allah (a.w) wajibkan Rasulallah (s.a.w) memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Oleh itu, kerana besarnya pahalanya, wajarlah kita usahakan kita hafalkan doa pendek ini dan jadikan kelaziman kita. Namun, harus diingatkan bahawa janganlah kita menambah kepada kalimah-kalimah yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut, kerana jika begitu sia-sialah semuanya, sebagaimana diperjelaskan di atas. Kalau saudara peka dan teliti dalam radio dan TV ketika doa seumpama ini dibacakan, ada tambahan satu ayat lagi. Ingatlah doa ini adalah amalan khusus yg didatangkan dari Rasulallah (s.a.w). Jika ayat tambahan tersebut diwahyukan Allah (a.w) pastilah disebutkan oleh beliau dalam doa tersebut. Oleh itu, ayat tambahan itu adalah suatu penambahan kepada ketetapan syariat Islam tentang doa menyambut azan, jadilah bid'ah!
Alhamdulillah, semoga saudara bersedia memanfaatkan diri sendiri dalam mengamalkan suatu perlakuan yg mudah dalam Islam tetapi membawa pahala yg begitu banyak pula. Dengan syarat, berjaga-jagalah jangan ambil atau tiru bagaimana orang lain buat, yg membatalkan pahala dan menambah kpd dosa pula kerana mengubah ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
Wa'alaikumussalam Tuan,
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan..insya-Allah
Wa'alaikumussalam,
ReplyDeleteRamai di kalangan masyarakat kita terutama "ulama'" merasa sensitif bila berbincang tentang amalan "bida'ah" dan mereka masih berpegang kuat kepada pendapat bahawa "bida'ah hasanah" bolih diterima pakai, bermakna tak salah kalau di amalkan.
Soalannya macam mana nak diperbetulkan hujah demikian?
Sesiapa ada cadangan? Saya hanya bolih syorkan supaya kita semua mengaji quran & hadith secara manqul, asnat dan mutasir dan apa2 ibadah yang kita amalkan itu mestilh berlandaskan dalil2 dari Quran & hadith supaya diterima Allah. Ini merujuk kepada hadith Nabi SAW:
1) " aku tinggalkan kalian 2 perkara, Quran & Sunnah ku. Jika kalian rujuk kepada 2 perkara tersebut, kalian tidak akan sesat selama2nya, di dunia dan di akhirat." dan
2) " sesiapa yang mengamalkan sesuatu bukan amalanku Nabi, ditolak"
Mereka ini tahu dan paham tentang hadith2 ini, tapi mereka masih tetap dengan pendapat mereka. Inilah yang menghairankan dan mengelirukan.
Semuga Allah memberi hidayah kepada mereka2 tersebut. Ameen