Friday, May 7, 2010

Sudahkah kita bersedia ...?

Assalamualaikum,
Saudara, kita seronok hidup. Bagi yg muda, lagi merasa seronok hidup kerana pelbagai manisan dunia dpt dikecapi, sehingga tidak ada apa yg dapat menghalang kita. Bagi remaja, sentiasa memberontak kerana difikirkan begitu ramai orang yg menghalang dan membatasi kehendak kita. bagi yg kaya merasa bahagian dan selesa kerana semua yg diperlukan adalah dalam tangan dan mudah dicapai, kerana 'ada fulus semua lulus, ada money semua boleh jadi, ada duit semua boleh kait' - demikianlah kata-kata pujangga. Lebih-lebih lagi kalau kita dalam kejahilan, maka semuanya boleh jadi tanpa batasan. kalau ada ilmupun, kita tipis iman, maka kita juga lakukan mengikut kehendak nafsu kita. Dan, bagi semua kita, tak kira umur, kemahuan nafsu dan naluri diri itu, tiada had dan semakin meningkat. yag membatasi mereka hanyalah kemampuan - kemapunan fisikal dan kemampuan material.
Walau apapun, suatu perkara amat jelas. Bahawa setiap kita akan mati. Yg tuan pasti mati, yg mudapun akan mati. Yg kayapun mati dan yg miskinpun akan mati. Tidak smestinya mereka yg berumur dan sudah tua itu mati awal dari yg muda. Namun, setiap seorang kita akan mati, hanya kita tidak tahu dimana dan bagaimana!
Yg utama kita ingatkan bahawa apabila kita mati, kita menempuhi dua alam malah tiga alam yg lain, yg amat real walaupun bagi mereka yg tidak Islam menyatakan bahawa tiada kehidupan selepas kematian. Bagi kita yg Islam kehidupan selepas kematian adalah kehidupan yg sebenarnya. Kerana, dalam kehidupan itulah kita benar-benar bertanggungjawab terhadap kehidupan kita, tiada siapa yg boleh melindungi kita, dan tiada suatupun yg kita boleh gunakan untuk melindungi diri, tidak sebagaimana di dunia. Di dunia manusia tidak tahu keburukan yg kita lakukan. Kita oleh melepaskan diri melakukan sesuatu apabila tiada bukti yg cukup untuk menghukum kita. Atau, kita ada kuasa ada pengaruh atau ada harta yg boleh menyelamatkan kita dari segala sesuatu keburukan yg mungkin menimpa kita.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Anas b Malik (r.a) menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Mengikuti suatu mayat (i.e. jenazah) itu tiga perkara (atau tiga pihak), maka kembali (i.e. meninggalkannya) dua perkara dan yg kekal bersama-samanya adalah satu perkara. Mengikutinya (atau, menemainya ke kubur) keluarganya (dan saudara mara serta sahabat handai dan rakan taulannya) dan (mengikutinya juga) hartanya, dan (mengikutinya juga) amalannya; dan kembali (i.e. meninggalkannya) kaum keluarganya (serta saudara mara, sahabat, rakan taulannya) dan hartanya, dan yg kekal bersamanya adalah amalannya.' [Hadith Bukhari]
Mesej dalam hadith ini jelas dan simple, mudah difahami. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila sampai ajal kita dan kita mati, dimandikan dan dikafankan, kemudian kita dusung ke kubur untuk ditanam. tamatlah ceritak kita di dunia. Mungkin kita dikenangi oleh ahli keluarga isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai untuk seketika, kemudian back to business, masing-masing sibuk dgn dunia mereka seterusnya, sehingga mereka mati pula. Apabila kita dibawa ke kubur untuk disemadikan, jika ditemani, buat kali terakhir, oleh tiga pihak:
1. Keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yg kasihkan kita, terhutang budi pada kita dan yg menghormati kita ketika kita hidup kerana pelbagai sebab;
2. Harta kekayaan kita bersama-sama dengan kita buat sementara kerana selepas itu akan bertukar tangan atau milik akan diwarisi oleh keluarga kita, saudara mara dan sebagainya;
3. Amalan kita (iaitu ibadah dan segala amal soleh dan makruf yg kita kerjakan sepanjang hidup kita dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w), kalau ada
Kemudian setelah kita dikuburkan, dua dari yg menemani kita ke kubur itu akan kembali ke tempat masing-masing dan kepada urusan keduniaan masing-masing, iaitu:
1. Keluarga kita, termasuklah saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yg menemani mayat kita ke kubur; dan
2. Harta benda milik kita tidak mengikuti kita ke kubur, malah akhirnya akan dibahagi-bahagikan antara mereka yg berhak menerimanya pula.
Yg tinggal kekal akrab dgn kita semasa di kubur, kemudian di alam akhirat ketika di hisab di padang mashsyar, yg menentukan apakah kita selamat atau celaka, adalah segala amalan kita - ibadah kita dan amalan yg baik (i.e. pahala yg kita perolehi) dan amalan buruk atau kejahatan (i.e. dosa yg kita bawa), yg akan menentukan kebajikan kita ketika dalam kubur dan ketika di padang makhsyar yg menentukan kehidupan kita dalam alam akhirat.
Maka dengan itulah, kita seringlah bertafakkur memikirkan kesudahan kita, dan janganlah hanya berseronok di dunia sehingga kita lupa membuat persiapan dan persediaan. Lazimnya, ketika umur belasan tahun kita lebihkan dunia dari akhirat. Ketika umur muda (antara 20 hingga 40) kita juga lebihkan dunia dari akhirat. Ketika umur post dewasa pula (40 hingga 60), mungkin kita mula fikirkan akhirat, setelah kita berada di senja kehidupan kita. Rasulallah (s.a.w) menyebut umur umatnya adalah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Seleopas umur 70, kalaulah kita masih bernyawa, kita sudahpun lemah fisikal dan mental serta spiritual, maka sudah terlewat untuk membuat persiapan dan persediaan!
Sebaik-baiknya kita bersedia secara berterusan memanfaatkan apa yg kita ada, iaitu: keluarga kita, mendidik mereka supaya menjadi orang Islam yg benar-benar beriman, supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yg soleh dan solehah, maka mereka mengirim pahala kpd kita setelah kita tiada. Kita manfaatkan rezki yg kita trima, dan kalau kita kaya, memanfaatkan kelebihan rezki yg ada melalui infaq membela ugama Allah (a.w), kita menempah tiket untuk syurga. Dan, melalui harta kita juga kita boleh meningkatkan amalan dan meningkatkan ketaqwaan kita dgn terus mencari dan menimba ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) supaya kita pasti kita mengerjakan amalan dan ibadah yg pasti diterima Allah (a.w).
Semoga, kita dapat memulakan langkah pertama ke arah memanfaatkan tiga yg kita ada demi kehidupan akhirat kita itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment