Assalamualaikum,
Saudara dalam post ini kita ulangi peringatan yg fundamental yg sepatutnya menjadi panduan hidup hakiki kita yg Islam dan beriman. Seseorang itu Islam apbila dia menyebut kalimah syahadah: 'Aku naik saksi bahawa tiada tuhan keculai Allah (a.w), dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu HambaNya dan Rasulallah (s.a.w). Kita Islam dengan lafaz tersebut dan benar-benar Islam bahawa kita yakin dengan apa yg kita lafazkan dan kita kerjakan apa-apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Barulah sempurna Islam kita.
Ramai antara kita yg akui diri Islam tetapi tidakpun mengkotakan apa-apa yg dilafazkan dengan lisan syahadahnya. Ramai juga yg Islam tetapi membatalkan keIslamannya apabila mereka , dalam beribadah dan beramal, mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah. Seseorang itu mengketepikan al-Quran apabila ketetapan al-Quran dalam Ayat 7, Surah al-Haysr ditolak tepi. Ketetapan itu ditolak tepi apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan dan ibadah yg tidak menepati bentuk-bentuk ibdah atau amalan, cara dan kaedah diamal atau diibadahkan. Kerana Allah (a.w) perintahkan orang Islam itu ambil pakai atau contohi apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Dengan lain perkataan kita wajib ikuti as-Sunnah. Jika kita tidak jadikan as-Sunnah panduan beramal dan beribadah maka kita beramal dan beribadah mengikut contoh atau cara yg bukan ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Maka amalan dan ibadah kita sia-sia kerana tidak diterima Allah (a.w).
Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini' [Maksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu (Allah (a.w))].
Firman ini adalah induk kpd segala sesuatu dalam keIslaman dan keimanan serta ketaqwaan kita sebagai manusia yg Islam dan beriman. hanya dua makhluk di dunia ini yg diwajibkan mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dengan mengerjakan segala sesuatu bentuk pengabdian mengikut cara dan kaedah yg ditunjukkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan, mengajarkan serta mendemokan bentuk-bentuk pengabdian serta cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya. Rasulallah (s.a.w) sendiri diajar oleh Allah (a.w) melalui wahyu dan Rasulallah (s.a.w) juga diajarkan oleh Jibrail (a.s) praktikal sesuatu ibadah dan amalan itu. Tanpa tunjuk ajar Allah (a.w) dan tanpa tunjuk ajar Jibrail (a.s) praktikalnya, Rasulallah (s.a.w) tidak akan tahu bagaimana mengabdikan diri menepati kehendak dan ketentauan Allah (a.w). Maka dengan itulah juga kita wajib belajar ilmu s-Sunnah atau al-Hadith kerana tanpa as-Sunnah dan al-Hadith kita akan mengabdikan diri ikut kepandaian dan logik otak dan fikiran kita, walhal kita dalam kejahilan. Dan, tanpa mempelajari secara komprehensif dan sempurna ilmu as-Sunnah, kita akan terkeliru apabila membaca atau mendengar caka-cakap para ulama', kerana kita belum pasti apakah ulama' atau ilmuwan yg menulis buku atau kitab atau yg mengajar kita itu sendiri sudah faqih tentang as-Sunnah dan sudah tamat pengajian as-Sunnah, maka dengan itu mereka bercakap dengan haq?
Untuk mendapat asas ilmu as-Sunnah yg mencukupi untuk memandu kita beramal dan beribadah menetapi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kita wajib faqih dalam Kuttubul Sittah (iaitu enam kitab-kitab hadith yg diakui dunia sebagai panduan tentang as-Sunnah yg utama bagi mempastikan kita mengerjakan segala bentuk ibadah dan amalan serta mengikut tatacara atau cara dan kaedah yg sejajar dengan apa yg dibuat atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan an-Nasa'i, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah). hanya ulama' dan para ilmuwan yg faqih dalam Kuttubul Sittah itu sahaja yg boleh diyakini imu dan ajarannya kerana mereka akan tahu bahawa segala sesuatu yg diajarkan atau dianjurkan adalah menepati as-Sunnah.
Hari ini begitu ramai orang yg dianggap ulama' atau ramai yg diiktiraf oleh manusia sebagai ilmuwan, tetapi mereka bercakap dengan merujuk kpd kitab-kitab atau buku-buku karangan mansuia, tanpa berpandukan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. malah, ketika menyampaikan sesuatu kpd kita mereka merujuk kpd atau menyebut ulama' itu dan ini, jarang sekali mereka berkata bahawa mereka merujuk kpd salah satu kitab Kuttubul Sittah tersebut. Dgn itu juga, apabila mereka bercakap tentang sesuatu perbuatan atau bacaan atau pergerakan menyentuk praktikal sesuatu ibadah atau amalan atau sesuatu prinsip dalam gaya hidup orang iman, mereka tidak memberitahu kita sumber ilmu menegnainya. Ramai yg bercakap tentang konsep 'jumhur ulama' atau 'kesepakatan para ulama'. Tapi, siapakah yg dikatakan ulama' yg diakui sebagai majlis ulama' yg termasuk dalam konsep jumhur atau kesepakatan itu?
Saudara, Islam adalah ugama yg akan menjamin kita mendapat syurga. Dengan syarat, kita mengabdikan diri kpd Allah (a.w) menepati ketetapan dan tuntutan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) yg menetapkan syariat ugama Islam. Rasulallah (s.a.w) yg diutus Allah (a.w) menyampaikannya, mengajarkannya serta mendemokannya bagaimana sewajibnya kita mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Bukan ulama' atau para ilmuwan yg tahu secara sempurna Islam dan syariatnya. Mereka tidaklah authority dalam bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah mengamalkannya atau mengerjakan ibadah yg wajib ataupun yg sunat. Maka dengan itu wajib bagi kita mempastikan apakah sesuatu amalan dan ibadah itu menepati tuntutan Allah (a.w) sebagaimana yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudar, hari ini selepas 1,430 Islam, kita dapati, dengan meneliti panduan as-Sunnah, begitu banyaknya amalan dan ibadah yg sudahpun tercemar. Kita kerjakan amalan dan iabdah yg sudah lari dari ketetapan as-Sunnah atau sangat berbeza dengan apa yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kenapa? Mengapa? Kerana kejahilan kita. Kerana majoriti para ulama' tidak lagi mebgajarkan kita Islam dan syariatnya berpandukan dua ilmu dan panduan yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Akibatnya, kita tersalah, menyimpang dan tersasar. Maka segala amalan dan ibadah kita sia-sia kerana tidak diterima Allah (a.w).
Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa selepas beliau wafat umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, 72 masuk neraka, dan hanya satu golongan berjaya mendapat syurga. Apakala ditanya golongan apakah atau golongan manakah yg berjaya mendapat syurga, Rasulallah (s.a.w) menyebut: 'Ma ana 'alahi wa-ashabi' [Maksud: Apa-apa yg aku (Nabi (s.a.w) beramal dengannya dan apa-apa yg sahabatku beramal dengannya], iaitu sunnahku (Nabi (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan mereka itu anuti Islam secara berjema'ah]. Jelaslah, bahawa golongan yg diterima Allah (a.w) amalan dan ibadahnya, maka dengan itu mereka telah berjaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) apabila mereka beramal dan beribadah sejajar dengan as-Sunnah, yg merangkumi sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalfah yg empat selepas Rasulallah (s.a.w) dan mereka itu berada dalam jema'ah Islam. Mereka itu sajalah yg layak dipanggil 'ahlus sunnah wal-jama'ah', bukan selainnya!
Insya Allah, kita akan huraikan dengan panjang lebar apakah sebenarnya yg dimaksudkan golongan yg beraya itu adalah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' bersandarkan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah sedikit demi sedikit. Bagi saudara yg telah mengikuti blog ini, telahpun tahu sedikit sebanyak siapa dia yg dimaksudkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment