Tuesday, April 13, 2010

Bersedia menyambut kepulangan suami!

Assalamualaikum,
Saudara, majoriti suami sekarang ini mencari maisya' untuk menyara keluarga, terpaksa ke sana dan ke mari, membuat kerja-kerja luar yg terkadang memakan masa berhari-hari atau berminggi-minggu atau berbulan-bulan dan ada yg bertahunpun. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w0, beliau berdagang jauh sampai ke wilayah Syam, Iraq, Yemen dan seumpamanya. Begitu jugalah para sahabat beliau. Zaman itu kenderaannya hanyalah ternakan - unta dan kuda. Tiada alat komunikasi secanggih sekarang apakala seseorang itu boleh berhubung dengan mudah dan pantas, seumpama melalui telefon mudahalih (hp) dan menghantar mesej melalui SMS dan MMS dan seumpamanya. Maka, ketika pulang suami, tidak mungkin diketahui oleh isteri. Suami tidak dapat memberitahu isteri dia akan pulang ke rumah dan sampai hari bila dan bulan bila. Seringkali, sampai ke tempat qariah masing-masing di luar jangkaan atau pengetahuan isteri. Tambahan pula zaman itu, tidak ada hiburan. Maka dengan itu yg mengembara dan yg ditinggalkan seringlah merasa kerinduan yg teramat serta 'kehausan' yg teramat terhadap satu sama lain. Dan, ketika bertemu maka yg pertama-tama hendak diuruskan adalah ingin bersama-sama secepat mungkin.
Islam membuat panduan tentang adab dalam kes pertemuan antara suami isteri ini setelah lama berpuisah kerana tgas-tugas luar. Kita yg Islam jikalah kita jadikan panduan, insya Allah rumah tangga lebih ternteram dan lebib aman dan damai dan saling menguntungkan suami isteri dan keluarga.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... dari Jabir (r.a) berkata: 'Adapun aku bersama-sama Rasulallah (s.a.w) di dalam suatu peperangan, maka ketika kembali kami bercepat-cepat atas kenderaan seekor unta yg lembab (i.e. lambat berjalan), maka menyusuli seorang penunggang dari belakangku, maka berpaling aku melihat, maka ketika itu (didapati yg menusuli itu) Rasulallah (s.a.w), yg (kemudian) bersabda: ' Apakah yg membuat engkau tergesa-gesa?' Berkata aku (Jabir): 'Sesungguhnya aku menceritakan seorang yg aku seorang pengantin baru (i.e. baru berkahwin).' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Maka adakah gadis atau janda menikahi engkau?' Berkata aku (Jabir): 'Bahkan, janda!' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Maka apakah tidak mengahwini kamu seorang gadis (i.e. anak dara) nescaya bermain-main engkau dengannya dan bermain-main dia dengan engkau.' Maka ketika nsampai (ke rumah) berbuat aku untuk memasuki rumah, maka bersabda nabi (s.a.w): 'Tunggulah dahulu sehingga masuk waktu malam atau masuk waktu Solat Isya', supaya menyikat perempuan (i.e. isteri kamu) rambutnya dan menyanggul rambutnya (dan dalam hadith lain, supaya memotong perempuan akan bulu ari-arinya (i.e. kemaluannya)'. Dan menceritakan kepadaku ornag yg boleh dipercayai di dalam ini hadith Nabi (s.a.w) menyebut: 'Bersetubuhlah, bersetubuhlah wahai jabir' yakni, supaya isteri mengandung dan mendapatkan zuriat.' [Hadith Bukhari]
Hadith ini memberi panduan apakah yg sewajarnya dilakukan oleh si suami ketika pulang atau kembali dari mengerjakan tugas-luar luar yg memisahkan suami dari isteri lama masanya. Rasulallah (s.a.w) menasihatkan beberapa perkara: Pertama, janganlah tergesa-gesa (dalam hadith lain disebutkan janganlah terus menerpa rumah dan isteri tanpa pengetahuannya terlebih dahulu); kedua, berilah masa untuk si isteri membersih dan menyediakan diri untuk pertemuan tersebut. Antara yg utama dibuat oleh isteri dalam menyediakan diri untuk menyambut kedatangan suami itu adalah menyanggul rambut yg terurai supaya kemas dan memotong bulu kemaluan supaya membersihkan kemaluan. Ketiga, hendaklah dalam pertemuan itu suami isteri bersama dalam hubungan kelamin dengan harapan supaya dikurniakan zuriat yg baik-baik. Keempat, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bagi lelaki yg teruna, elok niukahi peremopuan yg dara, supaya kemesraan berumah tangga terserlah kerana sigadis dan siteruna yg tidak berpenagalaman akan menjadikan hubungan kelamin antara mereka lebih mesra dan saling puas memuaskan. kalau janda, isteri sudah berpengalaman, mungkin kurang seronok pada si perempuan yg berpengalaman manakala suaminya masih 'green horn' lagi dalam perkara hubungan kelamin dan sebaaginya.
Dalam kes ini Jabir (r.a) adalah seorang teruna (i.e. belum kahwin). Dia mengahwini seorang jadan sebagai isterinya, kerana dia inginkan isteri yg berpengalaman menjaga dan mendidik adik-adiknya yg masih kecil yg tiada ibu bapa untuk membentuk mereka. Dia mengharapkan isterinya memainkan peranan tersebut.
Demikianlah panduan Islam melalui as-Sunnah apakah yg wajar dilakukan ketika bersama semula dengan isteri setelah lama terpisah. Mudah-mudahan kita mendapat panduan dai hadith ini. hari ini ramai wanita (dan juga lelaki) Melayu yg sudah berumah tangga atau belum berumah tangga tidak menjaga kebersihan diri mereka, terutama dalam membersihkan bulu kemaluan yang mengikut satu hadith perlu dipotong sekurang-kurangnya sekali dalam 40 hari.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment