Assalamualaikum,
Saudara, penulis tertarik membaca dua berita pendek tetapi menarik dan boleh menjadi pengajaran kepada kita, hari ini dalam akhbar Berita Harian (23 April 2010).
Banduan Kristian masuk Islam
Pertama, cerita seorang banduan lelaki, katanya bangsa Dusun, yg dikatakan dihukum penjara (sekarang di Penjara Kajang) yg kini berusia 24 tahun, kerana membunuh ketika berumur 14 tahun. Beliau menunggu keampuan dari pihak yg diberikuasa. Banduan ini dilapurkan asalnya berugama Kristian telah memeluk Islam pada 2002 dalam penjara dan semenjak itu mengikuti pengajian luar kampus untuk mendapat ijazah.
Kalaulah benar berita itu, syukurlah kita. Bertambah lagi seorang yg bukan Islam tetapi melalui pilihannya sendiri, memeluk Islam, ugam,a yg selamat bagi beliau dan selamat bagi mereka yg Islam. Apabila seseorang yg tidak Islam itu masuk Islam dia mendapat dua pahala otomatis: iaitu, pertama, dihapuskan segala dosa-dosanya yg dilakukannya sebelum Islam (i.e. ketika dalam jahiliah); dan kedua, segala amal soleh (i.e. kebaikan yg dilakukannya sebelum Islam) kekal di carry forward untuk dikira sebagai sebahagian dari kebajikannya untuk akhiratnya. Sebenarnya, pemuda ini jauh lebih baik dari kita yg dilahirkan Islam. Kerana, apabila dilahirkan Islam kita menanggung segala dosa yg kita lakukan, semenjak umur kita baligh (dewasa dalam konteks Islam). Dosa-dosa tersebut kekal dengan kita dan akan menjadi tiket masuk neraka secara pasti bagi kita, kecualilah kita bertaubat memohon Allah (a.w) ampunkan kita. Kita akan bersih dari dosa-dosa tersebut, jikalah taubat kita diterima Allah (a.w)! Pemuda ini pula mendapat keampunan secara otomatis. Malah dosa membunuh orang yg dibunuhnyapun terhakis dari senarai dosa-dosanya dalam Kitab Catatan Amalannya.
Sama-samalah kita doakan agar pemuda ini benar-benar ikhlas menjadi Islam dan terus memperbaiki dirinya setelah diberi hidayah oleh Allah (a.w). Sesungguhnya Allah (a.w) itu memberi hidayah atau petunjuk serta pertolongan bagi mereka yg secara ikhlas mencari keridaanNya. Dan, semoga dia berjaya menamatkan kursus PJJnya.
Ini adalah pengajaran bagi orang yg bukan Islam, bahawa kenali Islam dan kembalilah kpd ugama yg di ridai Allah (a.w), terhapus dosa-dosa yg lalu. Kerana, jika tidak Islam sudah pasti masuk neraka, walau bagaimana dermawannya seseorang itu (spt seorang dermawan dilapurkan mendermakan kesemua saki baki hartanya demi charity (berita dalam The Sun, hari ini)
Bersahabat dengan musuh Islam
Kedua yg menarik dalah kenyataan di Parlimen oleh Nazri, Menteri di JPM, tentang penglibatan Kerajaan Malaysia mengambil atau menggunakan perkhidmatan APCO sebagai perunding kerajaan (Nota: Dikatakan APCO adalah syarikat Yahudi, dikuasai oleh Yahudi dan ada hubungan akrab dengan Israil). Ini menarik, kerana dikatakan ada hubungan yg rapat antara APCO dengan kerajaan Israil atau orang Yahudi, yg dilaknat Allah (a.w) sampai kiamat dunia. Kalaulah betul dan bayaran yg diheboh-hebohkan di akhbar adalah perbelanjaan RM 77.0 billion(?) atau milion (?) adalah besar. Pakatan Yahudi termasuklah orang-orang Yahudi yg menguasai dunia dalam banyak bidang, sentiasalah mencari peluang untuk menghakis Islam dan menganianya umat Islam. Maka dengan itu adalah suatu kemaksiatan jika kerajaan Islam, pemimpin Islam dan umat Islam bersekongkol dengan orang Yahudi dalam apa jua perkara, walaupun nampak baik. Sememangnya orang Yahudi itu cerdik mengatasi bangsa lain, dalam semua perkara, kerana itu adalah pemberian Allah (a.w) kpd Bani Israil. Sudah pastilah mereka lebih bijak dari lain-lain bangsa! Malangnya, hari ini umat Islam sanggup lakukan apa saja demi kesenangan dunia. Mungkin dengan kepintaran preskripsi APCO Malaysia akan lebih maju dan lebih menyerlah serta boleh menjadi model negara maju di mata dunia. Maksudnya, kita kekal mencari dunia dan mengutamakan dunia, dan mengketepikan Islam dalam banyak perkara. Justeru itu, tidak hairanlah kalau penasihat kerajaan memperakukan kita mengambil sebagai sahabat akrab kaum yg dilaknat Allah (a.w)! Dikhuatiri Allah (a.w) akan menurunkan bala kpd kita kerana melakukan sesuatu yg Allah (a.w) terang-terang benci. Wallahu 'alam. Kerana kita sebagai rakyat biasa tidak akan tahu kedudukan sebenarnya, tak dapatlah kita komen lebih-lebih. Hanya Najib dan rakan-rakannya dalam kerajaan dan para perancang di jabatan-jabatan kerajaan yg tahu mengenainya. Namun, kita sebagai rakyat biasa amat curiga dengan tindak tanduk pemimpin Islam hari ini ... sanggup menggadaikan ugama demi dunia, dan sanggup mengketepikan kebaikian dan masa depan generasi yg akan datang ...
Semoga Malaysia dan kita selamat dan diselamatkan Allah (a.w), di dunia dan di akhirat, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment