Monday, April 12, 2010

Sebenar manakah anda Islam?? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, Kita sambung lagi tafsiran ayat berikutnya dalam Surah Luqman. Ramai diantara kita yg tidak faham bahawa kekufuran (atau keingkaran) yg dimaksudkan dalam Ayat 23 itu merangkumi banyak perkara yg fundamental. Sila rujuk kepada post sebelum ini. Kita terus diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 24, Surah Luqman seterusnya:
Firman Allah (a.w): '(Bagi orang-orang yg dirujuk tergolong dalam Ayat 23 itu) Memberi kesenangan Kami (Allah (a.w)) kepada mereka dengan kesenangan yg sedikit (atau sementara atau buat suatu masa yg singkat sahaja atau ketika hidup di dunia sahaja) kemudian Kami (Allah (a.w)) memaksa mereka kepada azab yg amat berat (i.e. neraka).' [Ayat 24, Surah Luqman]
Orang yg ingkar tersebut diberikan keselesaan dalam tempoh yg singkat, tak lebih dari sepanjang hayatnya yg diqadarkan oleh Allah (a.w) sebelum matinya, kemudian mereka akan secara terpaksa atas qudrat perintah Allah (a.w) membawa dirinya ke neraka. Di akhirat kelak, para malaikat yg menjaga akan mengumpulkan mereka untuk dihumbankan ke dalam neraka, sama ada mereka dengan rela atau tanpa kerelaan, kerana ketika itu sesiapa yg berdosa akan didorng atau dihambat ke neraka! Saudara orang yg patuh dalam Islam diberi cahaya dalam kegelapan ratusan jutaan manusia yg berkumpul di padang makhsyar itu, cahaya keimananlah yg akan menunjukkan jalan masuk ke syurga secara otomatis. Yg tidak beriman dalam kegelapan dan akan meraba-raba untuk sampai ke neraka dan masuk ke dalamnya.
Mungkin semasa di dunia golongan kafir tulen,ie.e yg tidak Islam akan mendapat nikmat kehidupan yg amat tinggi mertabatnya. Tapi, hanya sekadar panjang pendek umur mereka. Apabila mati, kesudahan mereka sudah pasti, iaitu jika tidak Islam sudah barang pasti masuk neraka. Kalau Islam, tapi kufur atau ingkar akan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam konteks berjema'ah dan mengikuti ketetapan as-Sunnah, mereka juga akan masuk neraka, kerana Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dalam as-Sunnah bahawa Islam tanpa berjema'ah tidak sah Islamnya. Jika tidak sah Islamnya, maka batallah segala amalan dan ibadah mereka. Juga, apabila tidak berpandukan as-Sunnah dengan sempurna, segala amalan dan ibadah akan berlainan dari apa yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. sebagaimana dicontohkan oleh beliau, maka tidak diterima segala amalan dan ibadahnya. Maka golongan ini sama sahaja sebagaimana orang kafir, masuk neraka dahulu untuk dibersihkan, dan kalaulah ada sebesar zarah keimanan mereka tentang wujudnya Allah (a.w) yg Esa, maka mereka akhirnya kelak diberi peluang masuk syurga! Golongan umat Islam yg mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah pula pastilah beramal dan beribadah tidak menepati ketetapan as-Sunnah, bahawa ilmu untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Jika amalan dan ibadah tidak sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana berpandukan panduan kitab-kitab karangan manusia, maka batallah segala amalan dan ibadah. Akhirnya serupa sahaja. Mereka juga mendapati Kitab Catatan Amalan mereka kosong tanpa sebarang pahala. Yg ada hanya dosa. Kerana dosa sama ada berpandu atau tidak kepada al-Quran dan as-Sunnah tetap dosa. Hanya pahala wujud jika setiap ibadah dan amalan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah!
Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan kita supaya belajar dahulu sebelum membuat apa-apa amalan dan ibadah, dan janganlah buat amalan dan ibadah dalam kejahilan. Inilah firman Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra': '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ... ' [Maksud: janganlah kamu kerjakan sesuatu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya.'] [Ayat 36, Surah al-Isra'] Peringatan ini diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dengan sabdanya: 'Al-ilmu qabla 'amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan.'] [Hadith]
Mudah-mudahan saudara faham apa dituliskan di atas itu. janganlah kita ambil ringan as-Sunnah. janganlah kita utamakan pendapat dan preskripsa manusia dan ketepikan as-Sunnah. Akibatnya diperjelaskan di atas itu. Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment