Monday, May 10, 2010

Kesopanan Berpakaian bagi Orang Islam

Assalamualaikum,
saudara, menyambung perbincangan kita tentang 'Akhlak dan Sopan santun', kita akan dapati beberapan panduan dalam Islam, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tentang tajuk 'pakaian' bagi lelaki dan wanita Islam. Kita rumuskan seperti berikut:

Kesopanan berpakaian bagi lelaki Islam:
1. Berpakaian kemas, sopan dan benar menurut ketetapan Islam (antaranya, orang lelaki Islam dilarang memakai perhiasan emas sebagai cincin atau rantai atau gelang, atau jam yg mengandungi emas) ; lelaki ditegah menyerupai pakaian perempuan atau meniru sifat perempuan seumpama rambut panjang yg ditocang), dan tidak melabuhkan pakaian sehingga sampai menutupi buku lali)
2. Tidak dibolehkan memakai kain sutera (kain atau baju, termasuklah baju batik sutera yg sering dipakai oleh orang kenamanan dan berkedudukan dalam masyarakat)
3. Tidak memakai seluar yg sengaja dilubangkan atau dicarikkan sehingga kelihatan sebahagian auratnya (antara pusat hingga bahagian bawah lutut), menempelkan stiker di seluar atau baju dan sebagainya
4. Tidak dibolehkan berpakaian menyerupai wanita (dilaknat oleh Allah (a.w) dan RasulNya (i.e. mendapat dosa selagi dipakai atau pakaian itu disimpan)
5. Tidak dibolehkan memakai perhiasan dari emas (seperti cincin, jam tangan, rantai, gelang termasuklah gelang yg bukan emas yg digunakan sebagai perhiasan)
6. Tidak memakai warna rambut, khususnya warna hitam (bagi mereka yg sudah beruban)
7. Disuruh memotong rambut dan menjaganya dengan rapi dan jangan kusut masai
8. Bagi mereka yg bermisai dan ingin menyimpan misai hendaklah ditrim dgn baik supaya kelihatan kemas
9. Disunnahkan memakai wangi-wangian.

Kesopanan berpakaian dan berhias bagi perempuan Islam
1. Berpakaian rapi, sopan dan benar-benar menurut tuntutan islam (menutup aurat, tidak menampakkan mana-mana bahagian aurat seperti rambut, tangan, perut, pusat, peha dan betis atau pakaian ketat yg jelas menunjukkan bentuk tubuh spt buah dada)
2. Tidak boleh berpakaian menyerupai lelaki (spt memakai selur, terutama selur yg ketat dan baju kemeja yg boleh dilihat sebahagian dari celah-celah butangnya)
3. Tidak boleh memakai rambut palu (memakainya dilaknat oleh Islam, i.e. berdosa setiap saat memakainya)
4. Tidak boleh menggondolkan atau membotakkan kepala
5. Tidak boleh memendekkan rambut seumpama menyerupai rambut lelaki
6. Tidak boleh mencukur atau menghaluskan bulu kening (atau alis mata) atau mencabutnya
7. Tidak dibolehkan bersolek berlebih-lebihan untuk mempamirkan kecantikan diri
8. Tidak boleh memakai wangi-wangian yg semerbak baunya (terutama, yg membuatkan lelaki menarik terhadapnya)

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment