Wednesday, March 17, 2010

(Sumpah) Tidak meniduri isteri ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telahpun lihat suatu ketetapan syariat Islam bahawa apabila seorang suami itu ingin mengajarkan isterinya setelah si isteri melakukan sesuatu yg tidak disukainya supaya tidak melakukannya lagi, dalam dua post sebelum ini. Kita sambung emula perbincangan kita mengenai perkara in supaya kita lebih faham, insya Allah.
1. Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... bahawa Ikrimah b Abdul Rahman bi Harith mengkhabarkan kepadanya hadith bahawa Ummu Salamah memberitahunya bahawa Nabi (s.a.w) telah bersumpah tidak akan masuk (i.e. tidur) bersama sebahagian dari isteri-isterinya selama sebulan, maka ketika sudah berlalu 29 hari pada waktu pagi kembali kepada isteri-isterinya atau ketika petang (kembali kepada isterinya). Maka dikatakan (oleh seseorang kepadanya): 'Wahai Nabi (s.a.w)! Telah bersumpah engkau bahawa tidak masuk engkau atas isteri-siteri engkau selama sebulan?' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Sesungguhnya sebulan (dalam Islam) adalah 29 hari.' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
2. Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'apada suatu pagi suatu hari kami (melihat) kesemua isteri Nabi (s.a.w) menangisdan di sisi mereka keluarga mereka, maka keluar aku ke masjid, maka ketika sampai (ke masjid) aku dalati dipenuhi oleh ramai orang; maka datang Omar b Khattab (r.a) maka masuk dia ke rumah Nabi (s.a.w) dan dia (Nabi) di atas panggung (i.e. loteng rumahnya), maka memberi salam (Omar) dan tidak dijawab salamnya, kemudian memberi salam semula, maka tidak dijawab salamnya oleh seseorang, kemudian memberi salam pula (kali ketiganya), maka tidak dijawab oleh seseroangpun. Maka (sebentar kemudian) memanggil seseorang akan dia (Omar), maka masuk dia atas Nabi (s.a.w), maka berkata dia: 'Adakah mentalak (i.e. mencerai) engkau atas perempuan (i.e. isteri) engkau?' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Tidak! Akan tetapi bersumpah aku (i.e. ilat) dari mereka selama sebulan.' Setelah sampai 29 hari kemudian masuk (i.e. bersama kembali) dia atas isteri-isterinya. [Hadith Bukhari, Kitan Nikah]
Dua hadith di atas itu menceritakan peristiwa yg sama,iaitu Nabi (s.a.w) bersumpah tidak akan bersama dengan isteri-isterinya selama sebulan (i.e. 29 hari), dan selepas tamat 29 hari beliau kembali bersama dengan isterinya.
'Ilat' adalah perlakuan suami tidak tidur bersama sebantal dan sekatil dengan isterinya kerana menunjukkan displeasure suami terhadap sesuatu perbuatan atau perlakuanyg tidak disukai oleh suami. Tujuannya adalah untuk menyedarkan si isteri supaya tidak melakukan lagi perbuatan sedemikian. Ilat adalah untuk tujuan mengajar isteri secara subtle. Di dalam Islam suami dibolehkan berbuat sedemikian, tetapi suami tidak dibolehkan tidur di tempat atau rumah lain (seumpama di hotel atau rumah tumpangan selain rumah di mana isterinya tinggal atau diami. Jelasnya, jika terdapat sesuatu perbuatan isteri yg tidak disukai oleh suami, suami boleh mengajar isterinya dengan tidak tidur bersama isterinya selama sebulan dengan syarat tidaklah suami itu meninggalkan rumahnya tetapi kekal berada di rumah hanya tidak tidur bersama dengan isterinya sahaja selama sebulan.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment