Assalamualaikum,
Sudah tiga atau empat minggu, mungkin lebih sebulan, penulis tak nampak coretan atau tulisan Dr Mohd Asri, bekas Mufti Perlis menulis dalam Mingguan Malaysia. Kebetulan pula Mufti Perak, TS Hj Harussani, pula mula menulis dan mengambil alih ruangan tersebut dalam Mingguan Malaysia.
Penulis suka membaca tulisan bekas Mufti Perlis itu kerana beliau adalah seorang intelek dan ilmuwan muda yg tidak terikat oleh fahaman mana-mana golongan atau mazhab. Beliau lebih cenderung atau lebih mirip kpd mereka yg ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana itu penulis rasakan beliau hampir kepada kebenaran dalam konteks Islam dan syariatnya. Kerana panduan ilmu yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Mazhab ikutan yg haq itu adalah 'mazhab as-sunnah' - kalaulah saudara yg membaca blog ini atau sesiapa saja suka kalau penulis gunakan kalimah 'mazhab' itu! Sebenarnya, tiada mazhab dalam Islam. Mana-mana ulama' atau ilmuwan yg menyebut bahawa mazhab wujud dalam Islam adalah seorang pembohong atau pendusta atau penipu besar dalam Islam. Malahan 'mazhab' adalah ciptaan manusia sebagaimana konsep 'bida'ah hasanah' adalah ciptaan manusia yg mengakui mereka lebih faham tentang Islam dari Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin! Oleh itu bagi kita yg belum sempurna ilmu tentang Islam dan syariatnya, janganlah terpengaruh dengan pendapat dan pandangan para ulama' atau ilmuwan golongan tersebut, kerana kalau mereka sesat, kita akan disesatkan oleh mereka. Di akhirat kelak, orang yg mengajar dan orang yg diajar sama saja. Mereka masuk neraka jikalah yg diajarkan itu tidak ada sandaran al-Quran atau as-Sunnah atau tidak dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Janganlah kita menempah neraka, ketika kita masih boleh berfikir dan membuat pertimbangan serta membuat pilihan yg haq. Apa dia pilihan yg haq? Pilihan yg haq itu adalah anutilah Islam dan amalkanlah syariatnya menepati dan tidak berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti selamat. Itulah janji Allah (a.w) dan itulah janji Rasulallah (s.a.w). Ingatlah, janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) adalah janji yg bena,r yg haq!
Semenjak Islam disyariatkan dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui turunnya secara berperingkat al-Quran dan turunnya juga wahyu yg memberikan Rasulallah (s.a.w) panduan yg disebutkan 'al-Hikmah', maka Islam dan syariatnya diwujudkan dan disempurnakan peringkat demi peringkat sebagaimana ugama Allah (a.w) sejak zaman manusia pertama, Adam (a.s), diturunkan ke dunia, telah diisi peringkat demi peringkat supaya para rasul dan para nabi yg diutuskan kepada kelompok-kelompok manusia, membimbing manusia dari zaman hingga ke zaman, untuk menyembah Allah (a.w) dan mengEsakan Allah (a.w), Tuhan sekelian alam - raja di langit dan raja di bumi, dan raja semua zaman. Ugama Allah (a.w) itu disempurnakan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) sebagai Nabi dan Rasul Penamat (Khattaman-nabiyin) dan sebagai Model terbaik manusia (Uswatun hasanah) dan ugama Allah (a.w) itu diberi nama Islam dan diperintahkan atau disyariatkan untuk semua manusia dan semua zaman. Tidak ada mazhab. Tidak ada lagi kelompok. Mungkin dulu Kitab Taurat diturunkan kepada Musa (a.s) sebagai ugama Allah khusus untuk Bani Israil, kemudian Kitab Injil diturunkan dengan terutusnya Isa (a.s) sebagai rasul dan pemimpin masyarakat Nesrani, kemungkinan ada perkumpulan. Tapi, dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan turunnya al-Quran, Islam dan syariatnya satu atau tunggal dan pengikutnya juga tunggal atau satu - tidak ada mazhab atau kelompok. Mazhab dan fahaman kelompok adalah ciptaan manusia yg suka berbangga dengan diri mereka dan kebijaksanaan mereka! walhal, manusia tidak sebijak mana dalam konteks ilmu tentang Islam dan syariatnya, selain apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), dan sebagaimana yg diwarisi oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, para tabi'in dan pengikut-pengikut para tabi'in dan para ulama' yg berpandukan ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini, lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabullah wa-sunnatan nabiyi' [Maksud: Aku (Rasulallah (s.a.w)) tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w)).] [Hadith]
Yg benar atau haq adalah Islam itu satu dan tidak ada kelompok dalam Islam. Tidak ada perkumpulan dalam Islam. Tidak ada puak dalam Islam. Islam adalah race atau ethnic neutral. Islam tidak untuk sesuatu zaman atau masyarakat atau firqah atau perkumpulan atau mazhab. Islam adalah Islam. Orang yg benar Islamnya adalah orang yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tidak siapapun berhak mengubah syariat dan ketetapan Islam, kerana apabila Rasulallah (s.a.w) diwafatkan, Islam sudahpun sempurna (Rujuk Ayat 3, Surah al-Maidah). Keana islam sudah sempurna, maka tiada tambahan kepada syariat Islam - tiada pemansuhan dan tiada juga perubahan. Yg berhaq membuat ketetapan tentang Islam hanyalah dua pihak - Allah (a.w) dan RasulNya. Oleh itu, tiada manusia yg boleh dan dibolehkan membuat fatwa tentang Islam dan syariatnya kecuali dalam perkara kehidupan seharian jema'ah Islam supaya lebih teratur dan berdisiplin, bukan membuat ketetapan tentang hukum mengenai apa jua amalan dan ibadah. Ulil amri atau pemimpin jemaah Islam tidak diberi ruang oleh Allah (a.w) membuat fatwa tentang Islam dan syariatnya, termasuk dimensi terkecil dalam ketetapan syariat Islam. Pemimpin jema'ah Islam, seumpama Imam atau Amir, hanya boleh membuat ijtihad yg menyentuh aspek masyarakat dan hal ehwal masyarakat atau amnya, perkara duniawi, tanpa menyentuh perkara syariat, amalan dan ibadah dalam Islam!
Maka dengan itulah penulis sebutkan bahawa Dr Mohd Asri faham tentang Islam dan syariatnya. Mufti-mufti lain, termasuk Mufti Perak dan Mufti Selangor, mungkin faham tapi kerana sebab-sebab strategik buat-buat tak faham! Kalau mereka faham, maka mereka tidak akan bercakap dalam konteks mazhab. Mereka tidak akan bercakap membenarkan 'bida'ah hasanah', kerana terang-terang Rasulallah (s.a.w) melarang kita berbuat bid'ah, mencipta bid'ah, mengamalkan bid'ah dan menyebarluaskan bid'ah! Maka dengan itu jugalah penulis hanya membaca tulisan orang-orang seumpama Mufti Perak atau Mufti Selangor atau lan-lain pembesar ugama dewasa ini untuk mengikuti peredaran zaman, yakni untuk nak tahu bagaimanakah kedudukan ilmu dan pengamal Islam dewasa ini, berapa jauhkah para ulama' dan ilmuwan Islam menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan merasa sedih begitu bertambahnya bilangan orang Islam yg termasuk dalam (i.e. menjadi ahli kepada) 72 golongan atau puak atau mazhab yg Islam mencari syurga dalam Islam, sesat, sebaliknya mendapat neraka. Itulah ketetapan Rasulallah (s.a.w). Itulah ketetapan Allah (a.w) bukan ketetapan yg penulis cipta sendiri.
Rasulallah (s.a.w) menyebut di akhir zaman nanti (sekarang sudahpun bermula), umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 golongan masuk neraka (i.e. gagal dapat syurga), dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga! Siapa? Golongan mana? Mengapa? Ada para ilmuwan atau ulama' yg memberi nama esoterik kepada golongan yg satu ini! Iaitu 'Firqah Najihin' kata mereka. Mereka tersilap. Yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga itu adalah memiliki dua sifat atau ciri: iaitu,
1. Mereka berpandukan as-Sunnah, iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah kahlifah yg empat selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w); dan
2. Mereka yg anuti Islam secara berjema'ah (bukan anuti Islam secara bermazhab).
Ketetapan ini jelas tapi sengaja diputarbelitkan oleh sesetengah para ulama' dan ilmuwan Islam supaya manusia biasa confuse. Kenapa? Wallahu 'alam! Yg jelasnya mereka perlu belajar semula Islam dan syariatnya secara berguru dari guru yg tau. Mereka wajar belajar dari muka depan sampai muka belakang setiap jilid himpunan hadith dalam Kuttubul Sittah, paling kurang dan fahami isinya. Mungkin, jika begitu, mereka baru faham mengapa Rasulallah (s.a.w) menyebut mereka yg tidak berpandukan as-Sunnah dan tidak Islam secara berjema'ah, adalah termasuk dalam 72 golongan yg akan masuk neraka, walaupun bersusah payah mencari syurga ...
Anihnya, mengapakah ketetapan yg begitu simple menjadi begitu rumit dan songsang?
Mudah-mudahan saudara semua renungkanlah segala sesuatu yg blog ini cuba sampaikan, dan semoga saudara semua faham, dan buatlah pilihan yg bijak. Ingatlah, kita hidup hanya sekali. Hidup kita di dunia ini, bak sabda Rasullah (s.a.w) hanyalah untuk on average 60 hingga 70 tahun saja, dan kehidupan di akhirat itu kekal. Janganlah kita menyesal kelak, menyesal sesudah mati tiada gunanya! Oleh itu berwaspadalah dalam berugama. Tidak ada gunanya kita berugama, apabila kita berpandukan yg batil dan mengerjakan yg batil. Sia-sia ibadah dan amalan kita. Kedudukan kita sama seperti orang yg Islam langsung tidak mengerjakan sebarang amalan wajib .. Sedarlah. Bukalah minda. Bukalah hati supaya kita sama-sama selamat. Insya Allah, Amin.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment