Tuesday, April 6, 2010

Puasa Sunat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita telah teliti dua jenis puasa sunat dalam syariat Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Sekarang kita teliti satu lagi puasa sunat, iaitu Puasa Arafah (pada 10 Zulhijjah).

Puasa Sunat Arafah

Puasa ini dikerjakan pada 10 haribulan Zulhijjah iaitu ketika mereka yg menunaikan ibadah haji mula Wukuf di Arafah. Orang yg mengerjakan haji tidak membuatnya. Mereka yg tidak mengerjakan ibadah Haji disunatkan mengerjakannya, iaitu sehari pada 10 Zulhijjah. Mengerjakannya kita mendapat pahala yg amat besar seperti disebutkan dalam hadith berikut:
‘Hari kesepuluh’ itu merujuk kepada 10 Zulhijjah, iaitu hari jema’ah haji di Mekah Wukuf. Ada yang mentakrifkan amalan yang dimaksudkan itu adalah bagi mereka yang mengerjakan Puasa Arafah itu. Harus diingat, Pusa Arafah itu hanyalah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Sememangnya Pusa Arafah itu besar pahalanya, tetapi yang dimaksudkan ‘Hari kesepuluh’ dalam hadith di atas itu adalah ibadah menyembelih Qurban pada 10 Zulhijjah yang amat besar pahalanya dalam Islam. Sesiapa yang menyembelih qurban pada hari itu mendapat ganjaran pahala lebih dari berjihad dalam fi sabilillah, kecuali dia berjihad kemudian habis hartanya dan mati dia, tidak kembali ke kampung halamannya. Ganjaran pahala orang yang menyembelih qurban itu hanya dilebihi atau di atasi (i.e. dikalahkan) oleh pahala yang diperolehi oleh seseorang yang berjihad kemudian habis hartanya dan mati dia dalam jihad tersebut. Inilah maksud sebenar hadith di atas. Adapun pahala Puasa Arafah itu adalah sebagaimana hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah Ibni Ma’badin az-Zamani, daripada Abi Qatadah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Adapun puasa hari Arafah sesungguhnya aku mencari di sisi Allah (a.w) apabila melebur Allah (a.w) (dosa-dosa) setahun yang sebelumnya dan setahun yang sesudahnya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum].
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) katanya bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa hari arafah sesungguhnya aku atas Allah (a.w) bahawa mengkifaratkan (yakni, melebur atau menghapuskan dosa-dosa) (antara) tahun yang dahulunya (sampai) pada tahun yang kemudiannya.’ [Hadith hasan at-Temidzi].
Dua hadith di atas menjelaskan bahawa puasa sunat Arafah itu menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya, yakni dua tahun. Begitulah besarnya fadhilat berpuasa pada hari Arafah itu, yakni pada 10 Zulhijjah.
Diperjelaskan pahala Puasa (sunat) Arafah itu iaitu menghapuskan dosa-dosa yg kita lakukan setahun sebelum dan setahun selepasnya, yakni segala dosa kita dua tahun diampunkan Allah (a.w). Dengan syarat kita puasa dengan penuh keikhlasan demi mencari keridaan dan kerahmatan Allah (a.w) dan demi menysukuri segala nikmat yg diberikan Allah (a.w) kepada kita selama ini. Pahala segala amalan bergantung kepada keikhlasan. Maksudnya, sebagaimana yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra': ' ... wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna azabahu ...' [Maksud: Kerana mencari keridaan Allah (a.w) dan takutkan azab Allah (a.w)...] [Ayat 57, Surah al-Isra']
Semoga kita suka supaya dosa-dosa kita dihapuskan kerana hanya mengerjakan sedikit amalan yg tidak mmembertakan, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment