Monday, May 3, 2010

Mengapa kita wajib Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah sebutkan dua perkara utama yg wajib manusia, terutama orang islam, fahami; iaitu;
1. Ugama yg diterima oleh Allah (a.w), Tuhan seluruh alam, itu hanyalah ugama Islam; dan
2. Sesiapa yg anuti ugama selain Islam segala kebaikan yg dilakukannya semasa hidupnya
tidak mendapat sebarang ganjaran pahala atau kebaikan baginya.
maka dengan itu, sesiapa yg percaya bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah penamat sebenarnya, bahawa ada kehidupan selepas kematian, maka wajiblah mereka fahami dua ketetapan di atas dan ambil peringatan.
Bagi orang Islam, mereka yakin bahawa wujud suatu continuum bahawa kehidupan di dunmia ini adalah permulaan kpd satu kesinambungan kewujudan manusia, bermula dari tiada, kemudian melalui proses persetubuhan antara ibu dan bapanya, kemudian proses pensenyawaan antara sperma (bapanya) dan ovum (ibunya) maka bermula proses kewujudan seorang manusia itu. Tiada nyawa dan tiada roh sehinggalah pensenyawaan itu cukup edah 120 hari (atau 4 bulan), barulah ditiupkan roh. Pada usia 120 hari itu sudah wujud bentuk janin manusia. Apabila ditiupkan roh Allah (a.w) mengambil perjanjian dari janin itu, seperti disebutkan dalam Ayat 172, Surah al-A'raf. Allah (a.w) bertanya kpd setiap kita ketika itu: 'Apakah tidak Aku (Allah (a.w) Tuhan kamu?', dan kita (i.e. roh kita) menjawab: 'Ya! Aku naik saksi bahawa Engkau (Allah (a.w) adalah Tuhanku'. Inilah 'Perjanjian Roh' antara kita dengan Allah (a.w).
Kemudian, apabila lahir kita, mungkin kita lahir dalam keluarga Islam atau keluarga bukan Islam. Kita disuruh mencari ilmu supaya kita dapat semula menyempurnakan janji kita dahulu itu. Kalau kita ingkar, maka kita meganianya diri kita sendiri apabila kita mati. Dan, kematian itu bukanah penamat sejarah kewujudan kita. Mati adalah permulaan kpd segala-galanya. Kita melangkah ke alam baru, bermula di dalam alam barzah yg tidak kita tahu berapa lama! Kalau kita tiada dosa, di kubur kita ditidurkan, seumpama berehat menunggu akhirat. Kalau kita berdosa di kubur kita disiksa. Alam barzah tamat apakala sangkakala ditiupkan kali pertama pada hari Jum'at. Semua yg hidup akan dimatikan.
Apabila sangkakala kedua ditiupkan, kita dibangunkan semula untuk hadir di perhimpunan agung terbesar dalam sejarah manusia, iaitu perhimpunan di Padang Makhsyar. Di sana, semua manusia semenjak zaman Adam (a.s) sehingga manusia terakhir ketika dikiamatkan dunia, akan hadir. Orang yang kafir, i.e. tidak mengikuti ugama yg dibawakan oleh para nabi dan rasul serta berpandu dengan kitab yg diturunkan Allah (a.w), dikira musyrik, maka segera dicampakkan ke dalam neraka. Yg Islam akan menerima Kitab Catatan Amalan. Setiap seorang memiliki sejumlah 99 buah semuanya, setiap halamannya (i.e. mukasurat) sepanjang sejauh mana memandang. Kita berhimpun dalam keadaan bogel tanpa pakaian untuk ditimbang dosa dan pahala.
Perhimpunan agung terbesar ini adalah selama 50 tahun mengikut jangka waktu akhirat, iaitu setiap sehari di akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia! Fikirkanlah, sehari di padang makhsyarpun lebih dari 10 kali ganda hayat kita. Yg berdosa disiksa pula ketika sedang berhimpun. Yg tiada dosa selesa. Ketika itu dengan kuasa Allah (a.w) matahari dihampirkan atas kepala manusia, manakala bumi dijadikan hamparan dari tembaga. Fikirkanlah, betapa azabnya semasa berhimpun itu. Panas yg teramat dari panahan cahaya matahari serta dari bahang tembaga yg dipanaskan pula. Yg tiada dosa tetap merasa dingin dan enak, manakala yg berdosa akan merasai hebatnya deraan padang makhsyar.
Disebutkan bahawa orang-orang yg mengikuti ugama Allah (a.w) dan sunnah yg dibawakan oleh rasul dan nabi yg dahulu, selamat. Yg menentang rasul dan nabi tersiksa di padang makhsyar. Di Padang makhsyar itu ada telaga yg dinamakan Telaga al-Kauthar yg dikurniakan Allah (a.w) pd Rasulallah (s.a.w) untuk kesenangan umatnya. Orang yg beriman dan mengerjakan syariat ugama Allah (a.w) di bawah para rasul dan nabi sebelum Islam tidak dapat kemudahan Telaga al-Kauthar, termasuklah orang yg mengikuti ugama Musa (a,.s) dan Kitab Taurat, pengikut Isa (a.s) dengan Kitab Injil, pengikut Nabi daud (a.s) dengan Kitab Zabur sebelum itu. Tidak semua yg Islam selepas Rasulallah (s.a.w) diutuskan diberi kemudahan minum air al-Kauthar. Kerana yg diakui oleh Allah (a.w) umat Muhammad (s.a.w) hanyalah orang Islam yg mengikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah sahaja - dalam mengabdikan diri mereka (i.e. beramal dan beribadah serta memperhambakan diri kepada Allah (a.w) sahaja menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) yg diakui sah dan diiktiraf oleh para malaikat sebagai umat Muhammad (s.a.w). Mereka berhak mendapat pertolongan kerana dibenarkan minum air Telaga al-Kauthar. Sesiapa yg minum airnya tidak akan haus selama-lamanya, i.e. sehingga tamat tempoh perhimpunan agung itu.
Kemudian, manusia akan diadili mengikut neraca Allah (a.w). Orang yg kafir, i.e. tidak menerima Islam dan tidak mengakui dan menerima Muhammad (s.a.w) sebagai Rasulallah, awal-awal lagi dihalau oleh malaikat masuk neraka terus. Orang iman yg tiada dosa dimasukkan ke dalam syurga mengikut tahap keimanan serta ketaqwaan mereka semasa hidup di dunia. Syurga itu ada 100 tingkatan. Yg terkeatas adalah syurga firdaus - di huni oleh para rasul dan nabi dan mereka yg mati syahid. Orang yg mengakui Islam, tetapi fasiq i.e. melanggar ketetapan Allah (a.w) dan Rasul, termasuklah yg tidak mengerjakan apa-apa amalan, terutama solat, dimasukkan ke dalam neraka untuk disucikan. Orang yg tiada dosa atau dosanya dibersihkan Allah (a.w) kerana taubatnya diterima, akan masuk syurga. Daripada 1,000 orang yg mengakui dirinya Islam, i.e. yg ikuti syariat ugama Allah (a.w) dan kitab-kitab panduan masing-masing dari zaman Adam (a.s) sampailah ke zaman Islam di bawah syariat Rasulallah (s.a.w), hanya 1 atau seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga!
Adakah kita tergolong di antara yg satu itu? Kita diberitahu bahawa selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w), umat Islam berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, 72 golongan atau mazhab dicampakkan ke dalam neraka, dan hanya satu golongan sahaja yg mendapat syurga. Mereka itu adalah menepati sabda Rasulallah (s.a.w) 'ma ana 'alahi wa-ashabi' (maksud: Mereka mengikuti apa yg aku (Nabi (s.a.w) kerjakan dan para sahabat aku kerjakan), yakni dalam hadith mereka yg menepati dua criteria: pertama, mereka Islam i.e. mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dan menjalani kehidupan dunia berpandukan as-Sunnah (i.e. ahli as-Sunnah) dan kedua, mereka anuti Islam secara berjema'ah (i.e. ahli al-jama'ah).
Inilah definisi sebenarnya 'ahlus sunnah wal-jama'ah', bukanlah apa yg diwar-warkan oleh majoriti ulama' dan ilmuwan, kerana kejahilan mereka tentang Islam yg haq itu apa.
Mudah-mudahan kita faham tentang ugama dan Islam serta faham bahawa tiada seorangpun yg selamat selepas matinya, kalaulah tidak Islam. Dan, kalau kita Islam tapi tidak menepati contoh Rasulallah (s.a.w), maka kita juga tidak selamat! Kita akan teliti dimensi ini atau perpektif ini dalam post yg akan datang, insya Allah.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment