Friday, April 2, 2010

Jum'at: Hari kebesaran Islam

Assalamualaikum,
Sauadara, hari ini kita temui lagi hari Jum'at. Bererti, sudah bertambah umur kita seminggu lagi. Alhamudillah, Allah (a.w) izinkan kita hidup lagi. Dan, dunia kekal wujud, tidak jedi kiamat hari ini. Kerana, kiamat itu - tiupan seruling sangkala pertama - tidak berlaku hari ini. Kita sudah dianugerahkan umur seminggu lagi. Namun, yg jelasnya, tidak kira sama ada kita masih kecil, sudah dewasa, sudah berumur dan sebagainya, yg pasti kita menghampiri kematian kita setelah luput seminggu lagi.
Mengapakah kita yg Islam itu wajib memperingatkan dan membesarkan hari Jum'at? Kerana begitu banyak peristiwa penting dalam Islam berlaku dan akan terus berlaku pada hari Jum'at. Kita diberitahu bahawa manusia pertama Adam (a.s) dijadikan atau dicipta pada hari Jum'at, dia dikeluarkan dari syurga pada hari Jum'at kerana melanggar larangan Allah (a.w) supaya jangan didekati pohon larangan dalam syurga. Maka, dengan itu kita diberitahu perdebatan roh antara Nabi Musa (a.s) dengan Nabi Adam (a.s) yg mengatakan kerana kesilapan Adam, maka manusia tidak dapat terus duduk di syurga dan terpaksa bersusah payah melalui kehidupan dunia dan akhirnya belum tentu dalam tingga di syurga di akhirat kelak! Adam menyatakan bahawa sememangnya sudah ditakdirkan Allah (a.w) manusia itu hidup di dunia. Taqdir (i.e. qada' dan qadar kita) itu telah ditentukan 50,000 tahun sebelum manusia dijadikan Allah (a.w).
Kita hidup didunia kerana itulah hukuman terhadap[ manusia, sebagaimana seorang banduan itu diwajibkan menjalani khidmat masyarakat kerana sesuatu kesalahannya. Jika kita berjaya menjalani hukuman itu, maka kita akan dibebaskankan, i.e. kita akan kembali ke syurga untuk hidup senang, selesa dan bahagian tanpa sebarang sesuatu yg membosankan atau menyusahkan atau menyulitkan. Semuanya enak. Berada dalam syurga adalah, bak kata orang putih 'a bliss'. Bak kata orang berugama Hindu 'nivana'. Tidak ada siapa yg akan mencapai 'nirvana' atau 'oparadise' atau syurga itu, kecualilah mereka yg lulus ujian hidup dunia. Jika gagal, maka nerakalah tempatnya. Tiada yg seronok dalam neraka. Semuanya adalah siksaan demi siksaan, yg tidak putus-putus atau berhenti atau tamat, kecualilah ada disebutkan bahawa orang yg terakhir masuk syurga, setelag diazab berakhkab-akhkab lamanya [Nota" satu akhkab itu adalah selama 100,000 tahun kiraan tahun akhirat. Setiap hari di akhirat itu adalah selama 1,000 tahun di dunia], adalah mereka yg adalah orang Islam yg bersyahadah dan wujud sebesar zarah dalam kalbunya hakikat dan pengakuan ikhlas bahawa wujud Allah (a.w) tuhan semesta alam. Sesiapa yg tidak Islam dan tidak beriman sudah pasti tidak akan mendapat syurga, walau bagaimana baiknya dia ketika hidup di dunia! Islam saja tidak cukup. Yg utama adalah iman. Orang yg beriman itu akan dinilai dari segi akidah dan iktikadnya dalam syahadahnya, dari segi perlakuan serta perbuatannya dan dari segi katakatanya setiap saat dia hidup di dunia.
Malah, jika Islam sekalipun, tetapi melanggar ketetapan Allah (a.w) (i.e. abaikan ketetapan al-Quran) dan melanggar ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. abaikan ketetapan as-Sunnah), maka kekal juga di dalam neraka, sehingga telah dibersihkan dari kekotoran kesyirikan kebatilan segala amalan dan ibadah kerana tidak mencontohi as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) dan kekotoroan dosa-dosa yg dilakukan. Dalam blog ini seringkali dan kerapkali diperingatkan bahawa seseorang yg Islam dan beriman tetapi tidak mengikuti ajaran as-Sunnah, batal segala ibadah dan amalannya. Maksudnya, dia seolah-olah belum mengerjakan amalan dan ibadah, maka dalam Kitab Catatan Amalannya yg ditulis oleh malaikat Rakib dan Atit itu adalah kosong, di sisi Allah (a.w) dan para malaikat! Seseorang Islam yg iman tetapi tidak patuhi ketetapan as-Sunnah, tidak dikira telah melaksanakan segala perintah Allah (a.w), kerana Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr bahawa kita yg Islam dan beriman itu wajib ambil pakai dan ibadah serta amalkan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), dan tinggalkan apa-apa yg dilarang atau ditegah Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).
Sempena sambutan ulangtahun kehidupan kita semingguu lagi pada hari Jum'at ini, beringatlah sebelum terlambat. Belajarlah ilmu mengenai Islam dan syariatnya, supaya segala ibadah dan amalan kita sah dan diakui oleh Rasulallah (s.a.w), dan, kerana itu, diterima oleh Allah (a.w) sebagai sah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Man 'amala 'amilan laisa minni fahua raddun' [Maksud: Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yg tidak didatangkan (i.e. dibawakan atau dicontohkan) oleh aku (Rasulallah (s.a.w), maka dia (i.e. amalannya) di tolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)). [Hadith Bukhari dan Muslim]
Selamat meneruskan kehidupan dan semoga saudara mendapat petunjuk yg haq dan berjaya di dunia dan diakhirat, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment