Assalamualaikum,
Kita lihat satu lagi peradaban Rasulallah (s.a.w) dalam perkara makan minum. Islam itu menggambarkan akhlak amat tinggi mengatasi bangsa dan ugama lain.
Diriwayatkan hadith dari Salim hadith dari bapanya (berkata) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika makan salah seorang kamu sekelian, maka makanlah dengan tangan kanan dan minumlah dengan tangan kanan, maka sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.' [Hadith Muslim, Kitab Adab Minum]
Hadith ini memberitahu kita perbezaan antara orang iman dan orang yg tidak beriman dalam perkara makan. Orang Islam dan beriman itu makan dan minum dengan menggunakan tangan kanannya. Ingatlah perintah Rasulallah (s.a.w) adalah perintah Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa').
Mudah-mudahan kita mulakan hari ini mengubah cara kita makan dan minum. Ada orang berkata bahawa bila makan steak, contohnya, pisau pemotong daging dipegang dengan tangan kanan dan garpu untuk mencucuk daging di tangan kiri. Justeru itu, kita terpaksa menyuap makanan dengan tangan kiri. Jika tidak kita tidak kelihatan sopan dalam majlis makan minum ala Barat (Western)! Saudara, yg membarikan kerhamatan dan pahala bukan masyarakat Barat tetapi Allah (a.w). Jika, kita perolehi pahala dengan menggunakan tangan kanan, eloknya kita pilih cara Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment