Assalamualaikum,
saudara kita teruskan perbincangan kita mengapa kita wajib Islam atau terima Islam sebagai ugama kita. Kita teliti ketetapan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Innad-dina ‘indallahil-Islam.' [Maksud: Sesungguhnya ugama di sisi Allah (a.w) (yakni, ugama yang diredhai atau diterima Allah (a.w) itu) adalah Islam.][Ayat 19, Surah ali-Imran]
Allah (a.w) berfirman bahawa ugama yg diridai olehNya hanyalah islam. Jika Allah (a.w) tidak ridha bererti Allah (a.w) tidak mau terima. Kalau Allah (a.w) tidak mahu terima ugama selain ugama Islam, apa akan terjadi kpd kita atau umumnya manusia? Kita diberitahu bahawa Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia itu semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Dia (Allah (a.w)). mengabdikan diri bermaksud ikuti perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita ikuti maka kita mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w). kalau kita tidak mau Islam, maka akibatnya adalah seperti berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wamai yabtaghi ghairal-Islami dinan falai-yukbala minhu wa-hua fil akhirati minal khosirina.' [Maksud: Dan barangsiapa berkehendakkan ugama selain ugama Islam sebagai ugama mereka, maka tidak sekali-kali diterima daripada mereka (segala bentuk pengabdian mereka), dan dia di akhirat kelak daripada orang-orang yang kerugian yang besar (yakni, masuk neraka)] [Ayat 85, Surah ali-Imran]
Dengan jelas Allah (a.w) memberitahu kita bahawa jika kita pilih ugama selain Islam sebagai ugama anutan kita, segala bentuk pengabdian kita, segala amalan baik tidak ada ertinya dan tidak sekali-kali mendapat pahala atau balasan kebaikan sedikitpun. Dan, kerana itu kita pasti tidak dapat syurga dan justeru itu pastilah kita disiksa dalam neraka. Neraka adalah balasan bagi manusia dan jinn yg tidak mahu terima ugama Islam sebagai ugama anutan mereka. Mungkin ada manusia yg tidak yakin bahawa ada kehidupan selain kehidupan di dunia. Maka dengan itu mereka tidak percaya bahawa di akhirat kelak mereka akan dibangkitkan semula untuk menerima balasan. Pada mereka mereka akan mati bila sampa ajal mereka, dan kemudian tiada kehidupan lagi. hanya, mereka yg membuat amaan yg baik semasa hidupnya, akan dijelmakan setelah mati mereka dalam bentuk reincarnation yg baik. Orang-orang yg sedemikian itu hanya meyakini bahawa hidup ini sekali saja! Orang islam yakin bahawa kehidupan dunia ini hanyalah persediaan untuk kehidupan yg jauh lebih lama dan lebih kekal. Maka dengan itu mereka wajib menyiapkan bekalan dan menyediaklan diri untuk menjalani kehidupan yg jauh lebih lama dan yg tiada dibatasi dengan waktu pula.
Manusia yg selamat hanyalah mereka yg Islam. kaum Bani Israil zaman Musa (a.s) yg menerima serta mengikuti ugama Musa (a.s) dengan berpandukan Kitab Taurat, akan mendapat syurga. Tapi, setelah wafat Muda )a.s) mereka kembali kufur menjadi kafir. Demikian juga orang Nesrani yang menerima ugama Isa (a.s) berpandukan Kitab Injil, maka mereka juga mendapat syurga. Tapi, apabila Isa (a.s) diangkat ke langit oleh Allah (a.w) mereka kembali kufur dan kafir. Maka mereka akan masuk neraka.
Orang-orang Bani Israil dan orang-orang yg menganuti ugama Musa (a.s) dan ugama Isa (a.s), jika berkesempatan hidup ketika al-Quran diturunkan dan Rasulallah (s.a.w) diutuskan, dan mereka masuk Islam, dan mengikuti syariat Islam, mereka juga mendapat syurga. Kerana di dalam Kitab Taurat dan di dalam Kitab Injil mereka telahpun diberitahu bahawa Islam adalah ugama penutup dan Rasulallah (s.a.w) adalah Nabi penutup utusan Allah (a.w). Mereka diwajibkan berpindah kepada Islam dan mengikuti al-Quran yg telah menggantikan syariat ugama Allah (a.w) di dalam Taurat dan Injil dengan ugama Islam mengikut panduan baru, al-Quran.
iniah hakikatnya yg wajib kita yg Islam fahami. Kerana, khabarnya, ada orang Islam yg murtad kerna menerima ugama Kristian yg kononnya dapat menjamin syurga kerana segala dosa yg mereka lakukan telahpun ditebus oleh Jesus! (Nota: Jesus bukanlah Isa (a.s). Jesus adalah rekaan orang Kristian semata-mata. Kerana tidak ada nas dan dalil dari Kitab Allah (a.w) bahawa Isa (a.s) adalah Jesus!).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment