Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi kuliah tafsir kita iaitu Ayat berikut kpd ayat yg kita bincangkan dalam post sebelum ini, iaitu Surah Luqman. Dalam Ayat 22, Surah Luqman itu kita diberitahu bahawa orang yg benar-benar Islam itu adalah mereka yg menyerahkan jiwa raganya kepada Allah (a.w) dengan sifat kemukhsinan mereka. Sifat mukhsin itu sebenarnya merujuk kepada niat kita sebenarnya dalam berikrar mengenai syahadah kita, i.e. dalam sebenar-benarnya mengabdikan diri kita kepada Allah (a.w). Ramai antara kita yg akui diri kita Islam, tapi benarkah kita betul-betul menyerah jiwa dan raga kita kepada Allah (a.w) dan kita sentiasa berusaha berbuat baik dalam apa keadaan sekalipun? Kerana mengikut ayat tersebut, jika begitu barulah kita benar-benar Islam. Kita lihat sambungan isu ini dalam ayat-ayat berikutnya:
Firman Allah (a.w): 'Dan, barangsiapa yg kufur (i.e. ingkar, yakni tidak mahu memeluk ugama Islam (bagi orang Quraisy zaman Nabi) atau orang Islam tetapi tidak mahu menetapi (atau mengikuti) perintah Allah dan perintah Rasulallah (s.a.w) atau Islam tetapi tidak mahu berpandukan sepenuhnya kepada al-Quran dan as-Sunnah) jangan engkau (Muhammad (s.a.w)) merasa susah kerana kekufuran (i.e. keingkaran) mereka itu; (kerana) kepada Kami (Allah (a.w)) akan kembali mereka dan Kami (Allah (a.w) akan) menceritakan (atau mempamirkan) kepada mereka dengan apa-apa yg mereka amalkan (ketika berada di dunia); sesungguhnya Allah (a.w) adalah Zat yg Maha Mengetahui keadaan hati mereka.' [Ayat 23, Surah Luqman]
Saudara, al-Quran dan as-Sunnah itu bukanlah panduan untuk masyarakat atau manusia zaman Rasulallah (s.a.w) sahaja. Al-Quran dan as-Sunnah itu adalah panduan semua umat dan untuk semua zaman. Setiap ayat Allah (a.w) dalam al-Quran itu walaupun diturunkan kerana menetapkan sesuatu ketetapan atau peraturan bagi umat zaman Nabi, tetapi juga ada ketetapan atau peraturan bagi umat zaman ini dan zaman hadapan.Maka dengan itu janganlah kita tertipu bahawa ketetapan itu tidak terpakai kepada kita!
Apabila kita meneliti ketetapan al-Quran wajiblah kita mengambil ingatan ketetapan - suruhan dan tegahan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg tersembunyi dalam ayat tersebut. Demikianlah al-Quran dan as-Sunnah itu ditafsirkan oleh orang yg belajar secara berguru al-Quran dan as-Sunnah. (Nota: Al-Quran dan as-Sunnah itu tidak boleh dipelajari melalui teks atau melalui orang yg tidak belajar secara berguru, kerana jika betulpun tafsirannya, tetap dikira salah dan jika salah sudah pastilah salah! [Hadith]).
Dalam konteks di atas itu, ada umumnya tiga situasi yg kritikal dahulu dan sekarang: pertama, masyarakat Quraish dan Yahudi zaman Nabi tidak mahu menerima Islam dan mencaci tuduh berbagai terhadap Rasulallah (s.a.w), maka Allah (a.w) menyuruh beliau tak-usah bimbang dan risau dengan refusal atau kedegilan mereka tidak menerima Islam (atau, tidak menerima ketetapan as-Sunnah); kedua, dalam situasi zaman ini, Rasulallah (s.a.w) menyuruh umat Islam supaya jangan amalkan sesuatu yg bersifat bid'ah kerana semua bid'ah itu merupakan kesesatan atau penyimpangan dari Islam dan syariatnya, tapi manusia kekal berdegil dengan keyakinan mereka tentang 'bid'ah hasanah', walhal Nabi menyebut 'setiap' pembaharuan adalah bid'ah, mereka ingkar; dan ketiga, kita telahpun jelaskan bahawa Islam mewajibkan umatnya berjema'ah dan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah secara berjema'ah, tapi umat Islam ingkar terima ketetapan tersebut!
Dalam konteks dimensi ketiga ini, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa umat Islam (Nota: Kita merujuk kepada orang Islam bukan orang yg tidak Islam) akan berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab atau firqah, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu kepada kita daripada 73 golongan itu, 72 golongan akan dicampakkan ke dalam neraka bukan kerana mereka tidak mengerjakan Rukun Islam dan Rukun Iman, malah mereka mungkin paling minimum dosanya kerana kurang melakukan maksiat, tapi tetapm masuk neraka kerana apa? Kerana mereka tidak termasuk dalam satu golongan yg berjaya mendapat syurga! Kerana yg berjaya mendapat syurga itu hanya satu daripada 73 golongan tersebut sahaja. Mereka itu memenuhi dua syarat yg fundamental dalam Islam, iaitu syarat pertama mereka berpandukan kepada as-Sunnah (termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin), dan syarat kedua, mereka berada dalam Islam atau menganuti Islam secara berjema'ah. Orang yg berpandukan as-Sunnah sudah pasti berpandukan al-Quran. Orang yg berpandukan semata-mata as-Sunnah tidak melakukan penyimpangan dalam syariat Islam seumpama berbuat bid'ah atau mengamalkan bid'ah atau menyebarkan ajaran bersifat bid'ah. Orang yg menganuti Islam secara berjema'ah sudah pasti menetapi atau patuh dengan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran, iaitu 'berjema'ah' dalam Islam (Ayat 103, Surah ali-Imran).
Ayat ini mengenai kita yg Islam hari ini! mengapa? Adakah kita patuh dengan ketetapan as-Sunnah tentang ilmu? Rasulallah (s.a.w) menyebut ilmu yg wajib kita jadikan panduan hidup sebagai orang iman adalah al-Quran, as-Sunnah (atau al-Hadith) dan faraid. Bukan kita disuruh baca dan ikuti ketetapan manusia dalam buku-buku karangan mereka! Kecualilah, pengarang itubenar-benar faqih dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini begitu ramai pengarang kitab yg jahil tentang as-Sunnah menulis berbagai panduan ugama. Kitab-kitab tersebut menjadi teks wajib pula, walhal teks wajib dalam Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Lebih parah lagi apakala kitab-kitab tersebut membuat preskripsi yg menyimpang dari atau bercanggah dengan ketetapan as-Sunnah! pengara-pengarang sedemikian itu dijanjikan Allah (a.w) balasan neraka!!
Mudah-mudahan pembaca faham apa yg dijelaskan dalam post ini, insya Allah. Berhati-hatilah, sebelum terlambat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment