Monday, May 31, 2010

Ilmu: Buat amalan dan ibadah dengan asas ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, tahukah saudara bahawa sebagai seorang Islam, kita diwajibkan berilmu sebelum beramal? Kita ditegah membuat sesuatu amalan, melainkan kita sudahpun diberitahu tentang amalan atau ibadah itu? Tahukah saudara bahawa segala amalan dan ibadah yg dikerjakan dalam kejahilan itu tidak diterima Allah(a.w)? tahukah saudara, bahawa ada banyak ibadah dan amalan yg kita buat, yg tidak menepati amalan atau ibadah tersebutyg ditetapkan dalam as-Sunnah? Tahukah saudara bahawa banyak amalan dan ibadah kita yg berlainan dari yg ditetapkan oleh as-Sunnah itu akan ditolak oleh Allah (a.w) atau tidak diterima Allah (a.w)?
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'al-ilmu qabla amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan] [Hadith]
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita yg Islam itu mempelajari ilmu dan mempelajari ilmu itu diwajibkan atas setiap kita yg mengakui diri kita orang Islam. Saudara, semua orang Islam, terutama para ulama' tahu hadith yg popular ini, hadith yg diriwayatkan oleh Omar ibni Khattab (r.a) [Hadith Bukhari]. Tapi, mereka kekal jahil. mereka kekal mengamalkan banyak perkara yg bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah. Mengapa? Kenapa, jika mereka tahuy, mereka kekal mengamalkan sesuatu yg jelas ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Mereka sendiri tahu. Atau. mereka menyangka mereka berilmu tapi sebenarnya mereka jahil?
Allah (a.w) peringatkan kita dalam firmanNya: '...wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: Dan, janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa kamu mengetahui ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut dahulu ...] [Ayat 36, Surah al-Isra']
Jadi, sebagai seorang Islam janganlah kita memandai-mandai membuat atau mengerjakan sesuatu amalan, kecuali kita sudah belajar dan diajarkan dahulu mengenai amalan atau ibadah tersebut. Dan, jangan kita ambil 'ilmu' dari ulama tanpa usul periksa! Ilmu yg sah dan benar itu hanyalah sumbernya dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. cara dan kaedah beramal atau beribadah, ditetapkan oleh as-Sunnah (kerana as-Sunnah adalah SOP pelaksanaan segala perintah Allah (a.w)) dan Rasulallah (s.a.w) menunjukkan atau mendemokan praktikal segala bentuk amalan dan ibadah yg diperintahkan oleh Allah (a.w) kpd kita yg Islam). Maka dengan itu kita wajib ingat: Amalkan sesuatu amalan dan ibadah hanya dengan ilmu, cara dan kaedah beramal ditetapkan oleh as-Sunnah, praktikal segala bentuk amalan dan ibadah didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) (yg kita dapat tahu kalau kita mengaji dan belajar as-Sunnah atau ilmu al-Hadith.
Dalam Islam janganlah kita beramal dan beribadah berpandukan kitab-kitab karangan manusia (i.e. ulama' atau ilmuwan) kecuali penulis kitab itu benar-benar faham tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kerana mereka belajar dari guru yg juga faham tentang Islam kerana mereka juga diajarkan berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun wama siwa zalika fahua fadlun, ayatul muhkamatun, sunnatun qaimutan wa-faridatun adilatun' [Maksud: Ilmu yg wajib itu tiga, adapun selainnya adalah baik (untuk dunia), (yg wajib itu adalah) Ayat-ayat yg menghukum (i.e. al-Quran), sunnah yg tegak (i.e. al-Hadith) dan hukum faraid yg adil (yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah).' [Hadith ibnu Majah]
Jelas perintah Allah (a.w). Wajib diingatkan bahawa perintah Rasulallah (s.a.w) adalah perintah Allah (a.w) (berpandukan ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr, Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 31, Surah ali-Imran).
Saudara, ingatlah kita sepatutnya membaca kitab-kitab karangan manusia setelah kita faham al-Quran dan as-Sunnah. Kenapa? Ramai ulama' yg mengarang ikut kebijaksanaan akal fikiran mereka berpandukan logik tanpa sandaran al-Quran dan as-Sunnah! Banyak kitab yg kita dianjurkan oleh para ulama' dan ilmuwan baca dan amalkan preskripsinya, bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. kalau kita tidak peka. kalau kita tak endahkan perkara ini, maka jadilah kita tergolong dalam golongan yg mencari nahas di akhirat kelak.
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya di kemudian hari nanti akan berpecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani kepada 72 firqah (mazhab atau perkumpulan) dalam ugama mereka (sebelum kedatangan Islam). Berpecah umatku menjadi 73 firqah (mazhab atau perkumpulan) 72 firqah (mazhab atau perkumpulan) masuk neraka kecuali satu golongan sahaja masuk syurga. Maka bertanya para sahabat: 'Golongan manakah yg satu itu, wahai Rasulallah (s.a.w)?' Bersabda Rasulallah (s.a.w) (menjawab): 'Ma ana alaihi, wa-ashabi' [Maksud: Apa-apa yg aku berpegang dengannya dan apa-apa yg para sahabatku berpegang dengannya] (i.e. mereka yg berpegang pada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin).' [Hadith sahih at-Termidzi] (dan dalam hadith lain pula) 'satu golongan saja dalam (i.e. mendapat) syurga (iaitu) mereka yg mengikuti jema'ah' (i.e. yg Islam secara berjema'ah).' [Hadith sahih at-Termidzi dan Bukhari]
Jelas. Yg berjaya mendapat syurga hanya mereka yg menepati dua pra-syarat: pertama, dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah; dan kedua, dia berada dalam jema'ah Islam yg berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, menganuti Islam secara berjema'ah. Yg selainnya, kekal tidak berjaya mendapatkan syurga. Islam itu mudah, tapi hendaklah tepat mengikut ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Semoga, kita sentiasalah semak ilmu yg kita ada mengenai Islam, beramallah mengikut speks Rasulallah (s.a.w), kerana dialah 'uswatun hasanah' (model ikutan terbaik), mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yg satuy yg berjaya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Bersama-samalah kita berusaha mendirikan Daulah Khilafah kembali.

    ReplyDelete