Assalamualaikum,
Alhamdulillah, seminggu lagi telah berlalu, dan umur kita meningkat seminggu lagi, dan usia kita berkurangan seminggu lagi dan, lebih utama, kita menghampiri kubur deka lgi seminggu. Kita wajib bersyukur, kerana Allah (a.w) telah memberikan nikmat hidup seminggu lagi. Kerana, dalam seminggu yg berlalu, sudah berapa ramai rakan taulan dan sahabat handai yg meninggalkan kita.
Dalam post-post yg lalu, kita telah mendapat ilmu keutamaan hari Jum'at itu. Allah (a.w) sukakan kaum bani Israil supaya mereka terima hari jum'at sebagai hari kebesaran mingguan mereka, sejak zaman Nabi Daud (a.s). Tapi, mereka berdegil dan meminta ditukarkan kpd hari Sabtu. Apabila diberikan hari Sabtu, mereka dicuba Allah (a.w), apabila hari itu begitu banyaknya ikan-ikan di air yg menampilkan diri mereka, sehinggakan larangan Allah (a.w) bahawa mereka tidak dibenarkan memancing atau menangkap ikan pada hari Sabtu dan mereka dikehendaki menutamakan amalan dan ibadah yg ditetapkan pada hari Sabtu. namun mereka ingkar. Orang yg berilmu dalam masyarakat mereka (i.e. seumpama ulama' dan ilmuwan kita hari ini) melihat kemungkaran yg dilakukan oleh masyarakat mereka tidak menegur dan mendiamkan diri, dan masyarakat pula tidak mengendahkan larangan Allah (a.w) dan terus melakukannya. Maka mereka dilaknat Allah (a.w) dan disumpah menjadi kera dan lotong (kedua-dua golongan ulama' yg tidak memberi nasihat dan orang awam yg mengengkari ketetapan larangan hari Sabtu itu.
Orang Islam, yakni kita yg Islam dan mereka yg Islam semenjak zaman hayat Rasulallah (s.a.w) menerima pilihan Allah (a.w) bahawa hari Jum'at adalah 'penghulu segala hari' (Saidul-Aiyam). Tapi, kita tidak tinggikan mertabat hari Jum'at itu sebagaimana sepatutnya. Kerajaan tidak menggantikan hari Jum'at sebagai hari kelepasan umum bagi membolehkan umat Islam peluang memaksimumkan pengibadatan mereka terhadap Allah (a.w), terutama membuat sepenuh persiapan untuk mengerjakan Solat Jum'at. Umat Islam di Malaysia juga tidak beri penghormatan kpd hari jum'at dengan menghadirkan diri ke masjid lebih awal, supaya mendapat ganjaran pahala yg semaksimum mungkin. Ramai yg menghabiskan masa dahulu melakukan perbuatan lagha (i.e. sia-sia) sebelum pergi bersolat Jum'at. Ramai yg hadir untuk Solat Jum'at ketika Solat Jum'at sudahpun diqamatkan, tergesa-gesa pula berwudu' dan mengikuti solat. Ramai yg hadir awal untuk mendengar khutbah, tetapi mereka bersembang hal-hal keduniaan, malah ada kalanya, perkara kemaksiatan pula, ketika imam sedang membaca khutbah. Ramai juga orang Islam yg 'tuang' Solat Jum'at, mencari peluang lebih banyak masa terluang itu melakukan pelbagai perkara, termasuk maksiat, dan tidak pula hadir untuk Solat Jum'at.
Ramailah di antara kita yg rugi. Ramailah juga mengutip dosa dan bukannya mengutip pahala sebanyak mungkin hari Jum'at, termasuklah hari ini!
Kita diperingatkan kefadhalan (atau kelebihan dalam konteks pahala kurniaan Allah (a.w)) pada hari Jum'at, antaranya:
1. Bersolat jum'at mengkifarahkan (i.e. menghapus atau mengikis) dosa-dosa yg kita lakukan minggu lepas dan seminggu akan datang;
2. Pahala terbanyak adalah bagi orang yg datang ke masjid dengan sempurna persiapan, iaitu mandi junub, memakai pakaian baru yg bersih, memakai bau-bauan dan duduk berzikir dan berdoa serta wirid sebelum khutbah dibacakan, dan kemudian diam mendengar khutbah;
3. Ada ketika atau waktu pada hari Jum'at yg jika kita berdoa meminta sesuatu kepada Allah (a.w), doa dan permintaan kita diterima atau dikabulkan Allah (a.w) jika kita berdoa kepadaNya, iaitu masa antara dua khutbah apakala imam berhenti bahagian pertama khutbah dan sebelum memulakan bahagian kedua khutbah;
4. Sesiapa yg meninggalkan Solat Jum'at berturut-turut tiga kali (i.e. tiga minggu), maka hatinya akan dipeteri (sealed), maka susahlah dia mendapat petunjuk dan kerahamatan dan melakukan amalan dan ibadah demi akhirat meraka, keras hatinya, dan semakin tanduslah keimanannya;
5. Sesiapa yg mati pada hari Jum'at maka terselamatlah dia dari siksa kubur (Nota: siksa kubur itu amat berat, bagi mereka yg ada ilmu tentang Islam dan syariatnya. Kita adalah calun syurga atau calun neraka bergantung pad amal dan ibadah kita semasa hidup. Kalau ahli neraka, kubur kita adalah satu daripada furnace atau lubang neraka, sentiasa merasa bahangnya sampai kiamat. Jika kita calun syurga, maka roh kita akan berehat dengan nyaman dalam taman syurga, sehingga kiamat).
Demikianlah kefadhalan dan tegahan amalan pada hari Jum'at. Mudah-mudahan, kita sentiasalah dapat menyedarkan diri kita supaya mengingati hari Jum'at, dan memperbanyakkan amalan pada hari Jum'at, bukan setakat membaca Surah as-Sajdah dan Surah al-Munafiqun pada Solat Subuh, bukan membaca Yaasin di khususkan pada malam Jum'at, bukan membuat program tahlil arwah atau solat Haajat pada hari Jum'at. Tapi, sebagai individu kita memperbanyakkan amal dan ibadah secara bersendirian atau lebihnya bersama keluarga.Kita dberitahu bahawa semua makhluk dan benda yg dijadikan Allah (a.w) takutkan tibanya hari Jum'at, kerana kiamat akan berlaku pada hari itu. Apabila tiba goncangan (mega-mega gempa qiamat itu, pintu taubat kita sudah tertutp, i.e. sampai expiry untuk taubat.
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) kekuatan untuk memperbaiki diri demi kebajikan ahirat kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment