Assalamualaikum,
Sauadara, lagi sekali kita bertemu, selepas seminggu. Umur kitapun meningkat tua seminggu lagi. Soalnya: Apakah amalan dan ibadah kita serta ketaqwaan kita sudah meningkat selepas seminggu? Insya Allah. Hari Jum'at itu penting bagi orang iman (maksud: orang yg beriman itu akan mengerjakan segala suruhan dan perintah Allah (a.w) dan RasulNya). Lebih-lebih lagi bagi orang iman lelaki yg diwajibkan ke masjid untuk mengerjakan Solat Jum'at. Apabila bersolat Jum'at maka dikecualikanlah lelaki mensolatkan Solat Zohor. Solat Jum'at itu wajib. Kita tidak sekali-kali dibenarkan meninggalkan Solat Jum'at itu tiga minggu berturut-turut. Jika berlaku, Allah (a.w) akan tutup hati kita maka sukarlah bai kita untuk memperbaiki ketaqwaan dan keimanan kita.
Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita ada tiga golongan orang Islam dalam konteks mengerjakan Solat Jum'at itu, seperti yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Amru (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Orang yang hadhir dalam solat Juma’at itu ada tiga golongan: (pertama) seorang yang berbuat lagha (bercakap atau berbuat sesuatu yang sia-sia), maka itulah baginya (yakni, yang didapatinya); (kedua) seorang yang hadhir lalu berdoa, maka ia seorang yang berdoa (maka) terserahlah pada Allah (a.w) untuk memberi atau menolak permintaannya; dan (ketiga) seorang yang hadhir dan memperhatikan (yakni, memberi tumpuan sepenuhnya kepada) khutbah imam dan tidak melangkahi leher orang Muslim dan tidak mengganggu seseorang (dalam jemaah solat tersebut), maka inilah solat Jum’atnya yang akan jadi penebus dosa hingga Jum’at yang akan datang ditambah tiga hari, sebaba Allah (a.w) berfirman: (Man ja-a bil-hasanati falahu asyru amthaliha’) [Ayat 160, Surah al-Maidah] [Maksud: Sesiapa yang berbuat kebaikan maka ia mendapat ganjaran pahala (yang digandakan) sepuluh kali ganda seumpamanya].’ [Hadith ibni Abi Khatim]
Hadith di atas menyebutkan ada tiga golongan orang yg hadhir di masjid untuk Solat Juma'at, iaitu:
1 Orang yg mensia-siakan kehadhiran di masjid ketika Solat Jum'at (i.e. ketika Imam berkhutbah), iaitu orang yg berbual-bual atau bercerita dengan rakantaulannya tentang perkara dunia dan sebagainya dan tidak duduk diam mendengarkan nasihat Imam;
2. Orang yg hadhir kemudian berzikir, berwirid dan berdoa sesuatu untuk kebaikan dirinya, maka dalam kes ini terpulanglah kpd Allah (a.w) untuk memperkenankan doa dan zikirnya; dan
3. Orang yg hadhir dan memberi sepenuh tumpuan kepada apa yg dikatakan atau dinasihatkan oleh Imam dalam khutbahnya, maka orang yg sedemikian itu mendapat pahala yg maksimum yg menghapuskan dosa-dosanya seminggu yg lepas.
Hadith yg sama juga diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Amir bin Syua’ib hadith dari ayahnya hadith dari Abdullah bin Amru (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiga golongan orang yang hadhir Jum’at, iaitu: (golongan pertama) seorang menghadhiri Jum’at sedangkan dia bercakap-cakap. Cakap-cakap itulah yang didapatinya dari Jum’at itu. (Golongan kedua) Seorang menghadhiri Jum’at sedang dia sebok berdoa (semasa khutbah). Maka dia orang yang berdoa (semasa khutbah) itu, kalau Allah (a.w) suka dikabulkanNya doanya (maka dikabulkanNya) atau (jika tidak hmenghendaki Allah (a.w) memberikannya, maka) ditolaknya. (Golongan ketiga) Dan seorang menghadhiri Jum’at dengan diam dan tenang (yakni, mendengar khutbah), tidak melangkahi orang lain dan tidak mengganggu seseorang (yakni, jemaah makmum), maka Jum’atnya adalah penebus dosanya sampai ke Jum’at berikutnya ditambah tiga hari. Itulah berdasarkan firman Allah (a.w): (Man ja-a bil hasanati falahu ‘asyru amthaliha) [Ayat 160, Surah al-Maidah] [Maksud: Barangsiapa mendatangkan kebaikan maka baginya (digandakan) sepuluh kebaikan seumpamanya].’ [Hadith Abu Daud]
Jelaslah, Islam menasihatkan kita supaya jadilah orang yg tergolong dalam golongan pertama. Dia datang ke masjid dengan penuh persiapan. Dia mandi hadath besar, kemudian memakai pakaian yg bersih dan baru dan memakai sedkit bau-bauan, datang awal ke masjid, menyempurnak dua rakaat solat sunat, berzikir dan berwirid sebelum hutbah, dan kemudian ketika bermula khutbah, dia akan berdiam diri dan mendengar dengan penuh khusyuk dan tawaddu' apa-apa yg dinasihatkan oleh Imam. Mereka itu sebenar-benarnya orang yg berjaya memanfaatkan Solat Jum'at yg dapat megikis dosa-dosanya seminggu yg lalu. Sekiranya dia sedemikian setiap minggu, maka pastilah dia tiada dosa atau, kalau adapun, minima sahaja!
Malangnya, hari ini umat Islam seolah-olah melepaskan batuk ditangga ketika bersolat Jum'at - nak tak nak. Maka jadilah mereka orang golongan pertama atau kedua dalam hadith tersebut. Tambahan pula pihak pentadbir ugama dan jema'ah Islam juga bertanggung jawab menjadikan umat Islam bersifat sedemikian. Kerana? Khutbah adalah peringatan mingguan bagi umat Islam tentang apa yg telah mereka capai seminggu yg lalu dari segi peningkatan eimanan dan ketaqwaan serta pengibadatan. Inilah sepatutnya isi nasihta dalam khutbah. Juga, khutbah hendaklah memperingatkan umat Islam apa yg tidak sepatutnya mereka kerjakan sepanjang minggu yg lepas, supaya tidak mengulanginya minggu akan datang.
Hari ini, khutbah tidak mengandungi mesej sedemikian. Tidak memberi nasihat yg utama kpd umat Islam. Tetapi, telah diselitkan pula dengan peringatan tentang perkara duniawi! Khutbah Jum'at tidak boleh mengandungi peringatan kerana dunia. Hendaklah peringatan kerana akhirat mereka. Peringatan kerana dunia telahpun disampaikan melalui berbagai forum dan media. peringatan tentang kebajikan akhirat, wajib disampaikan setiap minggu dalam khutbah.
Semoga. kita semua faham tentang ugama dan tahu membezakan yg dunia dan yg akhirat.Semoga kita tidak lupa walau apapun dunia kita, kita jangan lupa penyudahnya iaitu akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment