Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi perbincangan kita tentang tajuk di atas, kerana jihad itu penting dalam Islam kerana 'jihad' bukanlah semata-mata untuk berperang, kerana ada banyak dimensi jihad yg penting kita beri tumpuan sebagai seorang Islam yg beriman.
Firman Allah (a.w): 'Berangkatlah kamu baik ketika kamu dalam keselesaan ataupun dalam keadaan keberatan kamu, dan berjihadlah kamu sekelian dengan harta kamu dan (berjihadlah ) dengan diri kamu sekelian untuk 'fi sabilillah' (i.e. di dalam jalan Allah (a.w)) demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekelian jikalah ad kamu mengetahui.' [Ayat 41, Surah at-Taubah]
Allah (a.w) menyuruh kita yg Islam dan beriman itu supaya berjihad demi membela ugama Allah (a.w) dan umat Islam yg memerlukan pertolongan, dalam apa keadaan sekalipun kita sekarang ini - ketika dalam kesusahan atau kesibukan, yakni sempit masa untuk berjihad, atau dalam keadaan kita selesa, bersenang-senang, dalam keamanan dan memiliki banyak masa terluang -kerana itulah tindakan terbaik bagi kita kalaulah kita faham tentang Islam dan iman. Kita mungkin Islam tapi kurang mantap iman kita. Kita mungkin Islam tapi kita kurang yakin engan akhirat. Kita mungkin Islam tapi kita kikir dan kedekut atau kita sentiasa fikirkan manusia lain yg memohon perrtolongan kita seumpama lintah dan pacat yg ingin menghisap darah kita, tanpa berterima kasih kepada kita. Kita mungkin Islam tetapi kita kufur nikmat, maka kita bahil. Kita mencari kekayaan dan kemewahan untuk menyenangkan diri kita dan anak cucu keturunan kita. Dan, berbagai-bagai lagi.
Yg pastinya, ramai orang Islam yg boleh, malah sewajarnya, berjihad tetapi jahil tentang manfaatnya! Maka dengan itulah Allah (a.w) menyebutkan lebih baik berjihad jika kita tahu apakah ganjarannya.
Zaman Rasulallah (s.a.w) ketika berjihad bermaksud berperang dengan musuh Islam, ramai yg gugur mati syahid. Orang yg mati syahid itu kini dalam 'retirement' menunggu akhirat sahaja, tanpa merasa susah seolah-olah direhatkan dan ditidurkan dalam taman-taman syurga. Kita yg mati, belum tentu dapat taman syurga ketika dalam alam barzah. Kita mungkin disiksa dalam kubur. Zaman ini, kita berjihad untuk mengimarahkan Islam dan memudahkan umat Islam beriman dengan usaha kita dan dengan harta kita. Jikalah kita lakukan sedemikian itu, Allah (a.w) janjikan kebaikan bagi kita di dunia dan di akhirat, kerana ganjaran pahala yg kita perolehi kerananya. Malah, dalam hadith isebutkan sesiapa yg keluar rumahnya untuk mempelajari ilmu yg haq (i.e. al-Quran dan as-Sunnah), ditakdirkan mati dalam perjelanan, mereka dikira mati seumpama mati syahid! Alangkah baiknya? Itulah yg terbaik. Maka sesiapa yg keluar rumah untuk berjihad dalam pelbagai cara dan dimensi, yg akan kita huraikan kemudian kelak dalam blog, ini dijanjikan Allah (a.w) kebaikan yg tidak tara dengan kesusahan atau kesulitan yg kita hadapi!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment