Tuesday, March 16, 2010

Wudu': Peringatan

Assalamualaikum,
Sudahkah saudara amalkan cara berwudu' mengikut as-Sunnah? Dalam post yg lalu penulis telah sampaikan kaedah serta cara berwudu' mengikut as-Sunnah. saudara telah diberitahu bahawa jika wudu' cara lain kita amalkan, maka wudu' kita tidak sah. Dan, jika tidak sah wudu', maka batallah segala amalan kita yg bersandarkan wudu' itu seperti solat, mengerjakan tawaf ketika mengerjakan haji dan umrah.
Kita ulangi di sisi cara dan kaedah berwudu' mengikut wudu' Rasulallah (s.a.w);
1. Memasang niat untuk wudu' dalam hati tanpa melafazkan kalimah-kalimah seumpama 'Nawaitul wudua ...' atau 'Nawatul raf'al hadathil asghari ...' dan seumpamanya. Rasulallah (s.a.w) tidak pernah sebut atau lafazkan niatnya. Amalan sedemikian tergolong dalam amalan bercorak bid'ah;
2. Menyebut dengan lafaz kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu'. Wudu' tanpa menyebut 'Bismillah' tidak sah;
3. Membasuh kedua tangan di luar bekas air wudu' kana dahulu kemudian kiri, tiga kali, sampai ke pergelangan tangan;
4. Memasukkan air ke dalam mulut sambil menghisap air ke dalam hidung dari air yg dicedok dengan kedua-dua tangan yg telah dibasuk tadi kemudian dihembuskan keluar, tiga kali;
5 Membasuh muka (seluruh kawasan muka termasuk bahagian dagu) sekali atau dua kali atau tiga kali;
6. Membasuh kedua lengan sekali atau dua kali atau tiga kali sampai ke bahagian atas kedua siku (atau sampai ke bahagian ketiak, jika mahu kefadhalan yg lebih);
7. menyapu seluruh kepala dengan air wudu' yg dibasahkan kedua-dua tangan, dengan melekapkan kedua-dua tangan mulai dari kawasan atas dahi di lalukan sampai ke belakang, bahagian tengkuk, kemudian dikembalikan kedua-dua tangan ke depan semula sampai ke bahagian atas dahi (dan kemudian menyapu kedua telingan dengan dua jari - ibu jari dan jari telunjuk, jika mahu), sekali;
8. Membasuh kedua kaki sampai ke bahagian atas buku lali sekali.
9. Setelah selesai, membaca Doa Wudu' iaitu dua kalimah syahadah atau ditambah dengan doa khusus yg telahpun diberitahu dahulu.
Demikianlah kesempurnaan berwudu' itu. Ingatlah bahawa Allah (a.w) perintahkan kita supaya ikuti segala sesuatu yg dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam segala bentuk dan jenis amalan wajib dan sunat (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan contohi perlakuan atau perbuatan Rasulallah (s.a.w) kerana beliau adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model Muslim, Mukmin, muttakin terbaik) jikalah kita yakin bertemu dengan Allah (a.w) dan yakin dengan hari akhirat, bilamana segala dosa akan dibalas dengan siksaan dalam neraka (Ayat 21, Surah al-Ahzab).

Jazakallahu khairah.


No comments:

Post a Comment