Sunday, April 11, 2010

Bani Israil, Israil, Palestin dan Janji Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sering baca, dan malah kadang-kadang kita meluat dan benci nak baca dalam media perkara di atas. Ada yg bertanya: Bilakah nak berakhir? Apakah Allah (a.w) tidak menolong penduduk Palestin? Apakah penduduk Palestin begitu cintakan dunia dan sudah lupakan Allah (a.w), maka dilupakan Allah (a.w)?
Kadang-kadang kita merasai bahawa orang Arab telah kufur kpd Allah (a.w). Mereka cintakan dunia. Mereka melakukan berbagai maksiat dan kejahatan sehinggakan Allah (a.w) menutup hati mereka supaya tidak mahu membantu sesama Islam. Ada benarnya. Lihatlah hari ini orang Arab takda bezanya dengan bangsa atau sukubangsa lain di dunia. Mereka bercakap dan menulis dalam bahasa Arab, dan al-Quran serta as-Sunnah dalam bahasa Arab, tetapi kebanyakan mereka jauh lebih jahil tentang Islam dan syariatnya. Ada orang Arab yg sudahpun serupa dengan bangsa orang putih di barat, yg membezakan mereka hanyalah bahasa. Yg lain itu bercakap Inggersis atau Perancis atau Belanda atau jerman dan seumpamanya walhal orang keturuan Arab cakap Arab. Itu saja. Kalau orang Barat dedah dada dan tunjuk peha dan pusat, mereka juga sama. Takda beza. Saudara boleh tengok Astro filem dan drama Arab. Takda beza dengan filem atau drama Hollywood. Malah, kalau tengok internet pula kita akan dapati orang Arab yg kinonnya Islam bersenggama di outdoor pula (di tepi pantai, di bukit dan gunung dan dipinggir hutan) seumpama filem porno Barat!
Sebenarnya, persengketaan di Timur Tengah, terutama di Palestine, tidak akan berakhir. Ia akan berakhir ketika kiamat dunia. Rujuklah apa yg Allah (a.w) beri kita tahu dalam al-Quran, terutama Ayat 4 -6, Surah al-Isra', berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan Kami (Allah (a.w)) tetapkan terhadap bani Israil (i.e. Yahudi sekarang ini) dalam Kitab (Taurat): 'Kamu pasti akan membuat kerosakan di bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yg amat besar.' [Ayat 4]
Firman Allah (a.w): 'Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) oertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami (Allah (a.w)) datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami (Allah (a.w)) yg perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kamung-kampung kamu. Dan, itulah ketetapan yang pasti akan terlaksana.' [Ayat 5]
Firman Allah (a.w): 'Kemudian kami berikan kepada kamu giliran untuk mengalahkan mereka. Kami (Allah (a.w)) membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami (Allah (a.w)) jadikan kamu kelompok yg lebih besar.' [Ayat 6]
Apakah telah berlaku perkara ini sekarang. Yg belum terjadi hanya siksaan Allah (a.w) yg keduanya itu sahaja. Itu akan berlaku apabila dunia akan kiamat dan Nabi Isa (a.s) akan diturunkan kembali ke dunia, untuk memimpin umat Islam dan menegakkan semula serta mengimarahkan Islam dan syariatnya yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Orang Yahudi telahpun mendapat siksaan pertama zaman Nazi, kemudian dengan pertolongan Allah (a.w) melalui perbuatan kelompok negara bukan Islam Barat, mereka ditempatkan di Israil sekarang - tempat asal mereka zaman Musa (a.s). Itu adalah negara asal mereka setelah mereka di selamatkan oleh Allah (a.w) dengan kepimpinan Musa (a.s) menyeberangi Lautan Mereah, Firaun di tenggelamkan Allah (a.w), mereka menetap di bumi mereka sekarang ini. Pertolongan Allah (a.w) jelas apakala mereka adalah golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang ekonomi, perniagaan, perbankan dan sebagainya. Mereka miskin asalnya, tetapi mengakayakan diri mereka melalui kekayaan orang Arab yg menyimpan dan melabur wang dan kekayaan mereka di pusat-pusat kewangan terbesar dunia di Amerika Syariat (New York) dan negara-negara Eropah. Kemudian mereka menjadi ramai (i.e. 'kelompok-kelompok yg lebih besar') dengan simpati, pertolongan dan faktor-faktor strategik orang bukan Islam dan orang Barat, yg anti Arab dan anti Islam (atas alasan 'terrorsma' dan sebagainya), menolong mereka dan melindungi mereka. Semuanya atas izin Allah (a.w) seperti yg tersebut pada Ayat 6 di atas itu.
Justeru itu, dalam perkara Palestin dan Israil ini, tiada siapa yg dapat mengubah takdir dan ketetapan Allah (a.w). Hanya yg boleh mengubahnya adalah orang Israil sendiri. Kalau mereka ingin selamat, mereka perlu berusaha. Mereka perlu kembali kepada ajaran Kitab Taurat, iaitu kembali beriman kepada Allah (a.w) dengan mengikuti ugama Islam, kerana itulah yg telah ditetapkan dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil, bahawa Islam adalah ugama penutup dan Muhammad (s.a.w) adalah Rasul penutup. Itulah yg diberitahu oleh Musa (a.s) dan Isa (a.s) kepada pengikut=pengikut mereka yg beriman dengan ugama Allah (a.w) zaman-zaman tersebut. Tanpa, berbuat sedemikian, keselamatan serta keselesaan hidup duniawi mereka tetap akan terancam dan diancam. walaupun mereka kaya dan kuat, namu kehidupan mereka tidak selesa lagi selamat.
Atau, Allah (a.w) memberikan kesudahan pada siksaan kedua terhadap mereka itu, sebagaimana dijanjikanNya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment