Assalamualaikum,
Saudara, kebanyakan orang berkata bahawa perempuan itu memang suka bercakap dan bercerita tentang orang lain. Betul ataupun tidak kita tidak pasti. Tapi, itulah lazimnya cakap-cakap orang. Sehinggakan ada yg membuat 'joke': bila ada dua orang perempuan duduk suatu tempat, mereka akan bercakap, sebaliknya kalau dua orang lelaki duduk di sutau tempat, kedua-dua diam tak bercakap, seolah-olah bertafakur atau berfikir!
Yg penting dalam post ini adalah ketetapan as-Sunnah yg membayangkan juga sifat peribadi tersebut, mungkin. Sifat perempuan suka bercakap dan lelaki suka berdiam diri.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abdullah b Mas'ud (r.a) berkata: 'Telah bersabda nabi (s.a.w): Janganlah (kamu) perempuan memerhatikan seorang perempuan yg lain (akan sifat-sifat dirinya), maka menceritakan sifat-sifatnya supaya suaminya seakan-akan melihat sendiri ke atas perempuan (yg diceritakan itu).' [Hadith Bukhari, Kitab Nikah]
Hadith di atas itu adalah menegah atau melarang seorang perempuan memerhati atau melihat sifat-sifat fisikal seorang perempuan lain yg dilihatnya, sama ada dikenalinya atau tidak dikenalai tetapi secara tidak sengaja terlihat olehnya tubuh perempuan tersebut, kemudian ketika bersama dengan suaminya atau berada di rumah dia menceritakan atau memperihalkan segala sesuatu tentang tubuh badan wanita tersebut kepada suaminya, sehinggakan melalui cerita dia itu, si suami seolah-olah melihat sendiri perempuan tersebut.
Ini biasa berlaku. Kerana sesama perempuan aurat mereka boleh dibuka, tidak berdosa. Tapi, aurat wanita haram dilihat oleh atau kelihatan kepada lelaki yg bukan makhramnya. katalah dalam suatu situasi di dalam sebuah bilik ada dua perempuan atau lebih, kesemuanya sedang menukar pakaian atau mendandan diri, maka kelihatanlah kpd yg lain bentuk tubuh badan, termasuklah perhiasan dada masing-masing dan malah alat kelamin masing-masing mungkin terdedah atau didedahkan. Dalam keadaan sedemikian, salah seorang mereka akan tahu segala sesuatu mengenai tubuh badan seorang yg lain. Adalah haram bagi seorang perempuan yg melihat tubuh badan seorang perempuan lain, kemudian ketika bersama dengan suaminya, menceritakan kepada suaminya sifat-sifat tubuh badan wanita tersebut. Demikian juga sesama lelaki. Dilarang atau ditegah seorang lelaki setelah melihat segala sesuatu tentang sifat-sifat fisikal seorang lelaki lain, kemudian ketika bersama dengan isterinya, diceritakannya kpd isterinya sifat-sifat fisikal lelaki tersebut. Perbuatan sedemikian dilarang oleh Islam.
Kenapa? Aurat seseorang adalah rahsia seseorang itu kepada orang yg bukan makhramnya. walaupun tidak dilihat oleh suami/istsri itu sendiri wanita/lelaki yg dilihatnya dan yg diceritakannya secara detail keadaan fisikalnya, tetap menunjukkan aueratnya kepada orang yg tidak sepatutnya melihat auratnya. Tambahan pula, ia akan menimbulkan fitnah dalam hubungan suami isteri, terutama ketika bersama. kemungkinan terjadi yg diceritakan itu wanita yg lebih cantik dan elok dari si isteri sehinggakan ketika melakukan hubungan kelamin si suami membayangkan yg dia menyetubuhi perempuan yg diceritakan atau bercakap sesuatu ygmenjadi tawar hubungan suami isteri. Atau, si perempuan begitu juga. Ketika bersama si isteri akan membayangkan pula lelaki yg diceritakan oleh suaminya. Atau, mendapati sifat suaminya jauh lebh inferior dari lelaki yg diceritakan oleh suaminya tadi. Maka akan tawar pula hubungan suami isteri yg akan menyebabkan rosak rumah tangga yg aman dan damai sekian lama.
Mudah-mudahan kita tidaklah melakukan sedemikian. kalau kita ternampak atau dinampakkan, rahsiakanlah dan janganlah hebahkan kpd sesiapa. Insya Allah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment