Tuesday, April 27, 2010

Tajdid dan Yayasan Sofa dan Islam

Assalamualaikum,
Mungkin saudara sering membaca tulisan orang yg 'berilmu' dalam akhbar tentang sesuatu aspek atau dimensi menyentuh Islam. Penulis tertarik membaca tulisan bertajuk 'Tajdid: Antara Hakikat dan Dakwaan' tulisan (katanya) Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan. Tulisan ini diterbitkan dalam Mega ruangan 'Agama' Utusan Malaysia hari ini 27 April 2010. Katanya, ini adalah sambungan kpd dua tulisan yg disiarkan hari Selasa minggu lalu dan minggu sebelumnya.
Kalau saudara lihat dalam laman webnya Yayasan Sofa adalah sebuah Yayasan yg nampaknya sudah well-established.
Kita ucapkan syabas kpd mereka yg mengusahakan Yayasan Sofa ini kerana orang Melayu khususnya dan orang Islam amnya boleh mendapat manfaat darinya. Tapi, penulis merasa terkilan apabila membaca penutup kpd tulisan Panelnya apabila mereka berkata: 'Kita menasihatkan masyarakat awam agar amat berhati-hati dengan mereka yg mendakwa tajdid di kalangan kita. Perhatikan betul apa isu-isu yg diperjuangkan... Janganlah mudah menerima momokan dan ditakutkan hantu' mazhab, bida'ah, khurafat dan sebagainya', jelas menunjukkan bahawa mereka yg menggerakkan Yayasan Sofa adalah orang yg kuat menyokong tradisi amalan golongan majoriti Islam, iaitu berpegang kpd Mazhab as-Syafie. Maka dengan itu mereka mencemuh dan menidakkan sebarang usaha mana-mana pihak yg ingin mengembalikan Islam dan umatnya ke pangkal jalan, i.e umat Islam wajib kembali menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam hari ini sudah jauh menyimpang dan disimpangkan kerana dipimpin manusia yg melupakan yg haq dalam Islam iaitu panduan al-Quran dan as-Sunnah. Ramai orang Islam menyelidik dan mendalami ugama Islam dan syariatnya dengan meneliti pendapat dan pandangan manusia. Maka, mereka tersasar jauh kerana mereka sepatutnya menyelidik Islam dan syariatnya dengan memahami dahulu al-Quran dan as-Sunnah, kemudian barulah lihat apa manusia kata. Jika begitu mereka akan sentasa terpandu dan tidak menyimpang dan disimpangkan. Yg utama kita beri perhatian adalah al-Quran dan as-Sunnah sahajalah yg haq. Yg selainnya akan menyesatkan orang Islam.
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kpd kita supaya berpegang kpd hanya dua sumber ilmu dan panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yg berpegang teguh kpd kedua-duanya pasti tidak sesat mencari siratul mustaqim atau keridaan dan kerahmatan Allah (a.w), i.e. mendapat syurga. Itu janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w).
Sebagai seorang Islam yg perlu kita beri tumpuan hanyalah menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 13, Surah an-Nisa: 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dimasukkan ke dalam syurga'; dan Ayat 14, Surah an-Nisa': 'Dan, barangsiapa menentang Allah (a.w) dan (menentang) Rasulallah (s.a.w), dan (barangsiapa) melanggar had-had ketetapan (Allah (a.w) dan RasulNya), dimasukkan ke dalam neraka'; dan Ayat 59, Surah an-Nisa': 'Wahai oranag yg beriman taatilah Allah (s.a.w) dan taatilah Rasulallah (s.a.w) dan (taatilah) ulil amri' (dgn syarat ulil amri tidak memerintahkan sesuatu yg maksiat (i.e. sesuatu yg bertentantangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)). Untuk mendapat syurga itu amat mudah. Kita tidak perlu bersusah payah mengamalkan sesuatu yg diajarkan oleh orang lain sama ada dalam bentuk fahaman kemazhaban atau tarekat atau apa juga perkumpulan dan fahaman termasuklah tasawuf dan sebagainya.
Taatkan Allah (a.w) bererti ikuti al-Quran dan taatkan Rasulallah (s.a.w) bererti ikuti as-Sunnah. Allah (a.w) memberi pengakuan pada Ayat 80, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) maka sunguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w)'. Islam itu mudah. yg menjadikan Islam itu sulit apabila manusia cuba menonjolkan diri yg dia lebh bijak dari Rasulallah (s.a.w) tentang Islam dan syariatnya!
Kita menghormati keulamakkan pemikir atau para imam atau para ilmuwan zaman silam - yg disebutkan oleh Panel Yayasan Sofa itu - tetapi dalam kita meneliti pandangan dan buah fikiran mereka, kita perlu berpegang kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apakah yg mereka katakan atau ajarkan atau tunjukkan itu menepati atau tidak atau menyimpang atau berlaianan atau tidak dengan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kerana, segala sesuatu yg tidak dibuat atau diamal atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), jika kita amalkan, tidak diterima Allah (a.w). Ini sabda Rasulallah (s.a.w). Ini firman Allah (a.w). Bukan ketetapan penulis!
Islam dan syariatnya itu simple. Jika kita akur dengan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan kemudian kita juga laksanakan firman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran, kita berada di jalan yg haq untuk mendapat syurga. Setiap orang iman itu hanya hidup mencari keridaan Allah (a.w) supaya dianugerahkan syurga dan dijauhkan dari azab neraka, sebagaimana firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra'. Kita tidak perlu bersusah payah mendalami tulisan para ulama' dan pemikir Islam walau sehebat manapun, kerana jalan yg lurus itu telahpun jelas. Kita telahpun diberitahu bagaimana menjadi orang iman yg segala amalan dan ibadahnya diterima Allah (a.w). Yg perlu kita pelajari as-Sunnah, kerana as-Sunnah adalah hidayah terbaik untuk kita jadikan panduan mendapatkan syurga Allah (a.w).
Oleh itu berwaspadalah apabila saudara ikuti pertubuhan atau organisasi bercorah keugamaan seperti Yayasan Sofa atau membaca tulisan mereka yg menganggap diri mereka berilmu seperti para ulama' dan ilmuwan Islam. Kita akui mungkin mereka berilmu, tetapi kemungkinan besar mereka menliti sesuatu itu dalam krangka atau pemikiran kemazhaban atau perkumpulan, bukan mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment