Saturday, May 29, 2010

Siapa yg boleh dapat syurga??

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat pula beberapa ketetapan Islam mengenai hubungan antara mereka dengan kedua ibubapa mereka. Dalam post tentang 'akhlak Muslim' baru-baru ini ada kita rumuskan tatasusila atau adab terhadap kedua orang tua kita. kali ini kita terus teliti beberapa ketetapan al-Quran dan al-Hadith mengenai tajuk ini.
Kita yg Islam beriman dengan wujudnya hari Qiamat, hari pembalasan di akhirat, dan akhirnya hari penentuan sam ada kita berjaya mendapat syurga atau gagal dan dilemparkan oleh malaikat ke dalam neraka, wal iya zubillah. Kita hidup dengan tujuan mencari kejayaan akhirat, bukan kejayaan dunia. Kalauun kita cari kejayaan dunia, adalah dengan motif atau tujuan untuk mencari kejayaan dan kebahagian di akhirat yg dibolehlan melalui kejayaan di dunia itu. Tidak ada gunanya kita mencari dunia kerana dunia. Kerana kita hidup di dunia antara 60 hingga 70 tahun, iaitu umur umat Muhammad (s.a.w), mengikut sabda Rasulallah (s.a.w). Kehidupan akhirat jauh lebih panjang - malah tidak ada sempadan waktu. Fikir sajalah. Kita berhimun di padang makhsyar untuk diadili oleh Neraca Allah (a.w), selama 50 tahun kiraaan tahun akhirat, bilamana setiap hari di akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun kiraan waktu dunia!!
Oleh itu, demi kebajikan akhirat mereka yg akui dirinya Islam dan beriman, mereka akan dahului akhirat berbanding dunia. Kerana, kita enjoy dunia hanyalah 60 atau 70 tahun, kalaulah kita lahir memiliki serba serbinya. kalu kita menjadi kaya ketika berumur 60 tahun? Berapa lama dapat kita seronok dengan kekayaan kita? 10 tahun? 15 tahun? Atau, 20 tahun??? Kalau kita dilanjutkan usia 20 tahun dan sekarang kita berumur 60 tahun, bererti panjang umur kita dapat hidup 80 tahun. Ketika kita sudahpun berumur 60 tahun kita tidak dapat enjoy apa-apa. Sudah ada berbagai penyakit. Sudah banyak pantang larang doktor. Sudah banyak yg kurang betul - telinga kurang mendengar, mata sudah kelabu, gigi sudah luruh, darah tinggi dan kencing manis dah jadi sahabat akrab tubuh kita. Ada pula blood pressure, stress dan taste buds pun dah tumpul. Tak boleh makan dan minum sebarang! kalau ada keinginan nak mencari isteri tambahan, bagi lelaki ula, dah tak mampu memberikan prestasi terbaik dalam melangsungkan nafkah batin. Kalau wanita pula sama juga. Tak ada gunanya kaya dan mewah ketika dah tua. Sebaik-baiknya kita kaya dan mewah ketika muda - umur 35 - 45 tahun. Masih boleh enjoy!!.
Dalam membayangkan kehidupan kita dengan latarbelakang dan sinario sedemikian itu, apakah yg boleh kita sediakan untuk kebajikan akhirat kita? Apabila kita mati, kita dikuburkan. Yg dapat memabntu kita dari siksaan kubur adalah juga amalan kita semasa hidup. Yg dapat memberati timbangan kita di neraca keadilan Allah (a.w) adalah amalan soleh kita semasa hidup. Dan, akhirnya yg memberikan kita tiket ke syurga atau ke neraka juga adalah amalan dan ibadah kita ketika kita hidup.
Ketetapan Allah (a.w) itu amat jelas. Ketetapan tersebut amat fundamental, dan sewajibnya kita yg Islam jadikan panduan setiap saat dan ketika. Orang yg memperolehi syurga adalah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Mereka beriman bahawa Allah (a.w) itu adalah Esa dan mereka tidak syirik terhadapNya;
2. Mereka taatkan perintah Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran)
3. Mereka taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah)
4. Mereka tidak melanggar tegahan dan larangan Allah (a.w) dan tegahan serta larangan Rasulallah (s.a.w);
5. Jika mereka berdosa mereka bertaubat dan memohon keampunan dari Allah (a.w), jika diampunkan oleh Allah (a.w), maka bersihlah dia dari dosa-dosanya;
6. Mereka anuti Islam secara berjema'ah sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w) (pada Ayat 103, Surah ali-Imran) dan as-Sunnah
7. Mereka taatkan Ulil Amri (i.e. Imam) selagi ketetapan atau perintah kepimpinan jema'ah itu tidak maksiat, yakni, tidak melanggar ketetapan Allah (a.w) (i.e. bertentangan dgn al-Quran) dan tidak melanggar ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. bertentangan dgn as-Sunnah) (Ayat 56 Surah an-Nisa' dan hadith);
Selain, itu kita diberitahu bahawa janganlah kita mengamalkan sesuatu yg bersifat kurafat, tahyul dan bid'ah, kerana semua itu akan menjadikan kita syirik atau terkeluar dari Islam tanpa kita sedari kerana itu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan as-Sunnah.
8. Bagi seorang anak pula, selain ketetapan-ketetapan di atas itu, wajib bagi setiap anak itu, taatkan kedua ibubapanya. Jika kedua ibubapanya rida padanya, maka Allah (a.w) ridak terhadapnya. Kalau ibubapanya tidak rida terhadapnya, maka, walau bagaimana banyak sekali pahala yg dikumpulnya dan walau bagaimana warak sekalipun dia semasa hidupnya di dunia, dia tidak akan masuk syurga. Dalam Islam setiap anak itu boleh mendapat syurga, jika dia ahli syurga, kalau kedua ibu bapanya rida kepadanya.
Bagi anak yg perempuan, tanggungjawabnya terhadap ibubapanya tamat ketika dia berumahtangga. Ketaatannya berpindah kepada suaminya. Tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibubapanya tidak luput walaupun dia sudah berkeluarga. Dia wajib mentaati kedua ibubapanya, selagi mereka tidak menyuruh sesuatu yg maksiat.
9. Isteri wajib taatkan suaminya, kecuali suaminya menyuruh dia sesuatu yg maksiat. (Jika dia dianianyai oleh suaminya, Islam membolehkan isteri memainta diceraikan. Suami tidak dibenarkan menzalimi isterinya).Kita juga diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w)
Dengan itu, kita rumuskan. Seorang isteri itu berjaya mendapat syurga apabila dia memenuhi syarat di atas itu, i.e. tidak syirik dia, taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan suaminya. Seorang suami itu berjaya mendapat syurga jika tidak syirik dia, taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan kedua ibubapanya dan memenuhi amanahnya dalam rumah tangganya menjaga dan mendidik isteri dan anak-anaknya.
Jelaslah, lelaki lebih ketat syaratnya untuk mendapatkan syurga berbanding seorang perempuan. Tapi, perempuan mudah terjerumus ke dalam neraka, terutama wanita zaman moden lagi mudah menempah tiket ke neraka. yg jelas kerana tidak menutup auratnya, i.e. kerana pakaiannya, kerana mendedahkan apa yg disukai oleh lelaki terhadapnya. Perempuan sukar menjaga dua anggotanya, iaitu lidahnya dan farajnya. Kedua-duanya melemparkannya ke dalam neraka dengan mudah.
Mudah-mudahan kita dapat berusaha sekuat mungkin untuk menjadi orang Islam yg diberi tiket ke syurga, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment