Tuesday, May 11, 2010

Akhlak dan Sopan Santun Bertamu

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung semula perbicaraan kita tentang akhlak dan sopan santun orang iman dalam islam. Kerana, hari ini begitu ramai orang Islam yg telah runtuk akhlaknya, terutama dalam hubungan dgn kedua ibu bapa, keluarga, sahabat handai, rakan taulan serta umat Islam umumnya. Kali ini kita lihat adab ketika bertamu atau menziarahi keluarga atau rakan taulan - kita yg menziarahi dan saudara yg lain adalah tuan rumah atau host kita.

Adab Bertamu dan Kesopanan sebagai Tetamu

1. Hendaklah berpakaian kemas dan sopan dan rapi
2. Tidak mengunjungi ketika bakal tuan rumah dalam waktu rehatnya mengikut Islam (iaitu sebelum Solat Subuh, tengah hari dan selepas Solat Isya' - Ayat 58, Surah an-Nur)
3. Sebaik-baiknya membuat janji dahulu dan tidaklah secara tiba-tiba mendatangi rumah tetamu (kerana mungkin hari dan waktu yg tidak sesuai baginya)
4. Ketika sampai ke rumah memetik loceng atau mengetuk pintu sambil memberi salam (i.e. menyebut Assalamualaikum tiga kali) (Ayat 27, Surah an-Nur - Melarang masuk rumah orang tanpa meminta izin dan memberi salam kpd tuan rumah)
5. Jika setelah memberi salam 3x dan tidak dijawab oleh tuan rumah hendaklah kita beredar (i.e. meninggalkan rumah)
6. Jangan mengintip atau menengok ke dalam rumah dari mana-mana celah yg boleh menampakkan isi rumah tuan rumah
7. Bila ditanya 'siapa?' oleh seseorang dalam rumah tuan rumah hendaklah menyambut pertanyaan dgn memberitahu nama kita yg mengunjung
8 jangan masuk ke rumah sehinggalah diizinkan oleh tuan rumah
9. Hendaklah menanggalkan kasut atau seliper atau seumpamanya sebelum masuk ke rumah
10. Hendaklah duduk di tempat duduk yg ditunjukkan oleh tuan rumah, dan tidak menduduki tempat duduk dia yg lazim
11. Jika tuan rumah bukan makhramnya dan dia hanya seorang, cukuplah berurusan di luar rumah sahaja (i.e. tidak masuk rumah)
12. Tidak makan dan minum hidangan yg disediakan sebelum dipersilakan oleh tuan rumah
13. Hendaklah makan makan yg disediakan atau yg dihidangkan dan jangan enggan
14. Jika makanan itu menjadi suatu yg pantang bagi tetamu, hendaklah ditolak dgn sopan
15. Jika bermalam di rumah tuan rumah hendaklah mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum meninggalkan rumah
16. Jika membawa anak kecil hendaklah menjaganya dgn baik supaya tidak menyusahkan tuan rumah (spt merosakkan apa-apa yg ada di rumahnya)
17. Jika rosak sesuatu barang kerana sesuatu sebab (spt kenakalan anak-anak kecil) hendaklah beritahu dan poho dimaafkan
18. Sebelum meninggalkan tuan rumah (host0, hendaklah minta maaf, mengucapkan kesyukuran (dan terima kasih) atas kebaikan tuan rumah dan memberi salam.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment