Assalamualaikum,
Saudara dalam post-post yg lalu kita telah diberitahu beberapa perkara mengenai peradaban seorang Islam yg beriman. Kita mungkin Islam tapi tidak beriman, jika kita tidak kerjakan apa yg kita diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Kita lihat beberapa hadith mengenai akhlak Muslim ketika makan dan minum. Dalam hadith-hadith berikut kita yg Islam ditegah makan selain cara duduk dengan tertib. Kita tidak dibolehkan makan sambil tidur atau baring atau bersandar.
Diriwayatkan hadith dari Abi Juhfah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Adapun aku (Nabi (s.a.w)) tidak makan aku sambil bersandar.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Adan Makan]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak makan dan minum sambil bersandar. Oleh kerana Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh ikutan terbaik (Uswatun hasanah) dan dia diutus Allah (a.w) mendemokan akhlak yg amat mulia dalam Islam. Maka wajarlah kita yg ingin mendapat pahala sunnah serta dapat dianggap umatnya, hendaklah kita contohi perlakuannya. Dengan itu Allah (a.w) merahmati kita dalam hidup.
Dengan sedikit perbuatan kita mendapat ganjaran pahala dan kerahmatan. Mudah-mudahan kita sentiasalah ingin belajar perwatakan serta perlakuan dan perbuatan Rasulallah (s.a.w), dan mengambilnya dan mengamalaknnya sebaik mungkin, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment