Sunday, May 9, 2010

Maukah kikis dosa kita ??

Assalamualaikum,
Saudara setiap kita yg Islam mencipta 2,500 jenis dosa=dosa kecil untuk diri kita setiap hari. Itupun kalau kita adalah seorang Islam yg baik keIslamannya dan keimanannya. Yakni, orang yg sentiasa berjaga-jaga tidak melakukan seboleh mungkin dosa, terutama 'dosa-dosa kering'.
Cuba saudara renungkan bagaimana mungkin kita menempak 2,500 jenis dosa setiap hari dalam 24 jam? Itu hanyalah dosa-dosa kecil sahaja. Dosa besar belum masuk kira lagi! Kita diberitahu setiap dosa melayakkan kita diazab dalam neraka di akhirat kelak, jika tidak dikikis atau dihapuskan melalui tobat kita (i.e. memohon Allah (a.w) ampunkan dosa-dosa kita).
Tapi, jangan risau. Kalau saudara seorang yg rajin dan secara istiqamah mengerjakan solat fardu, dan lebih-lebih lagi solat sunat pula, saudara tidak perlu risau. Kerana mengambil wudu' itu menghapuskan dosa-dosa ecil tersebut. Mengerjakan solat mengikis dosa-dosa kecil tersebut. Kemudian ada banyak lagi perkar yg kita buat, atau jika kita buat dan jadikan amalan, dosa-dosa kita trhakis dengan sendirinya. Kalau saudara rajin ikuti post-post dalam blog ini, insya Allah, saudara akan dapat tahu perkara-perkara yg kita lakukan mengikut ketetapan as-Sunnah yg dapat secara pasti menghapuskan dosa-dosakita.
Contoh? Kita lihat hadith berikut yg menyatakan berjabat tangan ketika bertemu mengikut sunnah akan meleburkan dosa-dosa kita. Bagaimana, hendaklah ikuti ketetapan as-Sunnah mengenai berjabat tangan itu.
Diriwayatkan hadith daripada Albarra’ bin ‘Azib (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika berjumpa (bertemu) seseorang orang Islam (dengan orang Islam yang lainnya), maka hendaklah berjabat tangan sambil memuji Allah (a.w) (yakni, berkata ‘Alhamdulillah’) dan meminta keampunan (yakni, menyebut ‘Astaghfirullah’) kedua-duanya nescaya diampunkan Allah (a.w) akan dosa-dosa mereka.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Hadith ini menyebutkan bahawa adalah menjadi satu amalan sunnah bahawa ketika seseorang itu bertemu dengan seorang Islam yg lain, hendaklah dia berjabat tangan. Orang yg memulakan bersalam itu menyebut dua kalimah iaitu' Alhamdulillah' (Segala puji bagi Allah (a.w)' dan 'Astaghfirullah' (Semoga mengampuni Allah (a.w) dosa-dosa kita', dan orang yg menerima tangan kita menyebut 'Amin', maka kedua-kuanya mendapat manfaat bahawa dosa-dosanya antara keduanya dikikis dan dihapuskan oleh Allah (a.w) sehinggalah berpisah mereka berdua.
Diriwayatkan hadith daripada al-Barra’ bin Azib (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada sesiapa dari umat Islam berjumpa kedua-duanya maka berjabat tangan kedua-duanya kecuali diampunkan bagi kedua mereka oleh Allah (a.w) akan dosa mereka sehinggalah berpisah mereka.’ [Hadith sahih Abu Daud]
Ketetapan yg sama disebutkan dalam hadith kedua itu. Dalam hadith yg lain disebutkan bahaw jikapun dosa-dosa keduanya itu adalah sebanyak buih di lautan atau sebanyak pasir di permukaan pantai sekalipun. Begitu mudah untuk menghakis dosa kita kalaulah kita berilmu.
Maka dengan itu dalam Islam kita wajib berilmu sebelum beramal dan beramallah hanya dengan ilmu bukan jadi pak turut! Contoh pak turut apabila kita berjumpa kita cium pipi kanan, kemudian pipi kiri dan kemudian pipi kanan balik - maca yg sering kita lihat orang Arab buat! Sebenarnya itu budaya Arab baru, kerana zaman Nabi (s.a.w) tidak dibuat oleh orang ARab. Tapi, hari ini kerana kejahilan kita dan kejahian orang yg mendidik kita menjadi Islam, maka kita tirulah. Yg disuruh dalam Islam adalah pakala bertemu berjabat tangan, sambil menyebut dua kalimah yg disebutkan di atas itu.

Jazaakallahu khairah

No comments:

Post a Comment