Tuesday, May 4, 2010

Mengapa kita wajib Islam? (Samb.)

Assalamualaikun,
Saudara kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk di atas. Kerana wajib kita faham, kerana katanya ada segolongan mudamudi Islam (i.e. Melayu) yg dalam diam-diam jatuh murtad, yakni keluar dari Islam mencari kebahagian dunia dan kononnya terjamin akhirat mereka dalam ugama tersebut! Penting bai kita yg islam, terutama mereka yg ada keinginan untuk bebas di dunia maka memasukki ugama lain!
Kita telah jelaskan bahawa sesiapa yg tidak Islam sudah pasti tidak mendapat syurga. Allah (a.w) berfirman syurga hanyalah untuk mereka yg mengabdikan diri mereka kepadaNya semata-mata! Pengabdian yg benar itu adalah menerusi ugama Islam.
Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yg kafir (i.e. tidak mau masuk Islam) setelah beriman (i.e. menjadi murtad atas pilihan mereka sendiri), kemudian bertambah kekafirannya, tidak akan diterima taubatnya, dan mereka itulah orang-orang yg sesat (i.e. tidak akan menemui siratul mustaqim dan keimanan, dan kerana itu masuk neraka).' [Ayat 90, Surah ali-Imran]
Ayat ini jelas memberi peringatan kpd yg Islam kemudian menjadi kafir, yakni keluar dari ugama Islam atau murtad, kemudian mereka terus menjadi semakin kufur atau tebal kekafirannya, maka Allah (a.w) tidak akan menerima taubatnya, jikapun mereka bertaubat! Maksudnya, sudah dipastikan dia kekal kafir dan akan masuk neraka.
Dan, kemudian bagi orang yg kafir, termasuk mereka yg asalnya Islam, kemudian murtad, mereka diperingatkan oleh Allah (a.w) spt berikut:
Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yg kafir dan mati dalam kekafiran ( i.e. tidak Islam atau tidak mau masuk Islam), tidak akan diterima tebusan dari salah seorang dari mereka sekalipun berupa (tebusan atau sogokan) emas sepenuh bumi, sekiranya dia hendak menebus diri dengannya. Mereka itulah orang yg mendapat azab yg pedih dan mereka tidak akan memperolehi penolong (i.e. berada dengan pasti dalam neraka).' [Ayat 91, Surah ali-Imran]
Jika seseorang itu kafir (i.e. tidak islam) pasti masuk neraka. dan, kalaupun mereka begitu kaya, 1,000 kali ganda kekayaan mereka berbanding dengan orang terkaya di dunia mengikut penilaian Phobes katalah, tidak akan dapat menebus dosa mereka.Tiada orang yg memiliki harta seumpama mas seisi dunia. Malah orang yg terkaya dewasa ini tidak akan dapat menandingi kekayaan Qarun zaman nabi Musa (a.s)!
Yg jelas, yg selamat adalah mereka yg Islam. Maka dengan itu, muda mudi yg teringin bebas di dunia dan pada masa yg sama inginkan kejayaan setelah mati kerana janji-janji ugama lain, janganlah tertipu! Kekallah Islam. Sekurang-kurangnya kalau Islam, i.e. ada keyakinan tentang kewujudan Allah (a.w) sebesar habuk dalam hati sanubarinya, akhirnya kelak, setelah dibersihkan dalam neraka, ada peluang menikmati hidup dalam syurga. Fikirkanlah orang yg termiskin dalam syurga memiliki harta sebanyak 10 kali dunia. Taklah hebat sebagaimana mereka yg memperolehi syurga Firdaus, tapi tetapi lebih kaya dari hidup di dunia dulu!
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment