Friday, May 14, 2010

Jum'at: Pentingnya Solat Jum'at (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, sekali lagi kita bertemu pada suatu lagi Jum'at. Hari ini orang Islam akan ke masjid untuk bersolat Jum'at. Ada yg mengambil kesempatan untuk shopping kerana majikan memberikan masa yg agak panjang untuk membolehkan umat Islam ke masjid bersolat Jum'at. Hari ini juga kita akan lihat betapa ramainya orang Islam yg membuka warung lalat - menjual pelbagai juadah kpd mereka yg hendak solat Jum'at. Terkadang yg mnenjual dan yg membeli menghabiskan banyak masa makan minum dan berbual sehingga hampir tamat khutbah barulah mereka bergerak ke masjid untuk solat Jum'at.
Pada zaman awal Islam, orang Islam tidak serius mensolatkan Jum'at sehingga ada yg meningalkan masjid ketika imam sedang berkhutbah untuk melihat jualan dari pedagang yg baru sampai ke masjid. Inilah yg berlaku suatu masa ketika Rasulallah (s.a.w) sedang menyampaikan khutbah, kedengaran oleh jema'ah yg sedang duduk mendegar khutbah Rasulallah (s.a.w) bangkit dari tempat duduk mereka dan menerpa kpd kabilah dagangan yg baru sampai membawa pelbagai barang-barang termasuk barangan maianan ke masjid. Maka Allah (a.w) turunkan ayat-ayat berikut mencela mereka:
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman ketika diseru (i.e. diazankan) kpd solat pada hari Jum'at (yakni, Solat Jum'at) bersegeralah kamu sekelian pergi kepada mengingatkan Allah (a.w) dan tinggalkanlah jual-beli, demikian itu lebih baik bagi kamu sekelian jikalah ada kamu sekelian mengetahui. [Ayat 9, Surah al-Jum'at]
Ayat ini menyuruh kita yg Islam (lelaki) supaya bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jum'at, terutama setelah mendengar azan masuknya waktu Solat Zohor, iaitu waktu Solat Jum'at. Maksudnya, kita datang ke masjid, duduk dsaf yg terkedepan, kerana dgn itu mendapat pahala dan kefadhalan terbanyak, mendengar khutbah, tanpa melakukan sesuatu yg sia-sia seperti bersembang atau berborak-borakk tentang dunia. Tunggu imam naik ke mimbar untuk berkhutbah dan kita mendengar khutbahnya. Apabila imam berkhutbah kita tidak digalakkan berzikir atau membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi menumpukan sepenuh perhatian mendegar nasihat imam.
Kita telahpun teliti dalam post yg lalu bahawa orang yg terawal ke masjid mendapat ganjaran pahalan tambahan seumpama menorbankan seekor lembu, kemudian yg terkemudian sedikit seumpama mengorbankan seekor kambing dan yg terlambat lagi mensedekahkan seekor ayam dan akhirnya bersedekahkan sebiji telur. Ada malaikat yg duduk di pintu-pintu masjid membuat catitan. Mereka yg sampai kemudian menduduki saf setelah imam mula berkhutbha dicatitkan telah hadir untuk Solat Jum'at tersebut. Ini bererti, mereka yg samai setelah khutbah hampir tamat, tidak dicatitkan oleh malaikat sebagai hadir untuk Solat Jum'at! Rugilah kita!
Kemudian, Allah (a.w) menyambung firmanNya:
Firman Allah (a.w): 'Maka ketika sudah selesai solat maka bertebaranlah kamu sekelian di muka bumi Allah (a.w) dan carilah dari kefadhalan (i.e. kurnian rezki) yg disediakan oleh Allah (a.w) dan ingatkanlah Allah (a.w) banyak-banyak (i.e. tanda bersyukur) mudah-mudahan kamu sekelian (menjadi orang yg) beruntung (dunia dan akhirat).' [Ayat 10, Surah al-Jum'at]
Setelah selesai mengerjakan Solat Jum'atbarulah kita digesa beredar untuk mencari rezki kurniaan Allah (a.w) pada hari itu. Dalam mencari rezki itu janganlah lupa sentiasalah ingatkan Allah (a.w) melalui pelbagai cara, termasuklah berzikir dan berwirid memuji dan membesar serta mengagungkan Allah (a.w). Tambahan pula, hari Jum'at itu adalah hari kebesaran mingguan umat Islam. Hari itu jugalah kiamat akan berlaku.
Kemudian Allah (a.w) berfirman lagi dengan firmanNya mencela perlakuan orang-orang yg keluar dari masjid meninggalkan Rasulallah (s.a.w) yg sedang berkhutbah kerana mendegar pedagang datang membawa pelbagai dagangan menghampiri masjid:
Firman Allah (a.w): 'Dan, ketika mereka melihat perniagaan atau permaianan mereka menuju kepadanya (i.e. pedagang dan penjual) dan mereka meninggalkan kamu (Muhammad (s.a.w) ketika) kamu sedang berdiri (i.e. berkhutbah), katakanlah kpd mereka (Muhammad (s.a.w)) apa-apa di sisi Allah (a.w) adalah lebih baik dari permainan dan perbniagaan; dan Allah (a.w) itu Zat yg Maha Pemberi Rezki.' [Ayat 11, Surah al-Jum'ah]
Ayat ini mencemuh orang Islam yg mengutamakan keduniaan (i.e. berniaga, membeli belah dan tidak dudk mendengar khutbah). Mereka meremehkan Solat Jum'at. Malah mereka meremehkan khutbah, walhal khutbah adalah sebahagian daripada syariat Solat Jum'at. Tidak sempurna solat Jum'at seseorang jika dia tidak hadir diri mendegar khutbah. Orang yg meremehkannya (i.e. tidak serius mengerjakannya) adalah orang yg mengutamakan dunia dan tidak mengutamakan Allah (a.w), RasulNya dan akhiratnya.
Mudah-mudahan kta tidklah digolongkan orang yg meremehkan Islam pada hari Jum'at. Amin

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment