Thursday, April 22, 2010

Buku Dr Mohd Asri dan kemandulan orang ugama

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini keluar berita dalam banyak akhbar tempatan mengenai pelancaran buku tulisan Dr Mohd Asri, bekas Mufti Perlis, oleh mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed yg berlangsung kelmarin. Buku bertajuk 'Mengemudi Bahtera Perubahan Minda' adalah merupakan koleksi tulisan beliau dalam akhbar Utusan Malaysia sejak tahun 2007. Mungkin persetujuan Dr. Mahathir melancarkan buku seorang ilmuwan yg kontroversil dalam perkara ilmu mengenai Islam itu akan mencetuskan kontroversi juga kpd Dr. Mahathir. Tapi, Dr Mahathir bukanlah orang yg ingin lari dari kontroversi!
Mungkin saudara sedia maklum, Dr Mohd Asri menulis tentang Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Itu saja sebab utama mengapa penulis suka juga membaca tulisannya. Setakat ini tidak ada tulisannya yg membelakangkan as-Sunnah. Itu penting. Ramai ulama' menulis, tapi mereka masih terkongkong dengan pandangan dan pendapat manusia (i.e. ulama' lain), walhal tiada suatupun yg boleh diketengahkan dalam Islam bersandarkan pendapat dan pandangan! Dr mahathir ketika menjadi PM dulu menumpukan perhatian kpd gerakan pembangunan minda dalam dimensi ekonomi. Kejayaannya memodenkan dan memantapkan sistem ekonomi Malaysia tidak dapat dicabar. Malah beliau telah membina super sturkture ekonmi Malaysia modan. Tapi, dalam bidang ugama beliau tidak nampak terserlah. Namun suatu masa beliau telah membuatkan para ulama' dan ahli ugama tersinggung semasa menjadi PM kerana beliau menegur dengan kesat pandangan dan pendirian mereka.
Dengan melancarkan buku Dr Mohd Asri secara tidak langsung beliau membuat tamparan yg besar kpd ulama' dan ilmuan order lama yg berpaut teguh kpd tradisi pengilmuan yg 'sempit', khususnya, dalam konteks pautan terhadap fahaman kemazhaban. malah, gerakan kearah mengokohkan fundamentalism dalam ugama di Malaysia bukanlah dicetuskan oleh orang seumpama Dr Asri, tapi oleh ulama' dan ilmuwan perdana yg tidak dapat mengekang fahaman dan fikiran mereka yg majoriti sekarang ini. Silap tafsiran memang berleluasa di kalangan pengamal ugama arus perdana. Salah preskripsi dan strategi mengatasi permasalahan sosial sekarang ini amat berleluasa di kalangan pentadbir, pengurus dan pihak berkuasa ugama seumpama majlis ugama dan jabatan ugama di negeri-negeri. Contoh: apakah mungkin maksiat dapat dihapuskan melalui serbutan dan serkapan mereka yg berhalwat? Apakah seks bebas dan kes buang anak dikalangan anak muda boleh dihapuskan dengan mengajar mereka 'sex education'? 'Sex education' adalah menghalalkan persetubuhan di luar nikah, dan mencegah kehamilan semata-mata. Islam melarang persetubuhan itu. Malah 'sex education' akan membolehkan anak-anak muda lebih kerap serta merasa lebih selamat melakukan seks rambang dan seks berkumpulan dengan merasa lebih selesa kerana mereka tahu bagaimana hendak mengelakkan diri dari berlaku kehamilan di kalangan pasangan perempuan! Inilah yg berlaku apakala kondom dibenarkan dijual dikaunter-kaunter farmasi dan supermarket!
Penulis bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa apa yg diperlukan adalah pendidikan ugama supaya lebih ramai anak muda beriman dan bertaqwa dan mereka takutkan azab di akhirat yg akan menjadi benteng akhlak mereka, bukan mengajarkan pendidikan seks di sekolah atau dimana-mana atau menyerkap mereka di hotel murahan atau di tengah-tengah padang di tempat-tempat sunyi dan terselindung dari penglihatan orang. Penulis ucapkan syabas kpd Dr Mahathir kerana, walaupun mungkin beliau tidaklah begitu faqih dalam Islam dan syariatnya, tetapi beliau faham dengan logik dan akibat seseutu tindaktanduk kita dalam mengatasi sesuatu permasalahan.
Yg paling utama dan amat mendesak adalah supaya semua ulama' dan ilmuwan, terutama yg mentadbirkan jema'ah umat Islam seperti majlis-majlis dan jabatan-jabatan ugama Islam merangkan program pengilmuan yg mantap dan berkesan mengilmukan umat Islam terutama muda mudia supaya mereka lebih terpandu tentang Islam dan lebih peka dan faham serta lebih menggeruni azab yg akan mereka terima apabila mati mereka kelak. Ini sepatutnya menjadi tugas utama mereka. Bukan, mengerahkan penjawat-penjawat ugama menjadi perisik mencari salah silap anak muda di hotel atau dijalanan.
Eloklah kita seru orang ugama yg digaji kerajaan - di dalam kerajaan dan di dalam IPTA, membuat perubahan minda dan menumpukan tugas-tugas kpd sesuatu yg lebih haq dan bermanfaat dari apa yg mereka lakukan sekarang ini. Benarkahlah sesiapa yg berilmu menyampaikan ilmu mereka. Yg perlu, kalaupun wajar, dipantau sahaja apakah yg diajarkan. kalau yg diajarkan adalah selari dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sejajar dengan ketetapan serta perlakuan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), itu baik bagi kita semua. Kerana, hari ini begitu ramai umat Islam yg terpesong kerana tidak memahami secara sempurna al-Quran dan lebih-lebih lagi jahil tentang as-Sunnah. Mensyaratkan 'taulih' sebenarnya kita membendung ketetapan dan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bahawa ilmu tentang Islam itu, walaupun hanya sepotong ayat, wajib disampaikan dan tidak boleh dirahsikan dari pengetahuan manusia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment