Monday, April 19, 2010

Pemimpin dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita alihkan perbincangan kita kpd tajuk baru, iaitu 'pemimpin' (leaders) atau 'kepimpinan dalam Islam' (Leadership in Islam), dan perkara yg berkaitan seperti tanggungjawab pemimpin, tanggungjawab rakyat (rukyah) dan tajuk-tajuk berkaitan, berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau saudara rajin baca tulisan tentang Islam, saudara boleh kilk Malaysiakini dan lihat tulisan Dr Mohd Asri (bekas Mufti Perlis). Penulis anggapkan bahawa Dr Asri adalah salah seorang mereka yg berilmu yg faham tentang Islam dan syariatnya, walaupun beliau belum benar-benar 100% faham. Tapi, saudara boleh yakini pendapat beliau, kerana pendapatnya bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah dan bukan berpandukan pendapat orang yg dikatakan ulama' atau ilmuwan tetapi tidak menerima sesetengah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Apabila kita meneliti tajuk Pemimpin atau kepimpinan dalam konteks Islam, kita wajib juga sekaligus atau pada masa yg sama fahami konsep 'berjema'ah' dalam Islam. Dan kita juga wajib faham juga konsep 'bai'at' atau ikrar janji taat setia dalam Islam. Tajuk-tajuh atau konsep ini tidaklah kompleks, tapi majoriti umat Islam tidak yakin atau tidak meyakini bahawa antara syariat atau ketetapan Islam itu adalah ketetapan meliputi perkara-peerkara berikut:
1. Berjema'ah dalam Islam;
2. Melantik pemimpin atau perlu wujud kepimpinan dalam Jema'ah Islam; dan
3. Ada perjanjian ketaatan oleh rakyat (i.e. jema'ah) terhadap pemimpinan dan kepimpinan, iaitu bai'at atau ikrar janji taat setia oleh rakyat (i.e. jema'ah) Islam terhadap pemimpin jema'ah.
Ketiga-tiga tajuk ini juga adalah suatu yg mudah disalah fahamkan oleh orang yg tidak islam dan yg Islampun. Islam adalah ugama wahyu: Maksudnya, Islam adalah ugama ciptaan Allah (a.w) sebagai platform bagi hamba-hambaNya (jinn dan manusia) mengabdikan diri mereka kepadaNya. Ugama Allah (a.w) disampaikan kepada orang yg dilantik (i.e. diutus) sebagai nabi atau rasul kpd segolongan umat atau masyarakat, sebelum Islam, dan kpd seluruh manusia setiap zaman, selepas kedatangan Islam. Ugama Allah (a.w) itu, semenjak manusia pertama Adam (a.s) adalah satu. Ugama itu disempurnakan dari masa ke semasa. Ugama yg sama adalah ugama yg dibawakan oleh Nuh (a.s), Ibrahim (a.s), Musa (a.s) dan Isa (a.s).
Asasnya adalah mempercayai bahawa Allah (a.w) itu Tuhan yg Esa, akan ada akhirat dan pembalasan, syurga dan neraka, para malaikat, kitab-kitab Allah (a.w) yg menjadi panduan manusia (spt Suhuf kpd Ibrahim (a.s), Zabur kpd Nabi Daud (a.s), Taurat kpd Musa (a.s) dan Injil kpd Isa (a.s)) dan akhirnya ketetapan Allah (a.w) dalam suhuf-suhuf dan kitab-kitab tersebut disempurnakan dengan turunnya al-Quran dan diutus Rasulallah (s.a.w) (kpd manusia sejagat dan semua zaman). Ketetapan Allah (a.w) itu kekal tentang perlunya jema'ah ummah yg 'Islam' (i.e. 'menyerahdiri kpdNya' itu diketuai oleh seorang pemimpin, bermula dgn rasul dan nabi yg diutus, dan mereka yg kemudiannya dilantik oleh rasul dan nabi pula, untuk mentadbir sesebuah wilayah atau kelompok manusia yg beriman. Selain panduan kitab Allah (a.w), rasul diberikan ilmu yg disebut 'hikmah' atau as-Sunnah (i.e. kebijaksanaan mentafsirkan sesuatu ketetapan Allah (a.w) serta mencontohkan kpd manusia supaya mereka faham ugama Allah (a.w), maka dengan itu pengikut ugama Allah (a.w) wajib berpandukan kitab Allah (a.w) dan Sunnah rasul yg diutus Allah (a.w). Demikianlah, dalam Islam umat Islam yg beriman diwajibkan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, bukan manusia selainnya. Jika mereka berpandukan kpd manusia selainnya maka jadilah mereka pengikut Samiri sebagaimana mkaum Musa (a.s) dulu.
Dalam Islam, sistem itu disempurnakan. Sistem jema'ah, sistem kepimpinan dan sistem ikrar janji setia antara jema'ah dengan kepimpinan serta sistem peraturan dalam jema'ah dan seumpamanya disempurnakan, termasuklah sistem pengabdian kpd Allah (a.w) - bentuk-bentuk pengabdian, kaedah dan cara mengabdikan diri kpdNya.
Asas ketetapan tentang kepimpinan adalah Ayat 59, Surah an-Nisa': ' ya aiyuhallazina amanu ati'ullaha wa-ati'ur-rasula wa-ulil amri minkum; ...' [Maksud: Wahai orang-orang yg beriman, taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasul dan orang-orang yg mempunayi perkara (i.e. kepimpinan Islam); ...]
Asas ketetapan berjema'ah itu adalah perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran yg berbunyi: 'Waktasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu ...) [Maksud: Berpegang tegohlah kamu kepada tali Allah (a.w) (yakni, Islam) secara berjemaah dan jangan berpecah atau berfirqah, ... .] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Asas ketetapan supaya jema'h umat Islam itu berbai'at dengan kepimpinan adalah firman Allah (a.w) dalam Ayat 10, Surah al-Fath yg berbunyi: Innal lazina yubayi’unaka innama yubayi’unallaha @ Yadullaha fauqa aidihim faman nakatha fainnama yankuthu ‘ala nafsihi waman aufa bima ‘ahada ‘alaihullah fasayu’tihi ajran ‘azima) [Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang berbai’at dengan engkau (Muhammad) nescaya apa-apa berbai’at mereka dengan Allah (a.w) @ Tangan Allah (a.w) di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar/merosak (ikrar janji mereka), maka sesungguhnya melanggar/merosak mereka atas diri mereka dan barangsiapa menetapi dengan apa-apa janji atas janji (dalam bai’atnya) maka sesungguhnya menjanjikan Allah (a.w) (bagi mereka) pahala yang besar (yakni, mendapat ganjaran syurga)] [Ayat 10, Surat al-Fath]
Jelaslah, dda tiga ciri utama dalam syriat Islam itu, iaitu: pertama, umat Islam itu adalah umat yg menganuti Islam secara berjema'ah; kedua, umat Islam yg berjema'ah itu ada kepimpinan atau pemimpin; dan ketiga, wujud ikrar janji taat setia antara kepimpinan dengan rakyat atau rukyah (i.e. bai'at) (dan ikrar itu adalah 'Mendengar nasihat kepimpinan, mentaati nasihat kepimpinan sekuat mampu' selagi ketetapan kepimpinan itu tidak maksiat terhadap Allah (a.w)).
Islam itu adalah ugama yg bersifat berjema'ah. Maka dengan itu solat-solat fardu dan beberapa solat-solat sunat pula wajib dijema'ahkan. Solat-solat sunat disolatkan secara persendirian di rumah supaya tidaklah rumah seorang i,man itu sunyi sepi seumpama kubur, sabda Rasulallah (s.a.w). Islam itu adalah juga cara hidup orang iman. Tidak ada dikotomi antara dunia (i.e. kehidupan) dengan ugama, kerana segala sesuatu dalam hidup menentukan akhirat seseorang itu.
Malangnya hari ini umat Islam begitu takut digam atau dicop sebagai terrorists oleh negara-negara barat, sehinggakan umat Islam lupa kewajipan berjema'ah, lupa kpd kepimpinan dalam Islam dan takutkan menggunakan ikrar taat setia ini. Kerana sistem sedemikian berlaku di kalanmgan musuh Barat yg radikal dan yg berniat untuk menghapuskan Islam, kerana Islam yg hak itu adalah perkumpulan yg radikal sebagaimana Jema'ah Islamiah di Indonesia, al-Qaedah, atau Taliban dan sebagainya. Umat Islam sanggup mengketepikan perintah Allah (a.w) kerana takutkan Barat dan kuasa serta kekuatan (ekonomi dan politik) masyarakat bukan Islam di negaranya sendiri!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment