Assalamualaikum,
Saudara dalam beberapa post yg lalu kita bicarakan panduan beberapa adab orang iman dalam pakaian dan perhubungan sesama manusia. Kita telah tahu beberapa perkara; antaranya:
1. Orang lelaki tidak dibenarkan oleh Islam memakai pakaian atau celana atau seluar yg diheret kerana panjangnya atau kerana labuhnya (Islam mengingatkan sesiapa yg memakai pakaian yg labuh melebihi buku lali tidak akan masuk syurga, kerana demikian itu melambangkan kesombongan dan bangga diri seseorang);
2. Orang lelaki tidak dibenarkan oleh Islam memakai pakaian dari sutra - sama ada yg murah mahupun yg mahal (Sesiapa yg di dunia memakai sutra tidak akan memakainya di akhirat. Di akhirat penghuni syurga memakai sutra. Sesiapa yg terus memakainya tidak akan masuk syurga);
3. Orang lelaki tidak dibenarkan oleh Islam memakai hiasan diri yg diperbuat dari emas spt cicncin, gelang, jam tangan, sumbi gigi dan seumpamanya (Selagi dipakai maka selagi itulah mendapat dosa tanpa henti-henti);
4. Orang lelaki yg dilahirkan sebagai seorang lelaki dilaknat Allah (a.w) berperangai atau meniru perangai atau keperibadian perempuan (seumpama maknyah) (Orang yg dilaknat tidak akan masuk syurga) (Demikian jugalah, perempuan yg dilahirkan perempuan dilaknat berperangai atau meniru peranfgai atau keperibadian lelaki spt tomboy);
5. Orang perempuan tidak dibenarkan oleh Islam menghiasi diri termasuk memakai bau-bauan yg boleh menarik minat lelaki kepadanya. Orang perempuan hanya dibolehkan memakai bau-bauan sekehendak hatinya hanya dalam rumi, terutama ketika berada dengan suami. Orang lelaki dibolehkan memakai bau-bauan yg semerbak baunya;
6. Orang perempuan, ketika keluar rumah, jika perlu kerana urusan yg tidak maksiat, dikehendaki menutup aurat. Dan, yg dibolehkan kelihatan oleh orang hanyalah kedua telapak tangannya dan mukanya sahaja. (Perempuan yg memakai pakaian, walaupun labuh, tetapi jelas kelihatan susuk badnnya, terutama bahagian dadanya, adalah tidak menutup aurat). Perempuan yg mendedahkan rambutnya kpd umum, di akhirat kelak akan diikat rambutnya dengan tali api neraka, kemudian digantung dan telapak kakinya akan disula dengan bara ai neraka, menggelegak otaknya, tapi tidak mati).
Saudara, hari ini anak-anak muda Melayu (i.e. Islam) sering meniru perlakuan dan perbuatan serta pakaian orang bukan Islam seperti memakai baju ketat yg jelas menunjukkan susuk tubuhnya, terutama bahagian dadanya yg jelas kelihatan tegak dan sebagainya, walhal dia berbaju. Dapat dilihat kecantikan bentuk lengannya walaupun tertutup. Apa lagi semakin anak-anak dara Melayu yg memakai baju 'senteng' yg jelas menampakkan perutnya atau pusatnya, jelas tidak menutup aurat. Malah, ada pula yg menindik selain telinganya, hidungnya (meniru orang berugama Hindu) dan ada yg menindik alat sulitnya pula (meniru perbuatan anak-anak muda Barat). Ada yg memakai gelang kaki yg dilarang oleh Islam wanita Islam memakai gelang kaki. Selagi perbuatan itu dilakukan selagi itulah mendapat dosa yg tidak henti-henti secara percuma. Lelaki dan perempuan Islam yg mentatu bahagian badannya dilaknat Rasulallah (s.a.w) (i.e. Allah), maka sesiapa yg dilaknat tidak akan masuk syurga walaupun amalannya baik spt istiqamah dalam bersolat, berpuasa dan sebagainya.
Orang lelaki sekarang meniru perangai orang Negro atau kulit hitam dan orang Barat amnya dengan menindik telinga dan memakai subang atau sengaja memanjangkan rambutnya supaya boleh dikat seumpama ekor kuda. Islam juga melaknat mereka ini. Tidak ada untungnya berambut panjang atau menindidik telinga, selain mengundang kecelakaan di akhirat.
Semoga cebisan rumuasan ini dapat memberi kesedaran kpd lelaki dan perempuan yg yakin adanya akhirat dan hari pembalasan dan inginkan mendapat syurga di akhirat kelak, insya Allah.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment