Friday, May 7, 2010

Golongan yg manakah kita??

Assalamualaikum,
Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa ada dua golongan manusia, iaitu pertama orang yg Islam (i.e. mengakui Allah itu Tuhan mereka yg Esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu Utusan Allah, yg menyampaikan syariat ugama Allah (a.w), yakni Islam, kpd manusia) dan kedua orang yg tidak Islam (i.e. yg syirik = menyembah beberapa tuhan, menyembah tuhan-tuhan yg mereka cipta sendiri, tidak mengakui Allah sebagai tuhan dan yg atheists = tidak anuti mana-mana ugama). Dari kalangan yg Islam itu, Allah (a.w) kategorikan kita tergolong dalam salah satu daripada tiga golongan atau kategori pula. Ini disebutkan dalam Ayat 32, Surah Fatir.
Firman Allah (a.w): ' Kemudian kami (Allah (a.w)) wariskan Kitab (i.e. al-Quran dan juga as-Sunnah) kpd orang-orang yg Kami (Allah (a.w)) pilih diantara hamba-hamba Kami (Allah (a.w)); maka dari kalangan mereka ada yg menzalimi diri mereka sendiri; dan dari kalangan mereka ada yg pertengahan (sahaja); dan dari kalangan mereka ada yg berlumba-lumba dengan (i.e. ke arah) membuat kebaikan; ...' [Ayat 32, Surah Fatir]
Dalam firman Allah (a.w) di atas itu, ugama itu diberikan kpd orang Islam, iaitu mereka yg bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah (a.w) itu sahaja (i.e. Tuhan yg Esa) dan nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba Allah (a.w) dan Rasul Allah (a.w). Seseorang yg bersyahadah dengan penuh keyakinan sedemikian adalah dianggap Islam. Kemudian orang Islam yg yakin dengan 6 rukun dalam Rukun Iman, iaitu:
1. Wujud Allah (a.w), Tuhan yg Esa;
2. Yakin bahawa Rasul-rasul adalah utusan Allah (a.w), yg diutus Allah (a.w) untuk menyampaikan syariat ugama Allah (a.w), memberi peringatan kpd manusia dan memandu manusia menjadi hamba Allah (a.w) yg taat
3. Yakin mereka bahawa Allah (a.w) turunkan kitab-kitab sebagai panduan manusia mengabdikan diri kpd Allah (a.w) (spt Suhuf Ibrahim (a.s), Zabur daud (a.s), Taurat Musa (a.s), Injil Isa (a.s) dan al-Quran pd Rasulallah (s.a.w) dan lain-lain kitab yg tidak disebutkan secara khusus tapi dirujuk sebagai Suhuf)
4. Yakin mereka wujudnya malaikat yg menguruskan pelbagai tugas atas kehendak Allah (a.w), termasuklah malaikat yg mengawasi tindaktanduk manusia dan mencatatkannya setiap saat (i.e. Rakib dan Atid), malaikat yg akan menyiksa di dalam kubur (Mungkar dan Nakir), malaikat yg menjaga syurga dan neraka (Malik), malaikat yg memikul Arasy Allah (a.w), malaikat yg melapurkan kpd Allah (a.w) dua kali sehari, dan sebagainya
5. Yakin wujudnya hari Akhirat, hari bilamana Kitab Catatan Amalan manusia dibuka dan mereka diadili, kemudian dibalas dgn ganjaran syurga atau siksaan dalam neraka
6. Yakin mereka dgn qada' dan qadar yg tertulis atas diri mereka yg menentukan kesudahan mereka selepas matinya.
Orang iman itu adalah mereka yg mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan atau tegahan. Di kalangan orang iman itu, firman Allah (a.w) dalam Ayat 32, Surah Fatir itu, tergolong ke dalam tiga kelompok atau kategori, iaitu:
1. 'Orang yg menzalimi diri mereka sendiri' (i.e. orang yg tahu melakukan sesuatu yg ditegah atau dilarang itu akan menimbuklkan atau menerbitkan dosa, dan setiap dosa itu menyebabkan mereka disiksa dalam neraka, tetapi mereka lakukannya dgn sengaja (i.e. orang yg keluar dari ketaatan terhadap perintah Allah (a.w) dan orang yg tahu wajib mereka kerjakan sesuatu amalan dan ibadah, tetapi mereka sengaja tinggalkan, spt tahu mereka solat fardu itu wajib dikerjakan, tapi mereka tidak solat);
2. 'Orang yg pertengahan' (i.e. orang yg terkadang meninggalkan yg disuruh dan terkadang melakukan yg ditegah atau dilarang, yakni orang sederhana dalam ketaatan mereka terhadap perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w); dan
3. 'Orang yg berlumba-lumba, yakni berusaha sebaik mungkin, untuk melakukan kebaikan setiap masa dan ketika (i.e. orang yg mengerjakan segala yg diwajibkan, meninggalkan segala yg ditegah, dan kemudian menambah pula dgn mengerjakan amalan dan ibadah sunat dan membuat kebaikan tambahan, yakni amalan kebaikan walaupun sekecil mana sekalipun)'.
Jelaslah yg terbaik di kalangan kita adalah kategori atau golongan ketiga itu. Sentiasalah berusaha meningkat kebaikan atau berbuat baik. Contoh, ketika solat cuba mengerjakan solat-solat sunat dan membanyakkannya. Meningkat kekhusyukannya ketika bersolat. membetulkan segala rukun qalbi, rukun fe'li dan rukuan qauli solatnya supaya menepati ketetapan as-Sunnah, yg menjadi panduan yg haq bagi umat Islam, memperbaiki puasa fardunya dgn benar-benar menjaga dirinya dari segala sesuatu yg mengurangkan pahala puasanya. Kemudian , berusaha mengerjakan puasa-pusa sunat untuk menampung kelompangan puasa fardunya. Sentiasa berusaha mempastikan dia mengeluarkan zakat dan menambah ula dengan menginfaq sebahagian harta dan rezki yg diterimanya demi membela ugama Allah (a.w). Dia akan mencuba serta berusaha sedikit demi sedikit untuk mempertingkatkan pengabdiannya kpd dan terhadap Allah (a.w) dgn mencontohi Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', model orang iman terbaik. Dia sentiasalah dahagakan ilmu yg haq, iaitu mempeajari ilmu al-Quran supaya lebih hampir dia kpd Allah (a.w) dan memelajari ilmu as-Sunnah supaya lebih pasti dia bahawa segala amalan dan ibadahnya sejajar dengan apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), supaya semuanya diterima Allah (a.w) dan tidak satupun tercela atau tercemar atau tersia-sia.
Oleh itu, bagaimana dgn saudara? Golongan manakah saudara? Golongan pertama pasti memiliki banyak dosa, yg melayakkan kita dimasukkan ke dalam neraka untuk dibersihkan dahulu sebelum diberi kesempatan untuk masuk syurga. Atau, kita bertaubat kpd Allah (a.w) atas segala kejahatan yg kita lakukan dan memohon keampunan Allah (a.w) setiap kali kita melakukan suatu perbuatan yg menimbulkan dosa. Demikian jugalah golongan yg kedua. Bezanya, golongan kedua itu seumpama ciri-ciri golongan ketiga, tapi masih juga tidak sunyi dari melakukan dosa yg tidak disedari atau di ketahui.
Mudah-mudahan kita sempat memperbaiki diri untuk menjadi mereka yg tergolong dalam golongan ketiga itu, sebelum sampai ajal maut kita, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment