Thursday, May 6, 2010

Peringatan kpd ulama' dan Ilmuan Islam!

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini dan beberapa post yg akan muncul kita teliti peringatan Allah (a.w) dalam Ayat 5 hingga 79, Surah al-Baqarah yg menceritakan mereka yg menulis kitab-kitab atau buku-buku ugama sebagai panduan orang iman, tetapi penulis kitab-kitab tersebut sebenarnya telah menyampaikan sesuatu yg batil yg dikata oleh mereka adalah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Firman Allah (a.w): 'Apakah kamu (Muhammad (s.a.w)) sangat mengharapkan mereka (i.e. orang Yahudi) beriman kpdmu (i.e. menganuti Islam), sedangkan segolongan mereka (i.e. para ulama' dan ilmuwan Yahudi) mendengar firman Allah (a.w) (i.e. dalam Kitab Taurat), lalu mereka mengubahnya setelah memahaminya, pada hal mereka mengetahui (bahawa di dalam Kitab Taurat itu dijelaskan tentang kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w) membawa syriat ugama Islam, tetapi telah disembunyikan oleh mereka dari pengetahuan pengikut mereka kerana takutkan pengaruh mereka terhadap masyarakat Yahudi akan terhakis).' [Ayat 75, Surah al-Baqarah]
Firman Allah (a.w): 'Dan, apabila mereka berjumpa dengan orang-orang iman (i.e. orang islam), mereka berkata: 'Kami telah beriman (dgn al-Quran dan Islam)'. Tetapi, apabila kembali kepada sesama mereka, mereka berkata: 'Apakah akan kamu ceritakan kpd mereka (i.e. orang iman) apa yg telah diterangkan oleh Allah (a.w) (dalam Kitab Taurat) kpdmu, sehingga mereka dapat menyanggah kamu di hadapan Tuhan kamu? Tidakkah kamu mengerti?' [Ayat 76, Surah al-Baqarah]
Dua ayat ini menjelaskan bahawa para ulama' Yahudi yg faqih tentang Kitab Taurat itui tahu tentang kedatangan Rasulallah (s.a.w), nabi penghabisan, membawakan syariat ugama Allah (a.w) yg menyempurnakan syariat ugama Allah (a.w) yg panduannya semenjak Musa (a.s) itu. Mereka, dengan kebijaksanaan otak mereka sendiri serta kerana berhasrat mengekalkan kedudukan mereka, yakni mengawal ketaatan masyarakat mereka, telah mengubah ketetaopan Kitab Taurat. Antara yg diubah mereka adalah menghapuskan sebarang rujukan kpd muhammad (s.a.w) sebagai Rasul penamat dan ugama Islam yg akan memansuhkan ugama yg mereka anuti mengikut Taurat. Mereka juga mengubah banyak lagi, terutama hukum had tentang penzina. Taurat mensyaratkan bahawa penzina dikenakan hukum rejam, tetapi mereka menetapkan bahawa hukum rejam itu terpakai bagi orang miskin atau orang awam, manakala pembesar, orang-orang ternama serta golongan yg kaya, hanya memadai dicorengkan muka mereka kemudian diletakkan ke atas unta atau kuda, lelaki memandang ke arah lain dan perempuan ke arah lain (i.e. kedua-dua penzina berlaga ponggong) sedangkan kedua-dua berbogel dan diarak dihadapan khalayak ramai.
Allah (a.w) memberitahu kpd umat Islam bahawa janganlah diharapkan mereka akan beriman dgn Rasulallah (s.a.w) dan menganuti Islam, kerena mereka sengaja tidak mahu, sehinggakan segala sesuatu yg tertulis tentang Islam dan Rasulallah (s.a.w) dipadamkan dalam Kitab mereka yg dikatakan itulah Kitab Taurat. Mereka tahu dan faham ketetapan Allah (a.w) melalui Kitab taurat yg tulin, tetapi mereka mengubahnya supaya sejajar dengan motif strategik mereka dan kerana tidak mahu akui Islam dan Muhammad (s.a.w) seorang Nabi dan Rasul, kerana Muhammad (s.a.w) bukan dari kalangan orang keturunan Yahudi. Para rasul dan nabi yg sebelumnya adalah dari kalangan orang Yahudi, atau keturunan Yaakub (a.s) (yg juga dikenal sebagai Israil).
Firman Allah (a.w): 'Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah (a.w) mengetahui apa yg mereka sembunyikan (i.e. ketetapan Taurat yg sudah dihapuskan oleh mereka) dan apa yg mereka nyatakan (i.e. ketetapan baru yg mereka telah perbuat kpd Taurat tipuan mereka).' [Ayat 77, Surah al-Baqarah]
Allah (a.w) tahu tentang perubahan serta pindaan yg para ulama Yahudi itu lakukan kpd Kitab Taurat yg diajarkan kpd masyarakat mereka itu. Allah (a.w) tahu juga apa yg diubahpinda oleh mereka. Maksudnya, apa yg mereka zahirkan dari ketetapan baru mereka dan apa yg mereka rahsiakan, i.e. ketetapan asli Taurat itu, semuanya Allah (a.w).
Hari ini tiada orang yg mengubah ketetapan al-Quran dalam kontek menjadikan al-Quran itu ada versi al-Quran tipu yg memasukkan ketetapan baru yg telah diubahpinda oleh paara ulama' dan ilmuwan Islam. Tetapi, kita dapat begitu banyaknya kitab-kitab ugama atau kitab-kitab tentang Islam dan syariatnya yg mengajarkan umat Islam banyak perkara yg tiada diperintahkan atau disuruh oleh al-Quran atau Rasulallah (s.a.w). Dan, banyak pula tafsiran yg batil yg menjadikan ketetapan al-Qruan itu telah berubah dari maksud dan ketetapan asalnya. Antara pentafsiran yg batil adalah kalimah 'jami'an' dalam firman Allah (a.w): 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wala tafarraqu ...' [Maksud sebenarnya adalah: 'Berpegang teguhlah kamu orang Islam yg beriman kpd tali Allah (a.w) (i.e. ugama Islam) itu secara berjema'ah dan janganlah kamu yg iman bergerombolan atau berfirqah-firqah atau bermazhab-mazhab ...) (Ayat 103, Surah ali-Imran). Kebanyakan ulama' dan ilmuwan mentafsirkan kalimah 'jami'an' itu 'secara menyeluruh' atau 'kesemuanya' dan kalimah 'tafarraqu' itu bermaksud bercerai berai atau berpecahbelah sesama Islam. Terjemahan atau pentafsiran ini telah mengubah maksud khusus firman Allah (a.w) yg telah dijadikan umum oleh para ulama' dan ilmuwan Islam yg berpegang kpd kebijaksanaan otak dan fikiran mereka masing-masing dan yg sengaja ingin mengekalkan ajaran nenek moyang mereka yg bercanggah dari ketetapan asal al-Quran (dan juga ketetapan as-Sunnah)! Kalau mereka ikuti maksud asli ketetapan tersebut, maka banyaklah perkara yg mereka ajarkan itu terhakis dan kerana itu jugalah terhakislah kewibawaan mereka dan kedudukan mereka! Mereka ingin kekalkan pengaruh mereka terhadap umat Islam.
Mereka itu adalah orang yg dihormati dan disanjung dalam masyarakat mereka (i.e.umat Islam) kerana ilmu yg mereka ada, kerana kedudukan mereka dan kerana kuasa yg diberikan oleh pemerintah kpd mereka. Inilah juga yg dimaksudkan dalam firman Allah (a.w) pada ayat-ayat berikutnya bahawa mereka mengutamakan dunia dan kerana itu sanggup membuat sesuatu yg batil, demi mencari keuntungan yg sedikit memperdagangkan ayat-ayat al-Quran atau memperdagangkan ketetapan syariat Islam. Dalam konteks ini, mereka lakukan juga kerana mereka sendiri belum sempurna ilmunya tentang Islam dan syariatnya, kerana mereka tidak meneliti as-Sunnah dengan sempurna, kerana as-Sunnah menjelaskan lagi ketetapan al-Quran, terutama tentang isu 'berjema'ah' dan 'bermazhab' itu.
Insya Allah, kita kan sambung lagi kemudian.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment