Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti pula dua ayat al-Quran lagi yg menyebut tentang 'Jihad' itu. Semoga dengan potongan-potongan firman Allah (a.w) itu, dan dengan potongan-potongan hadith akan datang kita lebih faham apakah dia 'Jihad', dan bagaimana kita boleh memanfaatinya.
Firman Allah (a.w): 'Orang-orang yg beriman dan berpindah mereka dan berjihad mereka fi sabilillah (i.e. pada jalan Allah (a.w)) dengan harta dan diri (i.e. nyawa) mereka lebih besar (i.e. lebih tinggi) darjat; mereka itu di sisi Allah (a.w) itulah orang-orang yg beruntung (i.e. beruntung di akhirat mendapat syurga).' [Ayat 20]. memberikanlah khabar gembira kepada mereka Tuhan mereka (i.e. Allah (a.w)) dengan beberapa kerahmatan dariNya dan beberapa keridaanNya dan beberapa syurga untuk mereka (dan mereka di dalam syurga-syurga itu) beberapa nikmat yg tetap (i.e. kekal).'[Ayat 21, Surah at-Taubah]
Dalam dua ayat di atas itu Allah (a.w) akhirnya memberi kita tahu apakah ganjaran sebenar yg akan dianugerahkan Allah (a.w) kepada orang yg berjihad fi sabilillah itu: iaitu;
1. Darjat yg tinggi di sisi Allah (a.w) (Nota: Orang yg memiliki darjat dalam konteks Islam itu adalah mereka yg mendapat syurga. Tiada darjat di kalangan isi neraka. Syurga itu ada seratus tingkatnya, yg terkeatas adalah kediaman para rasul dan para nabi dan para syuhada (i.e. mati syahid), para muttaqin (i.e. orang yg tinggi ketaqwaannya). Syurga yg paling rendah mertabatnya di diami oleh ahli syurga yg termiskin. Dia memiliki kekayaan 10 kali dunia dan isinya, isteri bidadari 72 orang, setiap seorang dalam sebuah rumah yg mengandungi 70 bilik tidur dengan pelayan menjaga segala serbi keperluannya;
2. Mereka mendapat kerahmatan Allah (a.w) (Nota: Orang yg mendapat kerahmatan Allah (a.w) sahaja yg mendapat syurga. Syurga tidak boleh didapati semata-mata dengan ibadah dan amalan, tetapi dengan memenuhi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' termasuklah Ayat 7, Surah al-Hasyr, i.e. ikuti as-Sunnah);
3. Mereka yg mendapat keridaan Allah (Nota: Orang yg mendapat keridaan Allah (a.w) adalah orang yg mendapat syurga. Dan orang yg Allah (a.w) adalah orang yg memenuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa dan juga Ayat 7, Surah al-Haysr).
Pendeknya, orang yg berjihad itu pastilah dia mendapat kesemua itu - kerahmatan Allah (a.w), keridaan Allah (a.w) dan kerana itu syurga Allah (a.w). Orang yg menolak as-Sunnah, sebenarnya menentang Allah (a.w). Tiadalah jihad bagi mereka.
Tidak ada kejayaan yg lebih utama bagi kita yg Islam dan beriman selain itu! Oleh itu, apabila ada peluang, usahakanlah sekuat mampu berjihad fi sabilillah dengan diri (i.e. nyawa, usaha dan tenaga tulang empat kerat kita membantu mengembangkan syiar Islam dan membantu umat Islam) dan dengan harta (i.e. wang ringgit dan kekayaan kita). Jika begitu, kitalah antara orang yg beruntung di akhirat kelak. Berniaga fi sabilillah adalah perniagaan yg tidak rugi. Melabur fi sabilillah adalah pelaburan yg mengalirkan dividen akhirat yg tak putus-putus sampai kiamat dunia.
Mudah-mudahan kita diberi kesempatan berjihad, insya Allah. Amin
Jazkallahu khairah
No comments:
Post a Comment