Assalamualaikum,
Saudara, hari ini begitu ramai muda mudi Melayu yg mengaku dirinya Islam meniru perbuatan atau perlakuan orang Barat atau orang yg tidak Islam. Ada banyak perbuatan yg menyebabkan pelakukan tidak dapat syurga di akhirat kelak, walaupun mereka Islam dan beramal.
Memakai Perhiasan Emas dan Menindik alat sulit
Antara perbuatan sedemikian adalah lelaki menindik telinga, memakai rantai leher, memakai gelang tangan, termasuk memakai jam tangan. Lelaki memakai perhiasan dari emas. Wanita pula menindik pusatnya dan ada juga hidungnya, malah ada menindik pula alat sulitnya (i.e. kemaluannya). Kesemua ini adalah perbuatan yg diharamkan oleh Islam.
Soalnya, mengapakah kita sanggup menempah kecelakaan semata-mata kerana ingin meniru perlakuan orang Barat atau orang yg tidak Islam.. Apakah keuntungan atau manfaat yg kita perolehi?
Minum Arak
Demikian jugalah tentang minum arak (spt brandy, wiskey, stout, beer dan seumpamanya). Sepuluh kategori orang yg terlibat dgn arak dilaknat oleh Allah (a.w). Kerana arak telah diharamkan dalam Islam. Sepuluh kategori itu adalah: (pertama) yg minumnya, (kedua) yg menanam bahannya dgn tujuan dijadikan arak, (ketiga) yg mengilangnya untuk dijadikan arak) (keempat) yg mengangkutnya ke kilang untuk diproses menjadi arak, (kelima) yg bekerja dalam kilang yg menmproses menjadikan arak, (keenam) yg memiliki kilang (atau memiliki saham dalam kilang) memproses arak, (ketujuh) ygmembungkusnya untuk dijual, (kedelapan) yg mengangkutnya ke parasa atau ke supermarket untuk dijual, (kesembilan) yg menjualnya di tempat-tempat jualan, dan (kesepuluh) yg menghidangkannya kpd peminum arak. Kesemua mereka ini dilaknat.
Hari ini ramai muda-muda Islam, terutama anak-anak muda, dari keluarga berada yg sering berparti atau berseronok di pusat-pusat hiburan spt club, disko, pusat-pusat karaok dan seumpamanya, sering minum arak Malah ada yg berbangga pula mengambil gambar mereka minum arak bersama-sama dgn teman-teman wanita mereka, kalau lelaki, dan kemudian bila mabuk pula mereka akan mengadakan perhubungan kelamin (i.e. zina) pula!. Mereka ini menghabiskan wang kedua ibubapamereka untuk mberbelanja melakukan pelbagai kemaksiatan. Maka kedua ibubapanya pula sama-sama bersubhat dgn kelakuakn atau perbuatan curang anak-anak muda mereka - lelaki atau perempuan.
Malah ketetapan Islam adalah perbuatan yg dilaknat oleh Allah (a.w) dan yg dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. juga dikira dilaknat oleh Allah (a.w)) . Orang atau perbuatan yg dilaknat Allah (a.w) dan/Rasulallah (s.a.w) jika mati dalam mengerjakannya tidak mendapt syurga secara pasti. Pendeknya orang yg mendapat laknat tidak akan masuk syurga, kecualilah sebelum dia mati, dia menghentikan perbuatannya dan bertaubat dan mengerjakan amal soleh sebagai kifarah kepada perbuatannya, maka berkemungkinan dia mendapat syurga jikalah taubatnya diampuni dan dia kemudianbnya memperbaiki amalannya terhadap Islam. Maksudnya, memakai tatu bukan sahaj berdosa, tapi menghalang pemakainya mendapat syurga, waliya zubillah!
Tatoo atau Mentatu Badan
Selain itu, ada juga muda mudi Melayu yg merasai dirinya moden dan bertemadun dalam zaman maya ini, mentatu badannya. Islam mengharamkan umatnya bertatu atas sebab apa sekalipun. Kerana, antara lain, air tidak sampai ke bahagian yg ditatu atau bahagian yg ditindik, ketika berkewajipan mandi junub.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abu Hurairah (r.a) menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Allah (a.w) melaknat orang-orang yg memakai rambut palsu dan orang yg memakaikan kepada orang rambut palsu, dan (Allah (a.w) melaknat) orang yg yang bertatu (atau, mentatu dirinya) dan orang yg mentatukan orang lain.' [Hadith Bukhari]
Mudah-mudahan, mereka yg sekarang ini memakai tatu berusaha membuangkannya, walaupun mungkin mencacatkan anggota atau tubuh, kerana terpaksa di kikis bahagian yg ditatu itu. Di dalam Islam tatoo atau tatu itu melayakkan yg memakainya masuk neraka, kerana dilaknat, dan tidak akan masuk syurga selagi tatu ada di tubuh. Dalam Islam tatu itu dibuang dengan melalukan streka panas atas bahagian badan supaya masak kulit yg ditatu dan mengelupas dia barulah tatu itu akan hilang. Kemudian, hendaklah bertaubat. Dan, hendaklah berusaha mengerjakan amalan-amalan soleh (ie. baik, terutama amalan dan iabdah sunat sebagai membuktikan perpindahan dari alam jahiliah kpd alam cahaya Islam). Namun, jika tidak laknat Allah (a.w) kekal dan tidaklah dapat masuk syurga seseorang yg memakai tatu dan orang yg mentatu orang lain. Dan, di neraka kelak, setiap manusia yg berada di dalamnya dibesarkan tubuh badanya supaya lebih terasa pedih siksaan Allah (a.w). Dikatakan, dalam hadith, guigi ahli neraka itu dibesarkan sebenar gunung Uhud. ponggong mereka dibesarkan sehingga jarak antara bahagian ponggong kakan dgn ponggong kiri adalah sejauh 500 kM! Mungkin kerana itu bahagian yg ditatu itu akan dilebarkan selebar 10 kali padanf soccer (i.e. bola) supaya dirasai kesakitan yg teramat itu. Waliya zubillah.
Oleh itu berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment