Thursday, May 6, 2010

Peringatan kpd ulama' dan Ilmuan Islam! (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk ini dengan meneliti seterusnya ayat-ayat berikut yg berkaitan rapat dgn perkara ini, iaitu perkara menulis kitab-kitab ugama dgn menggunakan kebijaksanaan akal fikiran sendiri kemudian menyatakan bahawa apa yg ditulis itu adalah ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): 'Dan dikalangan mereka ada yg 'umiyina' (i.e. bodoh atau buta huruf), (iaitu) orang-orang yg tidak memahami ketetapan Allah (a.w) (dalam Kitab Taurat) (yakni, mereka tidak berilmu) kecuali mereka berangan-angan dan menggunaka kebijaksanaan akal fikiran mereka semata-mata (i.e. mereka-reka sesuatu perkara berdasarkan akal dan otak mereka tanpa landasan dalil dan nas yg haq).' [Ayat 78, Surah al-Baqarah]
Saudara, ayat ini ditujukan kpd para ulama' dan ilmuwan kaum Yahudi yg mengubah ketetapan Allah (a.w) dalam Kitab taurat dan pentkrifan ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Musa (a.s). Tapi, sebagaimana firman-firman Allah (a.w) dalam al-Quran, cerita yg disampaikan adalah sebagai iktibar bagi manusia zaman kemudian. malah, ketetapan tersebut walaupun ditujukan kpd kaum Yahudi pada zaman kedatangan Islam, namun ketetapan itu adalah universal dan global, maksudnya, ketetapan itu adalah prinsip dan hukum yg tetap terpakai dalam semua zaman. Itulah salah satu mukjizat al-Quran, bahawa apa juga ketetapan bagi umat-umat terdahulu kekal menjadi ketetapan bagi umat-umat terkemudian, kecualilah dimasyuhkan ayat-ayat tersebut dan digantikan dgn ayat-ayat yg lain. [Nota: Kita telahpun lihat dalam post-post yg lalu contoh-contoh ayat atau ketetapan yg telah dimansyuhkan dan digantikan dgn ketetapan baru. Contoh: Ayat tentang 'ugama yg diridai Allah (a.w) adalah Islam' yg memansuhkan ketetapan bahawa 'tiada paksaaan dalam ugama'].
Di dalam ayat itu, Allah (a.w) memberitahu bahawa masyarakat yg kurang ilmu atau yg benar-benar jahil tentang ugama mereka akan tertipu oleh para ulama' dan ilmuwan yg telah mengubah ketetapan asal perintah Allah (a.w) dan RasulNya, maka mereka mengikuti saja apa-apa yg dikatakan oleh para ulama' dan ilmuwan dikalangan mereka, kerana orang-orang sedemikian dihormati, disanjungi dan dipercayai, walaupun mereka telah mengubah atau meminda ketetapan Allah (a.w) dalam Kitab Taurat (sekarang ini dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): 'Neraka wel bagi orang-orang yg menulis kitab dengan tangan (i.e. menggunakan akal fikiran dan pendapat) mereka sendiri, kemudian (mereka) berkata: 'Ini dari Allah (a.w) (i.e. terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah)', (dgn maksud atau tujuan) menjualnya (i.e. kitab-kitab itu) dengan harga yg sedikit (atau murah) (maksudnya, semata-mata untuk tujuan keduniaan bukan kerana haq). Maka neraka wellah bagi mereka, kerana tulisan (atau karangan) mereka dan neraka wellah bagi mereka kerana apa-apa yg memperbuat mereka (i.e. mengamalkan apa-apa yg tertulis dalam kitab-kitab tersebut).' [Ayat 79, Surah al-Baqarah]
Dalam firman di atas itu, Allah (a.w) menghukum mereka yg menulis kitab-kitab ugama yg mengubah ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. a-Sunnah). Mereka berani mengatakan kpd pengikut-pengikut dan masyarakatnya bahawa apa yg mereka tuliskan itu adalah apa yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, walhal tiada dalam ketetapan al-Quran atau as-Sunnah. Para ulama' Yahudi zaman awal kedatangan Islam telah mengubah syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Musa (a.s) dan mereka juga telah mengubah Kitab Taurat - menghapuskan apa yg mereka tidak mahu terima dan menambah kd apa yg mereka inginkan masyarakat terima supaya mereka kekal dihormati dan disanjung tingg sebagai pemimpin ugama dalam masyarakat mereka.
Di dalam ayat tersebut Allah (a.w) bukan sahaja menghukum para ulama' dan ilmuwan mereka yg mengubah dan meminda Kitab Taurat, tetapi orang yg mengikuti ajaran 'baru' mereka juga dihukum sama. Kerana, mereka mengikuti secara taklid dan membuta tuli tanpa sendiri mempelajari apa yg terdapat dalam Kitab tersebut. Mereka mempercayai apa yg ditulis oleh ulama' dan ilmuwan mereka. Mereka jahil, tetapi sepatutnya mereka diwajibkan menuntut ilmu supaya mereka sendiri akan tahu apa yg haq dan apa yg batil.
Saudara Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa selepas ketiadaan beliau umat Islam akan berpecah kpd 73 golongan, tapi 72 golongan masuk neraka, i.e. tidak berjaya mendapat syurga walaupun mereka Islam dan beriman dan mereka mengerjakan ibadah dan amalan. Yg berjaya hanyalah satu golongan. Golongan ini, sabda Rasulallah (s.a.w), adalah golongan yg berpandukan 'Ma ana 'alaihi wa-ashabi' (maksud: apa-apa yg aku (Nabi) berpegang dengannya dan apa-apa yg para sahabatku (yg 4) berpegang dengannya). Maksudnya: Mereka yg mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w) dan mereka yg berpegang kpd sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat selepas beliau. Golongan yg selamat dalam Islam yg berjaya mendapat syurga yg satu itu adalah mereka yg berpandukan semata-mata as-Sunnah dan mereka anuti Islam secara berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran).
Saudara, walaupun tiada para ulama' dan ilmuwan Islam yg berani (atau kalau mencubapun, tidak berjaya) mengubah al-Quran dan as-Sunnah (spt wujudnya hadith-hadith palsu), namun ramai para ulama' dan ilmuwan Islam mengarang kitab-kitab atau buku-buku ugama yg menyarankan pelbagai amalan dan perlakuan yg dikatakan adalah disandarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Yg wajib kita fahami adalah jika tiada sesuatu itu dalam as-Sunnah (i.e. al-Hadith) maka bukanlah amalan atau ibadah atau kaedah amalan dan ibadah itu haq atau sah. Itu adalah bersandarkan kpd akal fikiran dan kecerdikan sesetengah para ulama' atau ilmuwan Islam semata-mata. Oleh kerana mereka mengatakan apa yg ditulis itu adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka sebenarnya mengada-adakan sesuatu yg tiada kecualilah ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Mereka itu tidak jauh bezanya dgn para ulama' dan ilmuwan Yahudi yg telah meminda dan mengubah Taurat. Allah (a.w) menjamin bahawa al-Quran tidak akan dapat diubahpinda oleh manusia. Allah (a.w) menjaga kesuciannya sehingga kiamat dunia. Tapi, manusia kini telah mengutamakan panduan kpd kitab-kitab dan buku-buku ugama karangan para ulama' dan ilmuwan. Oleh kerana mereka jahil tentang as-Sunnah, dan ajaran dalam kitab dan buku itu kelihatan baik, maka mereka membuta tuli terima. Maka yg mengarangnya menyesatkan diri mereka sendiri dan mereka pula menyesatkan orang lain, wal iya zubillah.
Oleh itu wajiblah demi masa depan akhirat kita, kita berwaspada. Terima cakap-cakap atau ajaran-ajaran tok-tok guru, ulama' dan ilmuwan hanya jika itu ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Jika kita terima semberono saja, yg parah kita bukan mereka. Mereka dihukum Allah (a.w), kita juga dihukum Allah (a.w). Selamatkanlah diri sendiri dalam berugama. Insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment