Saturday, April 17, 2010

Sifat Allah (a.w) - Surah al-Ghafir

Assalamualaikum,
Sauadara, kita lihat sedikit tafsiran al-Quran, khususnya Ayat 1 hingga 3, Surah al-Ghafir (atau al-Mukmin), untuk memperingatkan diri kita bahawa kita wajib beriman dengan Allah (a.w) walaupun kita tidak dapat melihat Dia.
Firman Allah (a.w): ' Ha mim (1) Diturunkan Kitab (yakni al-Quran) dari Allah (a.w) Zat yg Maha Perkasa dan Maha Mengetahui (2) (Iaitu Zat) Yg mengampuni beberapa dosa dan menerima (i.e. mengkabulkan) taubat, tersangat keras hukumanNya (ie. siksaanNya) dan memiliki kurniaan (untuk hambaNya); tiada tuhan kecuali Dia, dan kepadaNyalah tempat kembali (kesemua makhluk) (3).' [Ayat 1-3 Surah al-Ghafir]
Allah (a.w) memberitahu bahawa Dialah yg menurunkan al-Quran untuk panduan manusia supaya memenuhi pra-syarat bahawa jinn dan manusia itu dijadikan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Allah (a.w) sahaja yg berhak disembah atau dijadikan sembahan. Kerana Allah (a.w) itu memberi kata dua kepada manusia (dan jinn) bahawa jika taat mendapat balasan syurga dan jika ingkar (i.e. kufur atau kafir) disiksa di neraka. [Nota: Di dalam Islam 'kufur' atau 'kafir' itu sama sahaja, kerana orang kafir itu ingkar terima Allah (a.w), terima Rasulallah (s.a.w) dan terima Islam atau terima al-Quran sebagai Kitab Allah (a.w). Orang iman yg kufur iaitu tidak mau terima sebahagian ketetapan al-Quran dan as-Sunnah juga ingkar! Jadi taraf kafir dan kufur itu hanyalah perbezaan 'a matter of degree', tapi tetap setaraf - ie. ingkar! Oleh tu janganlah kita Islam berbangga bahawa kita lebih baik dari orang yg ingkar sepenuhnya, kerana, jika kita faham Islam kita akan tahu bahawa besar kemungkinan kita tidak jauh beza dengan orang kafir dalam konteks keingkaran ini!]
Ayat ke-2 menyebutkan dua sifat mutlak Allah (a.w), iaitu al-Aziz (Maha Perkasa) dan al-'Alim (Maha Mengetahui).
Kemudian dalam Ayat ke-3 pula menyebutkan sifat-sifat Allah (a.w) itu: iaitu, pertama, Allah (a.w) sahaja yg boleh mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya yg berdosa, apabila meminta keampunan mereka. Kedua, Allah (a.w) sahaja yg boleh menerima taubat dari hamba-hambaNya, apabila hamba-hamba bertaubat dari melakukan sebarang dosa. Ketiga, Allah (a.w) amat keras menghukum dan hukumanNya amt keras, iaitu di akhirat kelak sesiapa yg berdosa, dan belum bertaubat terhadap dosa-dosanya, atau dosa-dosanya tidak diampnkan, akan di siksa di neraka. Disebutan dalam sepotong hadith, dosa terkecil sekali oleh manusia akan dibals dengan diletakkan bara api neraka di telapak kaki orang tersebut, dan kerana itu sahaja menggelegak otaknya! Demikianlah hebatnya siksaan neraka itu. Wanita yg tidak bertudung, i.e. mempamirkan rambutnya supaya dilihat oleh orang yg bukan makhramnya, di akhirat kelak akan digantung dari rambutnya yg diikat dengan tali api neraka! Bagaimanakah agaknya azabnya itu, terbakar otak dan kepalanya, kembali semula seperti sediakala, kemudian terbakar balik, kembali sediakala balik, tanpa penamat!! Wal iya zubillah. Keempat, Allah (a.w) juga memberi pelbagai dan berbagai kurniaan kepada hamba-hambaNya yg taat dan mengerjakan amal soleh tanpa had. Malah Allah (a.w) memberikan segala yg telah tertlulis kpd semua manusia, tak kira dia beriman atau kafir ketika di dunia. Allah (a.w) reward hamba-hambaNya yg berbuat baik dengan reward yg amat banyak pula kerana KurniawanNya Dia. Fikirlah seorang yg mengambil sedikit masa mempelajari beberapa ayat al-Quran dan beberapa bab as-Sunnah, diberi ganjaran pahala sebesar dunia dan segala isinya. Orang iman yg menziarahi orang sakit dan kemudian apakala mati yg sakit itu diiringinya jenazahnya ke kubur diberikan pahala oleh Allah (a.w) dua kali besar gunung Uhud! Bukankah banyaknya pahala yg diperolehi. Namun, kalau tidak islam seeorang itu masakan dia yakin dengan pahala sedemikian. Malah yg Islam tapi imannya goncang tidak begitu yakin dgn pahala akhirat. Jika mereka yakin masakan dia menolak gesaan untuk melipatgandakan amal soleh ketika belum mati?
Di akhir ayat ke-3 tersebut Allah (a.w) memperingatkan manusia bahawa tiada tuhan selain Dia, Allah (a.w). Dan, diperingatkan pula bahawa semua yg hidup akan mati dan apabila mati segala urusan mengenai dosa pahala baik buruk ketika di dunia akan dikembalikan kpd pengadilan Allah (a.w). Ketika ditetapkan siapa dapat syurga dan siapa dapat neraka, semuanya ketetapan Allah (a.w).
Justeru itu, jika satu kaum itu tidak Islam dan tidak beriman manakah mungkin dia akui tuhan yg disembahnya Allah (a.w)? Manakah mungkin kalau yg disembah mereka selain Allah (a.w) atau disepadani oleh perantaraan dahulu, iaitu patung dan berhala? Apakah mereka berhak dan layak memanggil tuhan mereka 'Allah'?? Jika mereka bukan Islam dan bukan orang iman, merka tidak berhak gunakan istilah atau bnama 'Allah' sebagai tuhan mereka. Ini wajib difahami oleh semua orang - Islam atau tidak Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment