Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat semula sedikit lagi permasalahan menyentuh solat (solat fardu maupun solat sunat). Dalam post yg lalu kita telahpun mendapat tahu bagaimanakah rukun serta bacaan tasbih solat ketika mengerjakan rukun-rukun fe'linya. Kita juga dapat bezakan apa yg majoriti umat Islam lakukan dari segi rukun qauli, fe'li dan qalbinya. Kesemua perbezan ini timbul apakala kita bersolat tanpa mempelajari erlebih dahulu ilmu tentang solat. Dan, kerana apabila kita bandingkan dengan solat Rasulallah (s.a.w) jelas ada rukun qauli, fe'li dan qalbi yg berlainan dari apa yg terdapat dalam syariat Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Juisteru itu, jika berlaku demikian, maka kemungkinan besar kta terlibat dengan amalan yg disebutkan sebagai bid'ah. kalau bid'ah maka parah akibatnya. Kerana sesiapa yg mencampuradukkan yg haq dengan yg batil, telah melakukan kesalahan yg amat serius lagi besar dalam Islam.
Mengapa bid'ah itu merugikan kita? Kita akan teliti kelak beberapan nas dan panduan as-Sunnah tentang tajuk bid'ah ini sebagai panduan kita. Buat masa ini kita hanya perlu tahu bahawa mengamalkan bid'ah membatalkan solat kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuatkan gerun beberapa hati (yg mendengarnya) dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan dengan mendengar dan taat, jikapun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’).’[1] [Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, katanya hadith sahih]
Kita diberitahu bahawa akan timbul perselisihan faham yg banayk antara umat Islam apabila Rasulallah (s.a.w). Situasi sedmikian berlaku zaman Musa (a.s), zaman Isa (a.s), apabila Allah (a.w) utuskan Isa (a.s) sebagai Rasul kpd Bani Israil. Tidak diterima mereka kerana mereka beranggapan bahawa ibu Isa, Mariyam (a.s) telah membuat suatu kejahatan, maka mengandungkan Isa (a.s). Orang Nesrani pula menerima Isa (a.s) dan meninggikan mertabatnya sehingga dijadikan Tuhan atau Anak Tuhan oleh masyarakat Kristian, kerana Isa (a.s) wujud tanpa bapa, maka mereka beranggapan bapa Isa adalah Tuhan.
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas memperingatkan kita tentang 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah dalam ugama Islam.Umat Islam diperingatkan supaya jauhi berbuat atau mengamalkan bid'ah dan hendaklah pegang dengan teguh kpd panduan as-Sunnah (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah para sahabat beliau yg empat, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali radiallahu 'anhum). Kita diperingatkan pula bahawa:
Sabda Rasulallah (s.a.w): man akhdatha fi amrina haza ma laisa minni fahua raddun.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid'ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariatnya) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan dari aku (Rasul) (i.e. dicontohkan oleh aku (Nabi) ), maka dia (i.e. amalannya atau ibadahnya ) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)) [Hadith Bukhari]
Ketetapan as-Sunnah ini jelas, tapi majoriti umat Islam di Malaysia, termasuk mereka yg diangga ulama' dan ilmuwan Islam, meyakini wujudnya apa yg mereka kata bid'ah hasanah'. Walhal, mengamalkan bida'ah hasanah membatalkan segala ibadah dan amalan. Kerana tidak ada nas dan dalil as-Sunnah wujudnya bid'ah hasanah. Kerana tiap-tiap atau semua bid'ah adalah batil! Kita diperingatkan pula dalam ahdith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.'[Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku i.e dicontohkan oleh aku (Nabi (s.a.w))), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w)).] [Hadith Muslim].
Sekali lagi, kita diperingatkan bahawa amalan dan ibadah yg berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Namun, ramai umat Islam yg berdegil. Mereka tidak terima nasihat. Mereka menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w)! Apakah orang islam boleh menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Seseorang itu Islam dan beriman apakala dia patuhi Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Menolak ketetapan as-Sunnah bererti menolak ketetapan Allah (a.w). jadi? Kafirlah kita. Waliya zubillah.
Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat berikut supaya menetapi ketetapan Rasulallah (s.a.w) sebagai seorang Islam yg benar:
Firman Allah (a.w): 'Bala man aslam … (hingga) … walahum yahzanuna.' [Maksud: ‘Bahkan, sesiapa yang benar-benar menyerah diri kepada Allah (a.w) (yakni, benar-benar Islam) dan sungguh-sungguh mengikuti tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah), maka baginya tersedia pahala di sisi Tuhannya, dan tidak akan merasa takut atau susah (di akhirat nanti) ….’] [Ayat 112, Surah al-Baqarah].
Kemudian Allah (a.w) peringatkan kita pula dalam Ayat berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘ Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran) [Maksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ [Ayat 23, Surah al-Furqan]
Tidak ada gunanya segala amalan dan ibadah kita, kalau dicemari oleh bid'ah. Dan, Allah (a.w) peringatkan kita lagi dalam Ayat-ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.' [Maksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Saudara, solat fardu itu amat utama. Solat adalah tiang ugama. kalau tidakdicatitkan kita bersolat kerana batil solat kita, maka runtuhlah ugama kita. Dan, dikatakan kita jatuh kafir apabila meninggalkan satu waktu solat fardu. Rugilah kita. Azablah kita di akhirat dimasukkan ke dalam neraka untuk diberisihkan kalaulah kita kekal dianggap orang Islam, walaupun solat kita batal!
Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut pula. Sekali lagi kita menjadi kafir tanpa kita menyedari apabila kita tercemar dengan amalan bid'ah:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) dari ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Saudara, amat bahaya perkara bid'ah ini. Dalam post yg lalu tentang cara atau kaedah bersolat, kita telah teliti ketetapan as-Sunnah atau contoh solat Rasulallah (s.a.w). Kalau diamalkan apa yg dituliskan itu sudah cukup untuk menghapuskan sebarang pencemaran bid'ah dalam solat kita. Maka kita dapat pahala bersolat. kalau kita bersolat dengan penuh keikhlasan kpd Allah (a.w), insya Allah penuh markah solat kita.
Oleh itu berwaspadalah sebelum terlewat. janganlah ikut cakap-cakap orang tanpa sandaran ilmu (al-Quran dan as-Sunnah).
No comments:
Post a Comment