Tuesday, April 13, 2010

Utamanya kalimah 'Insya Allah' Dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita sering bercakap yg kita pasti akan lakukan sesuatu atau berbuat sesuatu yg kita hendak apabila tiba ketikanya kita bercakap atau berjanji, seumpama kita berkata 'Kita hendak hadir kenduri si anu pada hari itu' dan sebagainya. Kita merasai kepastian yg kita akan lakukan. Tapi, belum tentu kita dapat lakukan, atau kita berjaya lakukan sesuatu yg kita ingini, kerana segala-galanya bergantung kpd izin Allah (a.w) jua. Maka dengan itulah kita wajib berkata secara bersyarat iaitu jikalah Allah (a.w) izinkan, maka kita lakukan. Dalam hadith di bawah ini disebutkan akibat bercakap tidak berlapik ini.
Menceritakan kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: 'Telah berkata Sulaiman b Daud (a.s): 'Nescaya aku akan menggilir (kesemua isteriku) pada malam ini dengan 100 isteriku! Dan, akan hamil setiap seorang mereka dengan anak lelaki yg akan berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w)).' Maka berkata malaikat (i.e. Jibrail (a.s) kepada beliau: 'Berkatalah kamu wahai Sulaiman 'Insya Allah'. Maka tidak berkata dia dengan kalimah (insya Allah) dan lupa dia (berkata dengan kalimah tersebut). Maka menggilir dia (i.e. meniduri isteri-isterinya yg seratus orang ini dalam satu malam), dan tidak beranak mereka kecuali seorang yg melahirkan seorang anak lelaki separuh manusia (i.e. cacat sifatnya). Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Seandainya berkata dia (Sulaiman) 'insya Allah' tidak melanggar dia (yakni, tidaklah dia melanggar ketetapan dalam ugama bahawa segala sesuatu itu berlaku atau terjadi dengan kehendak Allah (a.w), kerana Dialah yg berkuasa bukan manusia), maka akan ada padanya lebih mengharapkan kepada hajatnya dikabulkan Allah (a.w).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith ini menceritakan kisah Nabi Sulaiman (a.s) berkata bahawa dia akan meniduri 100 isterinya dalam satu malam kesemuanya dan dia berkata setiap seorang akan mengandungkan anak lelaki yg akan dididik menjadi panglima perang untuk berjihad menegakkan ugama Allah (a.w) - satu niat dan usaha yg amat murni. [Nota: Ada yg mentafsirkan bahawa Nabi Sulaiman (a.s) memiliki hanya 70 orang steri].
Saudara, Nabi Sulaiman (a.s) adalah Superman yg sebenarnya kerana dia memiliki tenaga yg luar biasa, boleh mengadakan hubungan kelamin dalam satu malam terhadap 100 orang perempuan (i.e. isterinya). Dia boleh mengembara dari satu tempat ke satu tempat 'terbang' dibawa angin ke mana sahaja yg dia ingin tujui. Dia boleh bercakap-cakap dengan haiwan. Dialah manusia yg hebat, tiada yg lebih hebat dari dia.
Hadith ini memberikan kita beberapa pedoman dan panduan. Pertama-tamanya, manusia itu hanya boleh merancang dan berharap sesuatu, tetapi sama ada terlaksana rancangannya atau kesampaian hajatnya, semuanya bergantung kepada izin Allah (a.w) jua. Dia tidak ada kuasa membuat penentuan tentang sesuatu. Manusia hanya boleh berharap, sama ada sampai atau tidak harapan atau hasratnya, semuanya Allah (a.w) tetapkan. Maka dngan itu kita bercakap hendaklah berlapik. Sentiasalah berkata 'insya Allah'. Nabi Sulaiman (a.s) seorang nabi dan rasul kesayangan Allah (a.w) yg diberikan mukjizat paling besar yg tidak pernah diberikan kpd mana-mana manusia sebelum dan sesudahnya, kerana tidak menyebut 'insya Allah' dalam suatu urusan duniawipun belum tentu dapat apa yg dihajatnya. Inikan pula kita. Kedua, kalimah 'insya Allah' itu menunjukkan keyakinan kita bahawa Allah (a.w) itu berkuasa atas segala sesuatu, kita manusia hanya boleh berusaha sedaya mungkin dan kemudian berharap dengan bertawakal, mudah-mudahan Allah (a.w) kabulkan hajat atau hasrat kita. Dan, ketiga, dengan menyebut kalimah 'insya Allah' itu Allah (a.w) akan lebih suka kepada hambanya yg sentiasa mengharap pertolonganNya dan akan lebih rida mengkabulkan hajat kita.
Hari ini, ramai orang Islam menyebut kalimah ini. Malah ramai yg malu menyebutnya di depan orang lain yg bukan Islam, kerana takut digam seolah-olah menunjukkan alim dan sebagainya, kerana 'kealiman' itu memberikan konotasi yg tidak disenangi atau diberi nilai positif oleh majoriti manusia, terutama yg bukan Islam. Hari ini ramai orang yg akui dirinya Islam, kurang rela bertindak sebagai orang Islam apabila berdepan dengan sesuatu isu mengenai Islam apabila berdepan dengan orang bukan Islam. Mengalah dia. Memberi muka dia kpd orang bukan Islam, kerana dia bergantung dengan orang-orang sedemikian. Mereka ini lebih rendah semangat Islamnya berbanding dengan orang yg tidak Islam kerana mereka menjatuhkan mertabat Islam. Walhal, Allah (a.w) menyuruh kita supaya agungkan Islam dan jadikan Islam itu mengatasi lain-lain ugama ciptaan manusia. dalam konteks ini mengapakah pemimpin Islam sanggup bermuzakarah tentang Islam dengan pemimpin lain-lain ugama semata-mata kerana mencari jalan supaya penganut lain-lain ugama itu menerima Islam yg telah dimoderasikan dan kita pula menerima cadangan-cadangan mereka menyentuh Islam, seperti penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab ugama mereka. Kita tahu kitab-kitab ugama mereka bukannya kitab yg diwahyukan. Ugama mereka bukan ugama yg diwahyukan. Atau, ugama yg diridhai oleh Allah (a.w). Manakan mungkin kita menjatuhkan mertabat Islam dengan menyamatarafkannya dengan ugama Kristian, Hindu, Kunfusius dan sebagainya? manakan boleh nama 'Allah' dipakai untuk merujuk kpd tuhan mereka walhal tuhan mereka bukan Esa kerana Allah (a.w) itu adalah nama kpd Tuhan yg Esa? Orang Kristian menyembah tuhan yg tiga (Trinity of God). Orang Cina dan India menyembah berhala, iaitu manifestasi tuhan yg mereka cipta sendiri sebagai lambang?
Orang Islam hari ini sudah begitu nipis imannya dan begitu jauh terdampar dalam kejahilan dan sudah mula sanggup mengketepikan printah Allah (a.w) demi keselesaan duniwi mereka. Mereka tidak takutkan hari yg akan menjemput mereka, apabila kematian datang, mereka dicemuh Allah (a.w) sebagai orang yg bukan Islam walaupun Islam, kerana menghina Allah (a.w) dan ugama yg diciptaNya untuk manusia! Wal iyazubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment