Saturday, April 3, 2010

Jihad dalam Islam, apa dia? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post yg lalu kita telah sentuh konsep 'jihad' dalam Islam. Kita juga telah maklumkan sambil lalu beberapa ayat al-Quran (i.e. firman Allah (a.w)) yg wajib kita fahami untuk memahami konsep 'Jihad' ini. Kita juga perlu fahami ketetapan-ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah mengenainya. Kita teliliti friman Allah (a.w) dalam Surah as-Sof berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman! Mahukah kamu sekelian Aku (Allah (a.w)) tunjukkan kamu sekelian perniagaan yg (jika kamu kerjakan) menyelamatkan kamu dari azab (i.e. siksaan) yg amat pedih (di akhirat kelak) (i.e. neraka)? [Ayat 10, Surah Sof]
Allah (a.w) memberitahu orang yg beriman jalan bagaimana mereka boleh menyelamatkan diri dari siksaan di neraka di akhirat kelak. Apakah kita mahu mengerjakannya? Apakah kita sanggup menyambut saranan atau menyahut seruan Allah (a.w) tersebut? Jika kita terima saranan Allah (a.w) itu sudah pastilah kita diselamatkan dari neraka dan kita diberi ganjaran. Apakah dia saranan tersebut? Ini diberitahu seterusnya.
Firman Allah (a.w): '(Iaitu) Berimanlah dengan Allah (a.w) dan (berimanlah) dengan Rasulnya dan berjihadlah (i.e. berjuang) fi sabilillah (i.e. di dalam jalan Allah (a.w)) dengan harta kamu dan diri kamu; demikian itu lebih baik bagi kamu jika ada kamu sekelian mengetahuinya.' [Ayat 11, Surak as-Sof]
Perniagaan yg menyelamatkan kita dari siksaan neraka itu adalah mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Berimanlah dengan Allah (a.w) (i.e. kita akui wujudnya Allah (a.w) Tuhan yg Esa dan kita mengabdikan diri kita kepadanya, buat yg disuruhnya dan tinggalkan yg ditegahnya);
2. Berimanlah dengan Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan sirah dan syiar Islam dan syariatnya dan yg mengajarkan kita dan yg mencontohkan bagaimana kita hendak mengabdikan diri kita kepada Allah (a.w) dan yg memimpin kita dari kegelapan kejahilan tentang Islam dan ke jalan yg lurus serta kepada cahaya keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w));
3. Berjihad dalam jalan Allah (a.w) dengan harta kita dan dengan diri kita bagi menegakkan dan memakmurkan Islam serta umat Islam. Dalam berjihad itu, ada banyak cara dan kaedah, tapi yg utama diperhatikan adalah kita hendaklah melibatkan diri kita sendiri, tidak boleh mengharapkan orang lain dan kita hanya mengeluarkan belanja atau niayaan, jika kita seornag yg mampu membelanjakan harta kekayaan kita sekalipun. Dengan hanya mengeluarkan belanja tidak dapat dianggap berjihad.
Jelaslah, menjadi orang yg benar-benar beriman adalah juga pra-syarat kepada jihad. Tidak dianggap berjihad dalam jalan Allah (a.w) jika kita tidak beriman. Kita wajib beriman kpd Allah (a.w) dan kepada Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itulah, Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), maka dimasukkan ke dalam syurga (i.e. selamat dari neraka).' [Ayat 13, Surah an-Nisa']. Maka dengan itu sesiapa yg tidak menerima ketetapan as-Sunnah belum dikira beriman. Kerana tidak menerima ketetapan as-Sunnah tidak dikira orang yg mengasihi Rasulallah (s.a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) menyebut seseorang itu belum dikira beriman jika dia (i.e. Rasulallah (s.a.w)) tidak dikasihi melebihi kasih sayang seseorang itu terhadap manusia lain (i.e. mengatasi kasih sayang terhadap kedua ibu bapa dan isteri atau anaknya).
Firman Allah (a.w): '(Jika kamu sekelian lakukan sedemikian itu) Diampunkan (oleh Allah (a.w)) dosa-dosa kamu sekelian dan memasukkan (oleh Allah (a.w)) kamu sekelian ke dalam beberapa syurga yg mengalir di bawah syurga-syurga itu beberapa sungai dan tempat-tempat tinggal yg baik-baik (bagi kamu sekelian) di dalam syurga Adnin (Nota: orang Nesrani sebut Eden); demikian itu (i.e. kejayaan yg sedemikian itu) adalah keuntungan yg amat besar.' [Ayat 12, Surah as-Sof]
Itulah hasil perniagaan yg ingin diberitahu oleh Allah (a.w) pada awal-awal tadi, iaitu Ayat 10, Surah as-Sof itu - itulah perniagaan yg menyelamatkan kita dari siksaan neraka. Kita perlu patuhi tiga preskripsi sahaja sebagaimana yg disebutkan pada Ayat 11 di atas itu.
Firman Allah (a.w): 'Dan selainnya kamu sekelian menyukainya; pertolongan dari Allah (a.w) dan kemenangan adalah dekat; dan (kerana itu) berilah khabar gembira kepada orang-orang yg beriman.' [Ayat 13, Surah as-Sof.]
Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa sekiranya mereka kekal beriman dan diganjarkan dengan syurga Adnin itu, pastilah kita akan menyukai kejayaan mendapatnya kelak, dan dengan itu dalam menjalani kehidupan janganlah kita berputus asa hendaklah kita teruskan usaha sekuat mampu dengan penuh keyakinan diri di dunia dan cekal dengan keimanan kita dan bertawakal kepada Allah (a.w), sudah pasti kita mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Kerana di dalam firman Allah (a.w) yg lain, kita diberitahu bahawa usahakanlah untuk dunia sambil tidak melupakan usaha untuk akhirat, maka kita akan mendapat kedua-duanya sekali.
Ada banyak cabang 'jihad fi sabilillah' itu. Sebahagiannya telahpun kita teliti dalam post yg lalu pada tajuk yg sama. Sebahagian lagi akan kita teliti seterusnya. Apa yg pasti adalah, jihad bukan bererti kita memerangi orang bukan Islam, kecualilah mereka memerangi kita atau menghalang kita dari mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Berdakwah adalah satu bentuk jihad. Kita berdakwah kerana kita ingin mengmarahkan Islam. Kita ingin menyelamatkan manusia dari siksaan neraka jika dia tidak Islam atau jika dia Islam tetapi mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap Allah (a.w). Kita mengilmukan orang Islam tentang Islam yg hak supaya tidaklah mereka rugi beramal dalam kejahilan. Hari ini begitu ramai orang Islam yg sengaja atau tanpa disengajai mengerjakan amalan dan ibadah tanpa panduan yg haq atau secara tklid buta atau secara ikut-ikutan tanpa melihat asas ilmu yg haq. Maka mereka rugi kerana segala amalan dan ibadah mereka sia-sia saja, kerana tidak diterima Allah (a.w). Maka mengilmukan mereka, menasihati mereka adalah satu bentuk jihad juga dalam Islam.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment