Thursday, April 15, 2010

Puasa Sunat (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadara kita sambung lagi perbincangan kita tentang beberapa jenis puasa sunat dalam syariat Islam. Kita telahpun tahu bahawa ada beberapa puasa sunat yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu:
1. Puasa Asyura (10 Muharram);
2. Puasa Arafah (10 Zulhijjah, ketika jemaah haji wukuf di Arafah);
3. Puasa Isnin dan Khamis (setiap minggu);
4. Puasa pada 13, 14 dan 15 haribulan bulan Hijriah (kecuali Ramadhan);
5. Puasa 6 hari Shawal selepas menamatkan puasa Ramadhan sebulan; dan
6. Puasa Nabi Daud (a.s)
Kita juga telah diberitahu bahawa ketika amalan kita dihisab di akhirat kelak, amalan sunat boleh menampal kekurangan atau kecacatan amal wajib, e.g. solat sunat menampal kecacatan solat fardu, puasa sunat menamal puasa fardu, dsbnya. maka dengan itulah utamanya amalan/ibadah sunat itu.

Puasa Enam
Puasa Enam ini adalah nama mum mengenai puasaenam hari dalam bulan Syawal. Apakah kefadhalan berupasa enam hari dalam bulan Syawal itu? Puasa Enam dalam bulan Syawal hanyalah bermanfaat kpd mereka yg berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan penuh, kemudian disambung dengan 6 hari dalam bulan Syawal. Maka orang yg sedemikian itu akan mendapat ganjaran pahala yg banyak seumpama berpuasa setahun. [Nota: Bagi wanita yg pasti tidak akan dapat berpuasa penuh sebulan dalam bulan Ramadhan kerana keuzuran haidnya, mereka juga dikira telah sempurna puasa Ramadhannya jika dia hanya tidak berkuasa ketika dalam tempoh haidnya sahaja, kemudian menyambung puasa 6 hari dalam bulan Syawal].
Ganjaran ini tidak termasuk gandaan pahala yg diberikan oleh Allah (a.w) kerana puasa wajib itu. Kerana, yg menentukan gandaan pahala puasa Ramadhan itu hanya Allah (a.w). Namun kita diberitahu bahawa sesiapa yg berbuat amalan baik dalam mana-mana bulan Islam mendapat ganjaran pahala antara 10 hingga 700 kali gandaan. Bergantung kpd niat dan keikhlasan seseorang yg berbuat amalan soleh itu, termasuklah kualiti perhambaan yg ditunjukkan dalam ibadah dan amalan yg dikerjakannya itu. Namun, gandaan untuk puasa Ramadhan, mengikut as-Sunnah, hanya Allah (a.w) yg menentukannya - pastinyalah melebihi 700 kali gandaan.
Menceritakan hadith daripada Said ibni Qais hadith daripada Umara bin Thabit bin Harith al-Hazraji, hadith daripada Abu Ayub al-Ansari (r.a) yang berkata bahawasanya hadith ini daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian mengikuti puasa itu dengan (puasa) enam hari dalam bulan Syawal, ada (dia) seperti berpuasa setahun.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Selain kefadhalan gandaan yg disebutkan itu, hadith di atas itu memberikan ketetapan as-Sunnah, sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan dan kemudian berpuasa pula enam hari dalam bulan Syawal mendapat ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun. Puasa 6 ini boleh dibuat secara terus menerus enam hari atau bagaimana sekalipun asalkan enam hari dalam bulan Syawal.
Diriwayatkan hadith daripada Thu’ban, hamba merdeka kepada Rasulallah (s.a.w) berkata hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa enam hari sesudah Raya Fitri, ada sempurna (puasanya) setahun.’ [Merujuk kepada firman Allah (a.w) di dalam al-Quran (ayat): ‘Man jaa-a bilhasanati falahu ‘asrun amthaliha.’[Ayat 160, Surah al-An’am][Maksud ayat: Barangsiapa mendatangkan kebaikan (yakni, berbuat amalan baik) maka baginya (ganjaran pahala) sepuluh seumpamanya (yakni digandakan sepuluh kali ganda)][Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam] .
Allah (a.w) memberitahu hambanya yang Islam melalui firmanNya dalam ayat al-Quran tersebut bahawa sesuatu amalan kebaikan (amal makruf atau amal soleh) itu dibalas Allah (a.w) dengan sepuluh kali ganda kebaikan (yakni, pahala) seumpamanya. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa ganjaran pahala puasa Ramadhan itu adalah hakNya menentukan ganjaran pahalanya. Namun begitu, untuk memhami mengapa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila kita berpuasa Ramadhan sebulan. Maka, kemudian ditambah dengan ‘puasa enam’ dalam bulan Syawal, seolah-olah kita berpuasa setahun. Logiknya mudah sahaja.
Jika kita takrifkan pahala minima berpandukan firman Allah (a.w) tersebut dan mengambil kira ketetapan dalam hadith Rasulallah (s.a.w) itu, kita boleh membuat takrifan: berpuasa Ramadhan (kita dapat 30x10 = 300) dicampur dengan ‘puasa enam’ (kita dapat 6x10 =60), menjadi jumlahnya 300 + 60 = 360 pahala atau hari, iaitu setahun. Maka berpuasa Ramadhan dicampur dengan ‘puasa enam’ menjadikan kita mendapat ganjaran pahala seumpama 360 hari puasa atau setahun. Tahun Islam 300 hari sahaja). Itulah maksud hadith tersebut[1]. Namun begitu, hakikatnya, Allah (a.w) yang menentukan ganjaran pahala puasa Ramadhan itu. Justeru itu, Allah (a.w) mungkin akan memberikan kita pahala lebih banyak bergantung kepada keikhlasan kita mengerjakan puasa kita itu (rujuk Ayat 36, Surah al-Isra' itu melambangkan niat yg sebenarnya bagi seornag iaman itu, iaitu 'mencari kerahmatan Allah (a.w), dan takutkan azab Allah (a.w)). Pendeknya, nilai pengabdian kita terhadap Allah (a.w) itu adalah mengharapkan sangat-sangat ganjaran syurga dan selamat dari neraka.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Ayub (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa Ramadhan, kemudian diikutinya dengan (puasa) enam hari daripada Syawal, maka itulah puasa (yakni, seolah-olah berpuasa) sepanjang tahun.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Sesiapa yang mengerjakan puasa penuh Ramadhan dan kemudian ditambah dengan puasa enam Syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun atau sepanjang tahun. Dari segi logiknya kita boleh hitung. Di dalam Islam, al-Quran menyebutkan bahawa setiapa kebaikan yang dilakukan seorang iman itu diber ganjaran pahala 10 seumpamanya. Justeru itu: puasa Ramadhan 30 hai kemudian ditambah ‘Puasa Enam’ sebanyak 6 hari, menjadikan jumlah hari berpuasa 36 hari. Jika begitu, 30 hari x 10 = 300 hari dicampur dengan 6 hari x 10 = 60 hari menjadikan jumlah pahalanya berpuasa 360 hari atau setahun. berpuasa Tetapi, kita diberitahu bahawa ganjaran gandaan pahala berpuasa dengan sempurna dalam bulan Ramadhan adalah atas budibicara Allah (a.w). Allah (a.w) yang menentukannya mengikut nilai prestasi puasa seseorang itu. Yang pastinya disebutkan di dalam al-Quran bahawa setiap perbuatan baik itu dibalas dengan sepuluh gandaan sehingga 700 gandaan pahala seumpamanya. Dengan mengambil gandaan minima tersebut, puasa sebulan dalam bulan Ramadhan ditambah dengan enam hari dalam bulan Syawal, pahala minimanya seumpama berpuasa sepanjang tahun, atau 360 hari.
Saudara, mungkin peringatan dalam post ini terlalu awal disampaikan. Sebenarnya post ini buka untuk tujuan peringatan tentang puasa enam, tapi adalah cebisan ilmu yg mengenai syariat puasa enam dalam bulan Syawal itu. Kita akan teliti satu lagi puasa sunat yg amat besar ganjaran pahalanya bagi mereka yg mampu mengerjakannya, iaitu Puasa Nabi Daud (a.s), iaitu berpuasa sehari kemudian tidak berpuasa sehari selama yg termungkin dan termampu dikerjakan. Dalam beberapa puasa sunat yg disyariatkan dalam Islam, puasa yg paling disukai oleh Allah (a.w) hambanya kerjakan adalah Puasa Nabi Daud (a.s) ini. [Nota: Jika seseorang itu mengerjakan PUasa Nabi Daud (a.s), maka tak perlulah dia mengerjakan lain-lain puasa sunat, termasuklah Puasa Enam ini, kerana dia dikira telah mengerjakan segala jenis puasa sunat dalam Islam. Dia mendapat ganjaran pahala semua puasa sunat yg lain apakala dia mengerjakan Puasa Nabi Daud. malah jika puasa sunat khusus itu jatuh pada hari yg dia tidak berpuasa, maka dia juga dianggap telah mengerjakan puasa sunat tersebut walaupun dia hari itu tidak berpuasa kerana hari sebelumnya dia berpuasa.

Jazakallahu khairah


[1] Sebenarnya, pahala puasa fardu (Ramadhan) itu tidak diketahui oleh manusia ganjaran pahalanya, kerana Allah (a.w) sendiri menilainya. Tetapi, jika diambil gandaan pahala minima mengikut ayat Al-Quran tersebut maka menjadikan puasa setahun.


No comments:

Post a Comment