Assalamualaikum,
Saudara, semua orang Melayu berbangga dia Islam. walaupun mereka tidak mengerjakan yg wajib seumpama solat, namun jika dikatakan dia 'jahi', amat marah dia. Jika dikatakan 'kafir' juga amat berang dia. Tapi, sebenarnya kebanyakan orang Melayu hari ini sebenarnya sudah terhakis atau sekurang-kurangnya sudah nipis aqidah islam mereka!
Ibubapa sudah terlalu sibuk mencari maisya dunia, sanggup buat apa saja asalkan terjamin hidup serta selesa hidup. Ibubapa jahil, tanpa ilmu mengenai islam yg cukup sebagai panduan diri dan keluarga mereka, terutama panduan untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yg soleh dan orang yg takut melakukan dosa. Maka dengan itu hari ini kita terbaca dan mendengar berita yg kerap dipaparkan kpd kita tentang remaja yg keterlanjuran membuang anak di merata-rata!
Para ulama' serta ilmuwan Islam pula semakin meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah, mengketepikannya atau kalau adapun mentakrifkan segala sesuatu bersandarkan pendapat manusia biasa, yg dicurigai asas ilmunya! Maka dengan itu mereka memberi pendapat dan pandangan serta membuat preskripsi ugama dengan kepandaian atau kepintaran akal fikiran mereka. Walhal, segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya serta panduan hidup Muslim dan Mukmin yg haq sudahpun tersedia dalam al-Quran dan as-Sunnah!
malangnya, dalam usaha untuk menangani permasalahan buang ank ini, ramai orang, terutama para ulama' dan ilmuwan Islam berkata adalah baik diperluaskan dan diperhebatkan program mengintip perlakuakn muda mudi dan remaja Islam, supaya dapat dibanteras kemaksiatan mereka di tanman-taman bunga, di perhentian kerela yg lapang dan di pesisiran pantai atau tanah tersembunyi dan di hotel-hotel murah, menangkap mereka dan mendakwa mereka. Apakah preskripsi sedemikian itu dapat menghapuskan jenayah seks rambang, seks bebas,pergaulan tanpa had di kalangan muda mudi dan remaja Melayu? Bukankah, lebih utama mereka yg bertanggung jawab melipatgandakan usaha untuk mengilmukan orang Melayu, termasuk mereka sendiri, tentang Islam dan syariatnya supaya sekurang-kurang mereka tahu dan faham bahawa apa yg mereka lakukan tidak berkesudahan di dunia, dan nikmat dunia itu hanyalah 1/100 nikmat yg boleh mereka kecapi di akhirat? Kalaulah, orang Melayu benar-benar yakin dengan akhirat!
Hari ini, tidak ada bezanya orang Melayu dengan orang Cina atau orang India atau orang Barat. Di pelbagai peringakat strata sosial, orang Melayu, India dan Cina dan barat sama saja. Mungkin orang Barat lebih baik dalam konteks sosial dan kerjasama sesama mereka. Ramai orang politik, orang korporat dan pentadbir kerajaan suka kepada aktiviti yg boleh menonjol diri, mendatang keuntungan peribadi dari benar-benar menjalankan tugas dan tanggung jawab membina umah dan membantu umah yg perlukan bantuan dan bimbingan. Kalau tidak masakah begitu ramai antara mereka yg tidak mahu menyumbang kpd usaha membina masyarakat yg berada di landasan sosial dan ugama yg baik? Kalau tidak masakan begitu ramai orang berilmu menjadi motivator memberi ceramah dan bercakap tentang Islam melalui pelbagai media dengan bayaran lumayan? Dulu, ulama' dan ilmuwan utamakan sumbangan sedemikian demi meraih keuntungan untuk akhirat dan bukan keuntungan untuk dunia? Dulu, orang alim bersedia mengilmukan manusia tanpa pertimbangan imbuhan? Dulu orang ugama yg berkuasa menyokong penuh usaha mengilmukan masyarakat supaya trhapus kejahilan, kini kegiatan tersebut dibatasi, dihaklangi dan dipersulitkan melalui pelbagai karenah pentadbiran seperti tauliah dan sijil keluusan untuk berdakwah, walhal mereka sendiri enggan berdakwah?
Rasulallah (s.a.w) telahpun memberi kita tahu bahawa dalam konteks keugamaan serta masyarakat manusia - tak kira ugama apapun - terutama dalam Islam, masyarakat Islam kelmarin (i.e. semalam, yakni yg berlalu) jauh lebih baik dari masyarakat hari ini (i.e. zaman ini), dan masyarakat hari ini (i.e. zaman ini) lebih baik dari masyarakat esok hari (i.e. mendatang, yakni zaman-zaman yg akan muncul) . Dunia akan menjadi lebih buruk. Masyarakat akan menjadi lebih teruk lagi. Malah dibayangkan bahawa salah satu tanda-tanda dunia itu akan kiamat adalah apakala manusia akan mengadakan pesta seks di khalayak ramai tanpa segan silu. Ini sudah mula kelihatan. Malahan, pengarah dan pelakun filem Melayu hari membesar-besarkan satu persatu keburukan masyarakatnya, menjadikan idola perlakuan serta perbuatan yg terlarang, seumpa perbuatan umat Nabi Lut (a.s) - homoseks dan lesbian. Malah, tak perlu diajar begitu ramainya artis lelaki dan wanita Melayu yg tidak segan silu mendedahkan dan membogelkan tubuh, melakunkan babak-babak asmara, dan kini kelakuan ranjang homoseks pula.
Tidak menghairankan. Jika para ulama' dan ilmuwan Islam tidak kembali ke pangkal jalan, iaitu mula menjinak-jinakkan diri kembali dengan al-Quran dan as-Sunnah, melupakan caka-cakap manusia yg kononnya beilmu walhal jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah, masyarakat Islam akan terus parah dan tidak terkawal lagi! Mereka yg bergelar ulama' dan mereka yg disanjung ilmuwan adalah orang yg pertama di sola di depan Allah (a.w) kerana mereka memiliki aset serta kewibawaan, tapi sengaja memandulkan diri mereka dari mencari jalan terbaik untuk mengubati masyarakat mereka! Mereka sepatutnya jangan berdebat dengan idea manusia. Mereka wajib bercakap hanya dengan kefahaman tentang Islam dan syariat, tentang panduan hidup Mukmin, berdasarkan hanya al-Quran dan as-Sunnah, dan mainkanlah peranan untuk membina masyarakat supaya lebih ramai berjaya di akhirat!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment