Assalamualaikum,
Tahukah saudara bahawa bagi seseorang yg Islam dan iman itu, wajib menunaikan haji? Ibadah haji adalah rukun kelima dalam Rukun Islam. Kalau kita pakai istilah atau klasifikasi lazim para pengajar atau ustaz mengajarkan murid-muridnya di sekolah atau madrasah. Kata mereka Rukun Islam itu ada 5, iaitu:
1. Bersyahadah (yakni, berikrar dua kalimah syahadah) - menyebut 'Asyhadu allahilaha illallah, wa-asyahadu anna Muhammadar-rasulallah';
2. Bersolat lima waktu (yg difardukan)
3. Berpuasa sepanjang bulan Ramadhan
4. Mengeluarkan zakat fitrah
5. Menunaikan haji di Mekah.
Insya Allah keempat-empat di atas itu telahpun dilanksanakan dan terus dilaksanakan. hanya yg mungkin belum adalah naik haji ke Mekah.
Kebanyakan orang Melayu beranggapan bahawa setelah meninglat umur tua - 50 ke atas barulah mereka memikirkan untuk menunaikan haji. Ada banyak sebab, antaranya:
1. Bila dah berumur, beban hidup sudah kurang, rumahpun ada, kerja dah tetap, gaji dah umayan dan anak-anak dah besar
2. Ketika sudah berumur, dah cukup simpanan bekalan untuk pergi haji dan untuk menyara keluarga yg tinggal
3. Haji hanya diwajibkan sekali, maka dgn itu setelah bersedia barulah kerjakankan, supaya sesudah bersih jangan dikotori lagi dgn dosa selepas dapat title 'Haji'.
4. Ada rasa takut kalau dah haji, mungkin sampai ajal untuk dipanggil Allah (a.w).
5. Ketika muda masih dilambung ombak dunia dan keseronokan dunia, maka belum 'sampai seru' untuk berhaji
6. Terapat pandangan bahawa orang haji tu lazimnya orang yg dah berumur, tak enak jika dipanggil 'Haji' kalau kita muda.
Demikianlah enam antara banyak sebab mengapa sering menjadi kelaziman di kalangan masyarakat Melayu menunaikan ibadah haji ketika sudah berumur atau tua! Ada banyak sebab lain.
Yg utama hendak diperingatkan adalah suatu peringatan yg amat utama dan penting dijadikan catalyst (i.e. pemangkin) bagi kita untuk menyegerakan haji.
Sesiapa yg faham tentang haji dan umrah dan faham tentang ganjaran pahalanya mengerjakan haji dan umrah dan faham betap banyaknya lipatan atau gandaan ganjaran pahala mengerjakan amalan, terutama solat fardu, di Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi, akan menyegerakan ibadh hajinya. Kerana, ketika muda dan tegaplah memudahkan pelaksanaan rukun-rukunnya, termasuk mudah menghafal doa-doa mustajam untuk ibadah haji.
Yg lebih utama adalah ketetapan Islam bahawa sesiapa yg sudah mampu untuk mengerjakan haji kemudian dia tidak pergi haji, dan ditakdirkan dia mati atau sampai ajalnya belum sempat mengerjakan haji, maka rugi dia. Kerana, dia mati dikira mati sebagai seorang Yahudi atau Nesrani atau seorang jahiliah. Maksudnya, mati tanpa berhaji setelah mampu berhaji, mati yg tidak dalam Islam. Maksudnya, mati jahiliah adalah mati tidak Islam. Wal iyazubillah. Bukankah satu kerugian yg besar?
Kita berhempas pulas mengerjakan ibadah dan amalan sebagi bukti ketaatan kita kpd Allah (a.w), tetapi kita gagal tunaikan haji setelah kita mampu, kita mati, maka mati dalam kekafiran i.e. bukan orang Islam!
Menceritakan hadith dariAbu Ishak al-hamdani hadith dari harith hadith dari Ali (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa berkluasa (i.e. mempunyai) nekalan dan kenderaan yg boleh menyampaikannya kepada Baitullah (i.e. Masjidil Haram, untuk menunaikan haji), dan tidak berhaji dia, maka tiada baginya bahawasanya mati dia sebagai seorang Yahudi atau sebagai seorang Nesrani; dan demikian itu (ketetapan) sungguh-sungguh Allah (a.w) berfirman dalam KitabNya (i.e. al-Quran): 'Wa-lillahi 'alan-nasi hijjul baiti manis tota'a ilahi sabila' [Maksud: Dan Allah (a.w) mewajibkan atas manusia menunaikan haji ke Baitullah setelah mampu kepadanya membuat perjalanan (Ayat 97, Surah ali-Imran) .' [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Ketetapan dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah di atas itu amat utama bagi mereka yg sudahpun mempau untuk menunaikan haji tidak menunaikannya. Jika ditakdirkan sampai ajalnya sebelum sempat menunaikan haji, maka mati dalam keadaan kafir! Waliya zubillah. Apakah kita sudah mampu? Kemampuan itu dinilai dari dua dimensi saja, iaitu:
1. Mampu mengadakan wang ringgit untuk menampung perbelajaan ketika berada di Saudi menunaikan haji itu; dan
2. mampu mengadakan secukup saraan ala kadar atas keluarga (i.e. anak-anak) yg ditinggalkan ketika mengerjakan haji.
Sudah pasti mereka yg mampu beli kereta, beli rumah atau memiliki apa jua harta yg boleh dicairkan menjadi wang untuk kos pergi balik dan kos saraan anak pinak, sudah diwajibkan atasnya sebagai mampu. Tambahan pula bagi mereka yg mendapat gaji bulanan melebihi RM 5,000.00 sudah dikira mampu untuk mengerjakan haji. Kemampun tidak dinilai dalam konteks lain. Setiap yg Islam sewajibnya apabila memenuhi syarat perlu melakukannya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment