Assalamualaikum,
Saudara, seseorang itu benar-benar Islam dan beriman apakala dia patuh dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu:
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu wama nahakum 'anhu fantahu' [Maksud: Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. sunnahnya) hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yg ditegahnya dari sesuatu (yg ditegah) maka tinggalkanlah.] [Ayat 7, Surah al-Haysr]
Firman Allah (a.w) di atas itu adalah nas dan dalil haq bahawa sunnah Rasulallah (s.a.w) hendaklah diterima dan diambil pakai dan dilaksanakan. maka dengan itulah, seseorang Islam yg beriman itu, hanya dikurniakan Allah (a.w) syurga, jika dia taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikutilah as-Sunnah), pasti mendapat ganjaran syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Dan, ketetapan Allah (a.w) itu diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, iaitu:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Mmeninggalkan aku (Rasul) apa-apa yg aku (Rasul) tinggalkan dari kamu sekelian. Sesungguhnya apa-apa atau barangapa yg menjadikan rosak barangsiapa (i.e. kaum-kaum) sebelum kamu sekelian (ialah) dengan memperbanyakkan soal mereka dan (banyak perselisihan mereka atas nabi-nabi mereka. Maka, ketika mencegah (i.e. melarang) aku (Nabi) atas kamu sekelian dari sesuatu maka jauhilah apa yg ditegah oleh kamu sekelian, dan ketika memerintahkan aku (Nabi) akan kamu sekelian dengan beberapa perkara, maka datangkanlah (i.e. buatlah) dari perkara tersebut apa-apa sekuat mampu kamu.' [Hadith Bukhari, Iktisam bil-Kitab]
Hadith di atas itu memberitahu tiga perkara pokok: pertama, janganlah kita yg Islam dan beriman itu apakala diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) sesuatu perintah, maka janganlah banyak soal. Kedua, demikian juga janganlah kita memperbanyakkan perselisihan atau berbalah dan berbantah tentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) as-Sunnah. Kerana sebab berbantah sednmikianlah di zaman silam rosak binasa umat-umat para nabi zaman tersebut. Dan, ketiga, apa-apa yg tidak diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. yg ditinggalkannya, yakni tidak disuruh) janganlah kita buat atau ada-adakan. Kita diukehendaki ambil yg disuruh dan tinggalkan yg ditegah atau dilarang.
Di dalam al-Quran dan as-Sunnah diceritakan bagaimana seorang anak yatim Bani israil zaman Musa (a.s) yg inginkan harta ibu saudaranya yg kaya, tetapi tidak sabar menunggu kematian ibu saudaranya. maka di bunuh olehnya, kemudian tdibuat helah supaya tidak diketahui siapa yg membunuh. Untuk mengetahui siapa pembunuhnya, Allah (a.w) perintahkan bani israil dapatkan seekor lembu betina supaya disembelih kemudian ekornya atau perutnya di sebatkan pada mayat, dan mayat itu akan hidup seketika untuk memberitahu siapa yg membununya. Bani Israil banyak soal tentang lembu itu. Maka mereka terpaksa mencari selama 40 tahun untuk mendapatkan jenis lembu dengan speks yg ditetapkan Allah (a.w). Oleh kerana banyak sangat songel mereka, maka begitu panjang masa untuk mendapatkannya, maka apabila didapati habis dibelanjakan harta arwah orang tua yg dibunh itu. Akhirnya, apabila ditemui, setelah disebatkan ekor atau perutnya, bangun simatimemberitahu orang yg membunhnya. Dia dibunuh dan diapun tidak mendapat harta yg diidamkannya. Itulah satu contoh akibat trlalu banyak sola dan perselisihan di kalangan mereka dalam menentukan lembu betina jenis apa yg dikehendaki.
Hari ini, sebagaimana dalam post-post yg lalu, kita telah beritahu, bersabitan dgn firman serta sabda di atas itu, janganlah buat sesuatu yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah 9s.a.w) melarang berbuat dan mengamalkan dan menyebarkan 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah', tapi ramai orang Islam meyakinik ajaran para ulama' dan ilmuwan yg mengakui mereka berilmu, bahawa wujud 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) menyebut semua atau setiap bid'ah adalah kesesatan! Maka rosaklah orang islam yg berpendirian sedemikian. Kerana walaupun Islam, tetapi 72 dari 73 golongan sesat, mencari syurga dapat neraka! Yg berjaya, sabda Rasulallah (s.a.w), adalah golongan yg berpegang dgn as-Sunnah dan menganuti Islam secara berjema'ah.
Semoga kita tidaklah mengikuti jejak langkah mereka yg disesatkan tanpa ilmu atau dalam kejahilan. janganlah membantah Rasulallah (s.a.w). janganlah memandai dalam ugama sehingga kita beranai menidakkan ketetapan as-Sunnah dan terima pendapat atau fikiran orang lain yg jahil tentang Islam dan syariatnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment